Search in my-sensasi !! upgraded

RECENT POST @ Entri Terkini

Friday, January 1, 2010

Sheikh Muszaphar -Dr. Halina Selamat Melangsungkan Pertunangan

Share








SEREMBAN: Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor hari ini telah mengikat tali pertunangan dengan Dr. Halina Mohd Yunus di Hotel Allson Kelana, di sini.

Dr. Halina, 29, adalah anak jati Negeri Sembilan yang kini bertugas sebagai doktor bius di Hospital Selayang dekat sini.

Majlis pertunangan yang bermula pukul 4 petang itu telah dihadiri kira-kira 200 tetamu jemputan terdiri daripada ahli keluarga, sanak saudara, rakan-rakan rapat serta pihak media.

Sewaktu berkongsi detik bahagia ini, Dr. Muszaphar, debaran bakal menjadi tunang orang tidak sama dengan detik ke angkasa menaiki Soyuz TMA-11 yang dilancarkan oleh Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada 10 Oktober 2007.

Dr. Muszaphar, 37, mengaku tidak sabar untuk menempuh satu lagi pengalaman baru bersama gadis pilihan serta mendapat restu keluarga kedua-dua pihak.

Dr Muszaphar kelihatan kacak dalam baju Melayu berwarna kelabu serta samping berwarna merah jambu muda manakala Dr Halina tampak elegan dengan menggayakan baju kurung sifon berwarna merah jambu muda.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-