Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Monday, February 1, 2010

Bekas Suami Azza Elite Tidak Pedulikan Anak

Share








PELAKON dan penyanyi, Azza atau nama sebenar Azzarima Zawari cukup cekal menerima ketentuan takdir. Dia tidak pernah kesal dengan keruntuhan rumah tangganya.

Walau pun harus membesar dan menguruskan anaknya, Marissa Janna, 5, bersendirian tanpa sokongan bekas suami, Mohd. Ehsan Tun Ahmad Zaidi Adruce atau Ehsan, Azza pasrah dan redha dengan dugaan yang diberikan-Nya.

Biarpun hidup bersendiri dan harus menunaikan tanggungjawab sebagai ibu tunggal, Azza tidak sedikit pun mengeluh dengan 'ketiadaan' Ehsan untuk melunaskan tanggungjawabnya sebagai bapa.

Malah, setulusnya cinta Azza terhadap bekas suaminya itu, seteguh itulah kepercayaan dan keyakinannya terhadap Ehsan.

Jika orang lain, sudah pasti akan bertekak dan bergaduh besar dengan sikap tidak bertanggungjawab sebegitu, namun tidak bagi Azza. Berkali-kali dia menegaskan, pasti ada sebab tertentu yang menghalang Ehsan sehingga dia langsung tidak bertanya khabar atau menjenguk anaknya.

"Buat masa ini, anak saya dibela oleh ibu di Taiping, Perak. Hanya saya yang mengurus dan membela Marissa.

"Bekas suami tidak pernah sekali pun datang menjenguk atau menghubungi Marissa. Kali terakhir dia datang jenguk pun lebih kurang dua tahun yang lalu.

"Tapi saya yakin, dia pasti ada alasan tersendiri bertindak sedemikian. Ehsan bukan jenis bapa yang tidak bertanggungjawab.

"Mungkin ada sesuatu yang berlaku kepadanya di sana sehingga menghalang dia untuk menjenguk dan bertanya khabar pada anaknya.

"Tak mengapa. Saya pasrah dan redha. Saya tidak pernah mendendami jauh sekali untuk membenci Ehsan. Saya percaya pasti ada masalah yang menyebabkan dia terus menyepikan diri di Sarawak.

"Bukan dia tidak sayang pada anaknya. Pasti ada hal yang menghalang. Saya berserah pada Tuhan. Biarlah masa yang menentukan," katanya yang masih belum merancang untuk berkahwin semula.

Sejak berpisah dengan Ehsan kira-kira tiga tahun yang lalu, keringatnya diperah untuk melakukan apa jua kerja yang berkaitan dengan dunia seni. Hidupnya kini didambakan hanya untuk keluarga dan anak perempuannya sahaja.

"Hidup saya hari ini hanya untuk besarkan anak dengan sebaik mungkin. Saya akan bekerja keras bagi memastikan Marissa dapat keselesaan hidup dan kasih sayang terbaik daripada saya dan keluarga," kata Azza yang bakal kembali ke bidang nyanyian tidak lama lagi.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-