Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Sunday, February 14, 2010

Diana Danielle Pakai Subang berhuruf F & K (Farid Kamil la) & Cintan cintun dlm Fesbook Farid Kamil dgn DD

Share









RAMAI yang dah tahu keintiman yang terjalin antara dua bintang muda terhangat di pasaran ni.

Walaupun Diana Danielle atau pun Farid Kamil tidak pernah membuat kenyataan rasmi tentang keintiman mereka, tapi orang dah boleh agak mereka ni bercinta.

Yang menariknya, baru-baru ini teman Ad Lib yang cantik rupawan tu datang ke majlis pelancaran filem terbaru lakonan aktres 'meletup' tu.

Kata teman Ad Lib yang boleh tahan 'kepoh' ni, pandangannya 'tertarik' pada telinga Diana. Terkesima jugalah teman Ad Lib dibuatnya bila terpandang ke arah telinga aktres tu.

Jangan salah faham, bukannya teman Ad Lib tu terpukau dengan bentuk telinga Diana tapi subang di telinganya.
Bukan sebab Diana pakai subang berlian, emas atau zhulian tapi subang yang cukup istimewa. Subang yang berbentuk huruf.

Kata teman Ad Lib, Diana memakai subang yang berbentuk huruf F dan K di kedua-dua belah telinganya. Perhati punya perhati, teman Ad Lib terus dapat menangkap apa maksud dua huruf itu.

Menurut tafsiran teman Ad Lib, dua huruf tu adalah dua huruf pertama nama Farid Kamil. Kalau betullah dua huruf tu merujuk kepada Farid Kamil, sahlah mereka sedang bahagia.

Ad Lib: Tak perlulah nak mengelak-elak bila ditanya pasal bercinta tapi pakai subang ada huruf F & K? Hmmm... apa maksudnya tu?

Bukti hubungan DD dan FK bercinta...



Mari kita kenal pasti sejak bila mereka nie ada SESUATU..haha

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-