Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Wednesday, February 24, 2010

Ahmad Idham terguris dgn kata-kata Farid "menciplak cerita Rempit V3"

Share








Ceh..gambar mcm xleh nak skema lagi je guna utk post nie.. :P

Pengarah filem kesal dakwaan sebahagian karya Adnan Sempit hasil ciplak

PENGARAH dan pelakon terkenal, Ahmad Idham yang kini layak digelar 'pengarah jutawan' selepas filem arahannya, Adnan Sempit mencapai kutipan box-office RM7.75 sehingga Khamis lalu.

Namun, dalam kegembiraan beliau apabila Adanan Sempit mendapat sambutan hebat dan luar biasa dalam sejarah perfileman di negara ini, jiwanya berasa kesal dan sedih sambil menyifatkan tindakan aktor serta pengarah muda, Farid Kamil yang mendakwa filem arahannya itu meniru atau menciplak filem arahan sulung beliau, V3: Samseng Jalanan sebagai tindakan seseorang yang belum matang.

Sekali gus, Idham berasakan sikap Farid yang membuat tuduhan seperti itu melambangkan keperibadiannya yang sebenar apabila perhubungan mereka berdua sebelum ini berjalan lancar secara peribadi mahupun profesional.


David Teo
Tambah Idham, dia tidak tahu apa sebenarnya niat Farid menyuarakan ketidakpuasan hatinya menerusi laman blog yang mendakwa di pertengahan jalan cerita Adnan Sempit adalah berkisar V3: Samseng Jalanan yang sudah diolah oleh pihak tertentu yang licik mencipta peluang atau dalam erti kata lain, mendakwa sebahagian idea Adnan Sempit yang masih menggegar pawagam sehingga hari ini adalah miliknya.

Sekalipun Farid tidak menyebut nama Idham menerusi blog berkenaan, tapi sebagai pengarah dan penulis skrip asal Adnan Sempit, pastinya ramai pihak tertanya-tanya adakah benar Idham menciplak idea Farid? Apakah juga kerana idea ciplak itu Adnan Sempit mampu mencipta fenomena baru kutipan box-office filem Melayu?

“Sebenarnya saya tak mahu mencipta kontroversi menerusi isu ini, lagipun saya dalam rangka mempromosi filem terbaru terbitan syarikat saya, Niyang Rapik yang bakal menjengah pawagam bermula 25 Februari ini. Tambahan pula apa yang disuarakan Farid datang daripada dirinya sendiri dan bukan dikeluarkan pihak Excellent Pictures.

“Bagi saya, Farid tak biasa berhadapan dengan perkara seumpama ini. Dia tak tahu ‘permainan’ dalam industri hiburan. Apabila Farid mengeluarkan kenyataan begitu menerusi blog, bagi saya dia tiada kematangan dalam industri. Apabila artikel ‘Idham ciplak Farid?’ didedahkan media massa menerusi akhbar mingguan Ahad lalu, sehingga hari ini (Khamis, 18 Februari), Farid belum lagi menghubungi saya untuk sebarang penjelasan.

“Apabila berlaku perkara seumpama ini, bagi saya ini adalah proses pembelajaran bagi dirinya sendiri. Antara saya dan Farid, kami mengenali antara satu sama lain. Hari-hari kami bertemu, bekerja dan minum teh bersama. Justeru, apabila Farid menyuarakan perasaan tidak puas hatinya menerusi blog, bagi saya ia melambangkan keperibadian seseorang itu.

“Saya tidak dapat menafikan, perasaan saya sedikit terguris dan terasa hati dengan kata-kata Farid di laman blognya. Namun, seperti saya katakan tadi, Farid tak biasa dan belum matang dalam industri ini. Farid juga baru nak mengenali dunia pengarahan. Bagi saya, tak ada apa-apa yang boleh menghalang kami daripada terus berkarya. Kami masih boleh bekerjasama pada masa akan datang, tak timbul sebarang masalah,” katanya tenang.


Farid Kamil
Farid juga baru selesai membintangi filem terbaru terbitan MIG Production, Cuti-Cuti Cinta arahan Ahmad Idham.

Idham ketika dihubungi sedang sibuk di lokasi filem terbaru arahannya, Damping Malam lakonan Amy Mastura, Eizlan Yusof dan dirinya sendiri, juga terbitan MIG Production.

Pun begitu, ketika ditanya sejauh mana kesahihan dakwaan Farid, Idham menafikan sekeras-kerasnya jalan cerita Adnan Sempit meniru V3: Samseng Jalanan, tambahan pula kedua-dua filem berkenaan berbeza genre dan jalan cerita.

“Farid menonton Adnan Sempit bersama saya pada minggu pertama filem berkenaan menjengah pawagam. Dia memuji filem itu. Jadi, kenapa baru sekarang isu ciplak ini ditimbulkan? Minggu depan ada pra-tonton V3: Samseng Jalanan, justeru pihak wartawan boleh menilai sendiri di manakah persamaan antara Adnan Sempit dan V3: Samseng Jalanan,” kata Idham yang tidak menyimpan perasaan amarahnya terhadap Farid.

'Jiwa Farid masih mentah'

Penerbit MIG Production, David Teo ketika dihubungi berkata, apa yang disuarakan Farid menerusi laman blog adalah pandangan peribadinya semata-mata.

“Tidak timbul isu Farid nak menghentam sesiapa termasuk Ahmad Idham. Lagipun, antara Adnan Sempit dan V3: Samseng Jalanan, kedua-dua filem ini menampilkan genre yang amat berbeza, Adnan Sempit - romantik / komedi, manakala V3: Samseng Jalanan - aksi /seksi dan ganas. Perbezaannya umpama langit dan bumi.

“Bagi saya, jiwa Farid masih muda dan mentah. Dia cepat mengeluarkan perasaan dan pendiriannya, kemudian baru nak berbincang. Saya yakin, apa yang disuarakan Farid, tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak, lagipun Ahmad Idham adalah penasihat V3: Samseng Jalanan. Bagi saya, Farid tak tahu apa akibatnya apabila meluahkan perasaan menerusi blog. Dia tak fikir panjang, maklumlah orang muda.

“Saya sudah menasihatkan Farid supaya dia benar-benar faham mengenai industri. Ini adalah satu pengajaran terbaik bagi Farid, kini baru dia sedar, kita tak boleh meluahkan perasaan sesuka hati menerusi apa saja medium yang boleh diakses oleh pihak lain. Kalau nak tulis, luahkan dalam diari peribadi, tapi jangan sampai diari berkenaan hilang dan jatuh ke tangan orang lain,” kata David yang tidak mahu menimbulkan kontroversi.

Farid Kamil gagal dihubungi

USAHA mendapatkan komen atau maklum balas daripada Farid Kamil mengenai niat sebenarnya beliau meluahkan perasaan tidak puas hati di laman blog berkaitan isu ciplak ini menemui jalan buntu apabila semua SMS dan panggilan telefon kepadanya tidak mendapat sebarang balasan.

Apabila perkara ini diajukan kepada David, dia menasihatkan penulis supaya membuka laman blog Farid dan melihat sendiri status terbaru aktor berkenaan.

Justeru, ini saja yang dapat dipaparkan mengikut apa catatan terkini Farid seperti dipaparkan dalam blognya.

“Maaf. Salam, daripada hati yang tulus ikhlas saya ingin memohon maaf kepada semua pihak di atas keterlanjuran saya memberi komen terhadap filem Adnan Sempit dalam entry 'Ciplak' tempoh hari. Ia hanya pandangan saya secara peribadi dan tidak berniat menyinggung perasaan mana-mana pihak.

“Maka, saksikanlah V3: Samseng Jalanan di pawagam 11 Mac ini,” kata kenyataan itu.

Farid juga dikatakan tidak berani untuk memberi penjelasan kepada media massa kerana menerima teguran daripada pihak pengurusan produksi.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-