Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Sunday, January 10, 2010

Azizah Mahzan bekas Isteri Bilal Khan~ tiada masa berdating

Share








SETELAH bercerai dengan aktor Nasir Bilal Khan, sehingga kini aktres berbakat besar Azizah Mahzan masih belum menemui lelaki yang benar-benar sesuai untuk dijadikan suami.

Jika ditanya kepadanya tentang keinginan itu, aktres yang pernah dilanda kontorversi gambar mesranya dengan aktor Zaefrul Nordin ini berkata tiada resolusi untuk mencari suami dalam diari 2010nya.

“Tiada dalam kamus hidup saya..bermula 2 Januari 2010, azam saya tidak pernah berubah seperti tahun-tahun sebelum ini. Kalau saya berazam yang tinggi-tinggi sekalipun, saya tetap melakukan tabiat lama,” ujarnya ketika dihubungi mStar Online.

Lantas apabila disoal mengenai khabar angin yang mengatakan Azizah sedang menjalin hubungan dengan seorang lelaki berketurunan Arab, dia menafikannya.

Jelas Azizah, dia tidak pernah mengenali dan keluar dengan mana-mana lelaki Arab.

“Saya tidak pernah mengenali lelaki Arab. Lagipun, setahu saya lelaki Arab ni keras kepala.

“Saya juga tak pernah ‘dating’ dan jarang keluar rumah. Saya ni jenis agorafobia yang tidak terlalu gemar berada di tengah-tengah orang ramai.

“Kalau tak terlibat dengan penggambaran, saya lebih selesa berada di rumah. Kadangkala, saya tak pandai untuk melayan peminat,” kata ibu tunggal kepada seorang anak ini.

Bukan mahu bersikap angkuh, namun Azizah menganggap dia masih boleh hidup tanpa bergantung dengan orang lain.

“Kalau saya tidak mempunyai teman lelaki atau suami, saya masih boleh bernafas. Misalnya, saya akan cipta sesuatu perkara yang ceria dan kenapa saya perlu menyusahkan diri-sendiri?

“Kita patut menikmati keseronokan dalam menjalani kehidupan ini. Konsep sanggup berkorban demi cinta tiada dalam diri saya. Saya sudah biasa hidup bersendirian.

“Mungkin kalau saya ada teman lelaki atau suami, saya akan mudah rasa lemas sebab nak kena selalu fikirkan tentang dirinya.

“Daripada saya fikirkan tentang lelaki, lebih baik saya mengadap komputer. Saya tidak suka mengawal dan dikawal tetapi lebih suka hidup bebas. Saya ada akal fikiran, jadi mengapa saya perlu mengawal dan dikawal,” tuturnya dalam nada tenang.

Tambah Azizah, dia memikirkan perkara itu sebagai kebaikan dalam dirinya bagi mengelakkan terkejar-kejar dalam melakukan sesuatu perkara.

“Saya jenis yang suka melakukan sesuatu perkara satu persatu. Kalau saya ada teman lelaki, ingat saya ada masa untuk melakukan semua itu.

“Asalkan saya senang hati, tak payah saya fikir-fikir pasal lelaki. You free to live before you die.

“Saya akui ada orang yang tak boleh hidup tanpa pasangan tetapi bagi saya ia hanya suatu perkara yang remeh,” tambah pelakon filem Anak dan drama Spa Q ini.

Namun begitu, naluri kecil di hati Azizah berkata dia tidak menolak soal jodoh ini dan segala-galanya diserahkan kepada Allah.

“Saya masih ada Tuhan..soal jodoh dan karier semua itu atas kehendaknya. Mana tahu tiba-tiba datang seorang lelaki yang hendak meminang, saya nak buat macamana?

“Tapi jika orang tanya tentang prinsip, saya tak boleh menyesuaikan diri saya dengan hubungan perkongsian,” jelasnya.

Azizah berkata walaupun begitu ada beberapa lelaki yang ingin mendekati dirinya tetapi dia terpaksa menolaknya.

Dalam perkembangan karier seninya, Azizah berkata dia masih belum selesai menjalani penggambaran drama Spa Q 3.

Selain itu, dia juga sedang berlakon sebagai Puan Sri menerusi filem Cuti-Cuti Cinta arahan Ahmad Idham.

“Drama bergenre komedi romantik itu turut dilakonkan oleh Nora Danish, Zed Zaidi dan Zaibo. Saya melakonkan watak ibu kepada Nora Danish,” katanya sebelum mengakhiri perbualan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-