Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Friday, February 5, 2010

Awal tak mahu terlibat dalam kes saman menyaman antara Fahrin & Linda... & Awal bukan org ketiga yg dimaksudkan Fahrin semasa Scha bersamanya

Share








Awal minggu lepas, ramai yang dikejutkan dengan sidang akhbar tergempar Fahrin Ahmad yang bertujuan memaklumkan para media mengenai notis tuntutan yang dikeluarkan terhadap bekas kekasih Linda Onn.

Bagi mereka yang sempat menonton rakaman sidang media tersebut, kebanyakkannya pasti tersentuh saat ketika Fahrin gagal mengawal emosinya, bila menyentuh tentang kesan fitnah yang mengatakan dirinya seorang kaki pukul dan panas baran terhadap keluarganya.

Tempoh seminggu yang diberikan kepada Linda untuk membuat kenyataan maafnya sudah berlalu. Menurut peguan Fahrin, Tengku Naufal Tengku Mansur, surat daripada peguam Linda telah diterima memaklumkan kesediaannya untuk melanjutkan kes tersebut ke peringkat mahkamah.

Sesiapa pun rasanya, tidak dapat menjangka perkara ini akan berlanjutan sehingga ke tahap itu.

“Saya pun terkejut kerana saya ingatkan benda ni boleh di selesaikan,” kata Awal Ashaari tatkala diminta komennya tentang perkembangan kes Fahrin dan Linda.

“Tapi bila dah sampai tahap saman-menyaman, itu terpulang pada mereka. Jika Linda tidak mahu meminta maaf, itu keputusannya. Kami tak boleh cakap apa-apa. Bagi saya, saya berpesan pada diri sendiri dan juga Scha untuk jangan masuk campur.”

Walaupun itu mungkin agak sukar memandangkan dalam surat peguam Linda, telah dikaitkan seorang selebriti, dan dipercayai individu itu adalah Scha Al-Yahya. Dakwa Linda, kenyataan yang dikeluarkannya adalah sebagai mengesahkan apa yang dikatakan selebriti itu.

Ditanya jika dia bimbang akan diheret sama dalam kes itu, jelas Awal, selagi dia tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan atau mendapat surat dari peguam Fahrin, tiada apa yang perlu di takuti.

“Sebelum ini, saya dan Fahrin tiada sebarang isu pun. Tapi tiba-tiba nama saya dikaitkan apabila Fahrin meminta media menyiasat sendiri dengan siapa Scha sedang bersama. Namun selepas itu, Fahrin keluarkan kenyataan di mana dia memberitahu saya bukan orang ketiga dalam perhubungannya dengan Scha.

“Nama saya tidak sepatutnya dilibatkan dari awal lagi. Ini kes mereka. Saya berterima kasih kepada Fahrin atas kenyataannya dan kerana memberi saya ‘closure’. Selama ini semua tertanya-tanya. Bila saya dan Scha nafikan, tiada yang percaya. Tapi apabila Fahrin tampil menafikan penglibatan saya, barulah mereka terima.

“Sekarang ni, saya tidak mahu ada apa-apa penglibatan dalam perkara ini. Yang lain tu, saya tak boleh memberi komen kerana perkara ini dah menjadi kes mahkamah.”

Scha yang minta ID Blackberry Linda

Mengenai persahabatan Scha dan dirinya dengan Linda, dedah Awal, apa yang berlaku di antara Scha dan Linda tiada kaitan dengan dirinya. Malah perkenalan Scha dengan Linda adalah atas inisiatif Scha sendiri.

“Mereka saling mengenali melalui Blackberry. Scha yang meminta ID Blackberry Linda daripada saya. Apa yang dibincangkan di antara mereka tidak dikongsikan dengan saya.

“Saya dan Linda pun cuma kawan biasa yang mengenali melalui aktiviti-aktiviti dengan anak-anak yatim dan ketika bertugas dalam ‘Sehati Berdansa’. Jadi, tidak perlu timbul isu tentang persahabatan kami.”

Ibu tak rasakan Awal sedia berkahwin
Ditanya tentang perkembangan perhubungannya dengan Scha, Awal berkongsi ia berjalan lancar malah apa yang berlaku telah menguatkan lagi hubungan mereka.

"Kami semua sedang mencari kebahagiaan dan teman yang terbaik buat diri kami. Ini satu fasa yang dilalui semua. Jika dia bukan calon yang sesuai, bermakna kami tiada jodoh bersama.

“Keluarga saya sayang dan menyukainya. Apabila melibatkan keluarga, benda ni menjadi lebih senang. Bila saya nak bawa keluar anak orang, saya mesti terlebih dahulu berjumpa ibu bapanya. Apa benda yang saya nak buat, saya mesti dapatkan izin mereka terlebih dahulu.”

Memandangkan semua dah sama-sama suka, bolehlah mula membuat perancangan berkahwin.

“Ibu saya menasihatkan untuk mengenali diri satu sama lain dulu. Dia tidak merasakan saya bersedia lagi untuk berkahwin. Dia akan bertanya, ‘Dah ada duit ke nak kahwin?’ sebab kehidupan berumahtangga itu satu tanggungjawab yang berat dan kita harus betul-betul bersedia untuk memikulnya.”

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-