Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Sunday, January 10, 2010

Emulsifier E471 tidak semestinya haram! sila kaji betul2 ye

Share







Pernah satu ketika kita dihebohkan ada sesetengah produk makanan tidak halal kerana dikatakan mengandungi E471 yang kononya adalah bahan berasaskan khinzir.

Ingin saya betulkan disini bahawa ini adalah tidak tepat sama sekali.

Sebenarnya E471 adalah merujuk kepada bahan emulsifier makanan yang bertujuan sebagai aditif makanan, biasanya digunakan untuk makanan yang melibatkan lemak dan air contohnya ais krim, kek, coklat dan lain-lain.

Berfungsi untuk memudahkan percampuran bahan yang berasaskan minyak dan air bergabung, kalau tidak kita tak dapat makan ais krim yang sedap, Kerana nanti susu dan air berpisah, sterusnya akan menjadi "ais krim Malaysia" yang keras tu..

Sumber untuk pembuatan E471 ini sama ada tumbuhan atau haiwan. Jika tumbuhan tiada masalah..tetapi jika haiwan (tidak semestinya khinzir) perlulah dipastikan haiwan yang halal atau tidak dan disembelih atau tidak..

untuk maklumat semua, produk yang telah mendapat sijil halal Jakim (Malaysia) / Produk Malaysia adalah menggunakan E471 yang diperbuat daripada tumbuhan iaitu dari minyak kelapa sawit, oleh itu tidak perlulah kita risaukan..

Moga artikel ini dapat membantu kita membuat pilihan untuk membeli produk makanan.

2 comments:

Anonymous said...

Dah kaji betul2 pun...sebab tu jangan main serkap jarang kalau belum pasti. Setahu saya E470 sehingga E478, E481 sehingga E483 adalah bersumberkan lemak babi. E479 & E480 dari lemak binatang selain babi. Untuk tahu lebih lanjut pasal emulsifier ni, tolonglah rujuk CAP. Kat situ dia orang boleh senaraikan lebih dari 100 product yang bersumberkan lemak babi.

sensasi said...

ada beberapa link dan informasi yg boleh didapati dgn membaca artikel2 dan search melalui internet..kita jangan la menyempitkan pemikiran dan bertindak menghukum sblm mengkaji tlbih dahulu..

E471~bukan hanya dtg dr babi..malah dtg juga dr tumbuhan ...jadi sekiranya yg ada pengesahan jakim.yg itu pasti adalah tumbuhan.

http://produkhalal.wordpress.com/2008/06/20/emulsifer-471-e471-halal-or-not/

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-