Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Monday, February 1, 2010

Chef wan Bakal bergelar Datuk Esok...1st February 2010

Share








Akhirnya orang yang selebihnya layak berbanding Shah Rukh Khan untuk menerima gelaran, terima gelaran yang setimpal.

Chef Wan yang kita kenali sememangnya seorang yang peramah & sikap beliau itu banyak membantu menaikkan karier beliau sebagai chef selebriti.

Kemuncaknya, tahun lalu Chef Wan di’anugerahkan sebagai selebriti chef terbaik dunia & ketika itu’lah rasanya Chef Wan juga patut terima gelaran Datuk seperti sekarang ini.

Bermula esok (1 Februari 2010), Chef Wan akan membawa gelaran Datuk yang di’kurniakan oleh Yang Dipertuan Agong dan kerajaan Malaysia.

Menurut sumber, ini bukanlah satu-satunya tawaran kurniaan Datuk yang Chef Wan terima malah 4 kali sebelum ini & semuanya di’tolak kerana belum bersedia untuk membawa gelaran tersebut.

Setinggi-tinggi tahniah untuk Chef Wan atas anugerah ini & semoga karier Chef Wan akan terus cemerlang serta membawa nama baik Malaysia lebih jauh di’mata dunia.

Kita tunggu sahaja Chef Wan bergelar datuk kepada anak Serina Redzuan. Pasti lebih bermakna saat itu.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-