Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Sunday, February 14, 2010

Faezah Elai kesal dituduh gugur anak luar nikah apabila berjumpa pakar sakit puan

Share








FAEZAH Elai dikatakan gugur anak luar nikah? Memang tersentap hati mendengar dakwaan terbaru ini kononnya model dan aktres yang sedang menempa nama ini menggugurkan janin hasil keterlanjurannya dengan teman lelaki di sebuah klinik sakit puan di ibu kota, baru-baru ini. Gosip terbaru ini sedang hangat diperkatakan di laman sesawang dan spekulasi terus meniti daripada mulut ke mulut di kalangan wartawan hiburan.

Lebih hangat, Faezah kononnya ditemani rakan baiknya sendiri apabila dia nekad melakukan perbuatan terkutuk itu. Namun, sejauh mana kebenaran mahupun kesahihan gosip berkenaan tidak dapat dipastikan? berjaya memujuk Faezah membuka mulutnya dalam pertemuan di sebuah restoran di Bangsar, Kuala Lumpur, Selasa lalu.

"Saya ada sejenis penyakit yang dikenali sebagai urine infection atau dalam bahasa Melayu, kencing tak lawas. Saya menderita sejak 12 tahun yang lalu. Saya akui, teman baik saya pernah beberapa kali menemani saya ke klinik atas sebab kesihatan itu. Dia pun tahu saya sakit apa. Pastinya saya akan ke klinik berkaitan sakit puan untuk tujuan pemeriksaan dan rawatan lanjut. Takkan saya nak jumpa doktor lelaki! Tapi, itu cerita lama.



"Tambahan pula, ketika saya masih menjalani penggambaran filem terbaru filem Cun di Alor Setar, Kedah, baru -baru ini, saya juga ada ke klinik disebabkan penyakit yang sama beberapa kali. Pihak produksi tahu, saya sering ke klinik dan segala bil rawatan, mereka yang bayar. Pengurus produksi sendiri yang mengambil bil berkenaan di klinik untuk tujuan tuntutan perbelanjaan.

"Jadi, laporan yang mendakwa kononnya saya sakit perut, seterusnya menggugurkan janin di sebuah klinik sakit puan di ibu kota adalah tidak benar sama sekali! Sebenarnya cerita itu sudah dimanipulasi, direka-reka dan 'nasi tambah' daripada pihak tidak bertanggungjawab. Segala cerita yang sedang tersebar ini adalah fitnah semata-mata," katanya.

Seperti dikatakannya, isu dirinya ke klinik sakit puan memang benar ditemani rakan baik tetapi sebenarnya ia sudah setahun berlalu, namun masih dipertikaikan hingga ke hari ini bersama 'versi nasi tambah'.

Kata Faezah, atas nasihat keluarga, dia sudah membuat laporan polis dan menyerahkan kes berkenaan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan, mencari siapakah dalang yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah ini.

"Pada masa sama, saya turut menerima kiriman SMS daripada seseorang sejak setahun lalu yang berunsur ugutan. Justeru, saya tidak boleh memberikan kenyataan panjang lebar kerana isu berkenaan masih di dalam siasatan pihak polis. Biarlah pihak polis mengesan siapakah dalang yang menyebarkan cerita rekaan itu dengan tujuan negatif ke atas diri saya dan keluarga.

"Memang saya tak nafikan, atas faktor kesihatan, memang saya ada ke klinik beberapa kali ditemani seseorang, itu adalah fakta. Tapi, cerita yang diputarbelitkan ialah saya ke klinik kerana sakit perut, sekali gus menggugurkan kandungan hasil keterlanjuran dengan teman lelaki! Cerita berkenaan benar-benar mengaibkan saya sekeluarga kerana ia terang-terangan berunsur fitnah yang bertujuan menghancurkan nama baik saya!" katanya.



'Ada dalang sebar fitnah'

Yang jelas, ketika cerita rekaan itu mula menular di kalangan wartawan sedikit masa lalu, Fazah menjelaskan, pada masa itu dia sedang sibuk dengan latihan tarian selama dua bulan untuk penggambaran filem Adik Manja Returns.

"Bayangkan sekiranya benar saya sedang mengandung ketika itu, macam mana saya nak menari? Justeru, dakwaan kononnya saya mengandung memang tak masuk akal sama sekali! Saya tak faham, kenapa ada dalang yang sanggup menyebarkan fitnah ini. Tapi, saya tak tahulah, sekiranya dia (dalang) buat kerja ini (sebar fitnah), dia dapat upah! Kenapa dia tergamak, sedangkan saya tak pernah mencari musuh dengan sesiapa dan tak pernah berniat menabur pasir dalam periuk nasi orang lain. Saya hairan, ada pihak yang sanggup menjatuhkan karier saya yang baru saja nak bermula.

"Kepada dalang yang bertanggungjawab, saya mohon dia menghentikan perbuatannya. Just leave me alone! Masing-masing ada kehidupan dan kerja yang harus diselesaikan. Please move on! Apa yang dah lepas, biarkan ia berlalu. Sebenarnya saya tak mahu perkara ini berlanjutan sehingga saya terpaksa mengheret isu ini ke mahkamah. Banyak kerja lain lagi!

"Saya banyak bertolak ansur dalam pelbagai perkara, namun sekiranya saya masih mendengar dia terus terusan menyebar fitnah, jangan paksa saya mengambil tindakan undang-undang. Percayalah, kita buat orang hari ini, menganiaya insan lain, suatu hari nanti ia pasti terkena kepada batang hidung sendiri! Ketika ini fokus saya hanya kepada karier dan pada masa sama berharap pihak polis berjaya menjalankan siasatan mereka dalam hal ini," katanya.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-