Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Sunday, August 30, 2009

Rozita Pengasas Sendayu Tinggi kini berpurdah

Share










Saya berpurdah bukan kerana alim atau H1N1: Rozita

Rasanya sudah ramai yang tahu tentang kesusahan lampau saya kerana banyak majalah menyiarkan cerita itu. Niat saya tiada lain, hanya mahu menjadi pencetus semangat untuk wanita di luar sana. Biar mereka tahu, sebagai manusia jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk berjaya dalam hidup.
Saya pernah jadi penoreh getah, sambil-sambil itu melakukan bermacam-macam kerja kampung untuk menampung hidup. Malah pernah juga cuba berniaga kedai runcit, menyertai MLM dan bekerja kilang.
Apabila berjaya dengan perniagaan Sendayu Tinggi, saya mula sedar manusia perlu ada tiga sifat jika mahu berjaya. Pertama, mereka mesti mengorak langkah untuk memulakan perkara kecil dalam diri. Kemudian, jangan pernah berkata tidak sebelum mencuba kerana tiada apa yang mustahil. Ketiga, jangan suka menyalahkan orang lain.

Nilai sepuluh sen

Bila sudah berjaya mengumpul kekayaan, tiap-tiap tahun saya pergi umrah. Ada banyak peristiwa yang dialami di tanah suci namun ada satu pengalaman yang paling menarik. Ia berlaku ketika saya tidur lalu bermimpi, satu suara menyuruh saya membaca beberapa ayat daripada surah Al-Baqarah.
Sekembalinya saya ke tanah air, saya terus mencari tafsir Al- Quran. Saya mendapati antara maksud ayat yang disuruh baca itu ialah mereka yang mendapat hidayah namun jika memalingkan mukanya, mungkin tiada lagi hidayah untuknya selepas itu.

Saya memang sudah lama terdetik mahu berganjak ke alam (fasa) lain sebaik sahaja usia mencecah 40 iaitu membuat persediaan untuk mati. Saya mula melihat betapa kehidupan di dunia ini sangat singkat, indah dan perlu dinikmati. Saya sedih mengenang ramai orang yang berjaya dalam perniagaan tetapi hidup tidak bahagia.
Ketika saya mengejar dunia, hidup dirasakan huru-hara. Pernah saya beli sebuah kereta dengan harga RM1 juta. Setiap kali tiba di satu-satu tempat, saya senang melihat banyak mata memandang dan berbisik-bisik kagum. Namun lama-kelamaan saya tersedar, rasa bangga melihat kekaguman orang itu menimbulkan perasaan riak dan mahu menunjuk-nunjuk.
Jika syiling sepuluh sen terjatuh, pernah satu ketika saya tidak mahu mengutipnya semula. Waktu itu saya memikirkan kelas sebagai seorang jutawan. Tetapi hari ini, saya tidak mahu lagi bersikap begitu. Saya mahu buang rasa riak, sebab nilai duit sepuluh sen itu besar nilainya pada sesetengah orang dan tidak patut dibazirkan begitu sahaja.

Saya tidak pandai mengaji dan tidak tinggi ilmu agama. Jadi saya mengupah seorang ustazah yang tinggal bersama di rumah ini untuk mengajar serta seorang ustaz untuk berkongsi ilmu agama. Sehari setiap minggu, rumah saya dibuka untuk orang ramai menyertai majlis ilmu yang dibuat di sini.
Impian saya yang masih belum tercapai ialah membina sebuah kompleks hasil perniagaan. Di kompleks berkenaan saya mahu membangunkan aktiviti dakwah di samping memberikan kehidupan kepada fakir miskin menerusi perkongsian ideologi perniagaan.
Saya tidak mahu golongan susah yang saya bantu ini memandang saya sebagai sumber kewangan. Saya tidak memberikan mereka ‘ikan’ tetapi ‘pancing’ untuk mengubah kehidupan. Caranya saya beri mereka produk untuk dipasarkan. Saya juga mengambil kuih, kerepek dan lain-lain daripada mereka untuk dijual.

Satu lagi impian yang sedang diusahakan, saya mahu bina sebuah rumah perlindungan untuk anak yatim piatu dan mualaf. Rumah sudah ada, tenaga pengajar pun tidak ada masalah. Cuma tinggal mencari bayi dan kanak-kanak untuk dibesarkan dengan pendidikan akademik berserta ilmu agama di rumah tersebut.

Kini mula berpurdah
Purdah ini sudah lima bulan saya pakai. Bukan sebab alim, dan bukan juga sebab H1N1. Sebaliknya inilah antara cara saya menjaga hati daripada dirasuk perasaan riak. Bila mengenakan purdah, tiada orang yang mengenali saya jadi tiada lagi layanan istimewa yang biasa saya dapat.
Saya tidak malu untuk mengaku, selama ini memang saya pakai tudung tetapi hati masih kotor. Ini kerana walaupun memakai tudung saya sering kalah bila syaitan berbisik supaya bersolek setiap kali ke luar rumah sesuai status selaku pengasas produk kecantikan.

“Kau kenalah pakai baju yang menampakkan kelangsingan, barulah orang tahu produk kau bagus” – itu juga antara bisikannya yang sering menewaskan saya. Barangkali ketika itu saya antara wanita akhir zaman yang disebut dalam hadis ‘menutup aurat tetapi masih bertelanjang’.

Sebagai majikan pula, kadangkala saya memarahi pekerja kerana mahu semuanya serba sempurna. Saya menjadi sungguh takut apabila tersedar dan berfikir bagaimana pula saya di sisi majikan paling besar iaitu Allah Taala? Dia pun berhak marahkan saya kerana sungguhpun solat, di mana zikir dan amalan sunat bagi menyempurnakan lagi amalan kepadanya?
Syukurlah, perubahan yang dibuat melimpahkan bahagia dalam hidup. Anak-anak (Nurhayati, Alif Syukri, Aiman Hazim, Nurazizah dan Nurain Sufiyah) dan suami melengkapkan lagi dunia wanita ini.
Kini hari-hari saya lalui sambil meneguk kelazatan ilmu akhirat. Melayan keletah anak-anak, mengulit orkid, epal Madura, daun kesum, kedondong, kari, limau purut dan pokok herba lain; juga melayan burung, ayam, lampam, puyuh, puyu dan tilapia melengkapkan lagi kediaman bak syurga dunia yang saya gelar Sorga Ammi.
Sesudah solat Subuh, tatkala berdiri di balkoni rumah menyaksikan kabus berlalu dibawa angin sambil merenung kalam-kalam bukit , saya semakin yakin betapa perlunya saya bersyukur menjadi hamba yang dilimpahi kasih sayangNya.

Akhil tegur Maizawati sudah ada Kekasih Baru

Share








Akhil menegur dan mempersoalkan sikap bekas isterinya, Maizawati yang dianggapnya telah membuat sesuatu yang tidak sepatutnya terjadi dalam masa tempoh edah penceraian mereka. Akhil dengan yakin mendakwa Maizawati sudah ada kekasih baru.

“Ana tidak kisah kalau anda semua (wartawan) hendak tulis atau tidak. Ada sumber yang cakap pada Ana yang dia (Maizawati) sedang bercinta dengan seseorang lelaki sekarang. Perempuan yang telah bercerai dengan suaminya sepatutnya perlu menjaga maruah diri sepanjang tempoh edah. Tapi yang berlaku sekarang adalah sebaliknya,” kata Akhil.

P/S:Nampaknye Akhil mcm marah pulak maiza dah ada pengganti baru..bukan sahih lagi,baru je org bgtau dia...kecoh2 lak dia..agaknya dia cemburu maiza dgn mudahnye mendpt pengganti...isk2...Akhil dah kahwin cepat2 sgt,mestila hati maiza terguris....apa salahnya maiza buat awak terguris pulak...ceh.. apa-apa pun manusia bukan malaikat..cerminlah diri kita sendiri..renung renungkan..

Siapakah Kekasih Qabil Ambak,Fasha sandha atau Gadis Philiphine ini?

Share







tak tau nak kata nie ex girlfren dia ke..atau girlfren dia...atau bukan girlfriend...
Wanita ini juga merupakan seorang Ekuin,penunggang kuda professional seperti Qabil juga.Mereka didakwa akan berkahwin..tp xtaula betul ke tidak..
nama pun gossip...xeh percaya 100%...nway hensem jugak qabil nie..sesuai ngan Fasha..opss..




Farawahida Tampil mendedahkan tentang dirinya dan Julfekar

Share










Penyanyi popular tampil mempertahankan diri sambil mendakwa dirinya didera mental dan emosi

LARA hidupnya tiada siapa yang tahu. Lima tahun hidup dianggap bagaikan dalam 'sangkar' atau mungkin bak 'neraka' cukup membuatkan Farawahida enggan menoleh ke belakang lagi. Siapa menduga, penyanyi berwajah manis itu menyimpan episod duka selama bergelar artis biarpun ada ketikanya dia kelihatan sering tersenyum pada peminatnya. Dirinya dan keluarga diperlakukan tak ubah seperti `sampah', malah lebih teruk, penyanyi ini mendakwa dia sering didera dari segi mental dan emosi.

Dan untuk kembali menjalinkan kerjasama dengan pengurusnya yang juga komposer terkenal, Julfekar Ahmad Shah dan bernaung di bawah syarikat Millennium Art Sdn Bhd, ia bagaikan igauan ngeri buatnya dan keluarga.

Kehidupannya tidak seperti artis lain, selain mendakwa dirinya dikongkong dan dikawal ketat, penyanyi kacukan Melayu-Pakistan mengakui, hidupnya tak ubah seperti pentas lakonan semata-mata. Hakikatnya, Farawahida tertekan dan menderita dengan `hidup yang indah khabar daripada rupa'.



Tidak tahan maruah dirobek, imej dicarik, nama baik bagaikan dipijak-pijak, Farawahida enggan berdiam diri lagi. Selama empat bulan berdiam diri, penyanyi berusia 24 tahun itu cuba menahan sabar, tetapi cerita-cerita yang mengaibkan dan menjatuhkan maruahnya terus dijaja dan diperkatakan. Farawahida bangkit menceritakan episod duka yang melingkari hidupnya.

Farawahida menegaskan, Julfekar bukanlah kekasihnya, malah hubungan mereka tidak lebih daripada pengurus dan artis.

Dengan nada perlahan, Farawahida akui: "Saya tak pernah menyimpan sekelumit perasaan kasih pada Julfekar, malah saya hanya menganggapnya seperti abang dan menghormatinya sebagai pengurus. Saya tahu Julfekar menyimpan perasaan cinta pada saya, tetapi saya tidak sesekali mahu bercinta dengan suami orang.

"Saya tak pernah berbohong malah saya bercakap perkara yang sama jika ada yang bertanya sejak dulu lagi. Julfekar hanya pengurus saya, bukan kekasih! Saya tak mampu lagi bekerjasama dengan Julfekar, bukan saya lupa jasa-jasanya menaikkan nama saya, tetapi saya tidak tahan dengan perbuatan dan cerita yang disebarkan.

"Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Selama ini, hanya Tuhan saja yang tahu deraan yang dilakukan pada saya dan keluarga. Saya dan keluarga sering dimaki hamun dan diancam, malah hingga hari ini, saya terus diganggu. Sejak pulang ke kampung halaman di Taiping, Perak, saya tak pernah bercakap dengan Julfekar, cuma berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS).

'Dia makin hamun saya dan keluarga'

"Bagaimanapun SMS yang diberikannya cukup menghiris perasaan, puas memaki hamun saya, ibu dan adik beradik saya pula menjadi mangsa. Saya tak mampu menahan sabar bila ibu saya dimaki dengan perkataan yang tidak sepatutnya. Bukan saya tak tahu cerita yang dijaja, malah apa yang diceritakan akan sampai kembali ke pengetahuan saya. Ramai yang tak percaya dan mahu mendapatkan kepastian cerita yang mereka dengar."

Farawahida berkata, bukan dirinya berdegil atau keras kepala kerana tidak mahu berbincang dengan Julfekar, tetapi cukuplah derita yang ditanggung selama lima tahun.

Sambil merenung jauh, Farawahida sebak mengatakan: "Saya cukup terseksa, saya dikongkong hinggakan mahu bertemu dan pulang ke kampung bersama keluarga juga sering dihalang. Boleh dihitung dengan jari berapa kali saya meluangkan masa bersama keluarga sejak bergelar penyanyi.

Dakwa diri pernah dikasari Julfekar

"Dia (Julfekar) bukan kekasih saya, malah jauh sekali suami saya tetapi dia cuba menentukan hidup saya. Ketika itu, saya hanya mampu bersabar kerana terikat dengan kontrak selama lima tahun. Kalau ikutkan hati, sudah lama saya angkat kaki tetapi saya tak mampu bertindak sebab sering diancam.

"Saya terpaksa akur dengan arahannya, jika membantah, saya dikasari. Saya pernah dipukul dan dikasari depan ibu dan orang ramai. Dia juga mendera saya secara mental dan fizikal. Ibu dan kakak yang sering menemani saya juga menerima tempias kemarahannya. Bayangkan, mahu bersama keluarga pun boleh mengundang perbalahan besar, malah apa saja yang saya buat perlu mendapat kebenarannya, jika tidak, saya pasti dimaki hamun dan dikasari.

"Paling saya tidak dapat terima apabila bersolat lama sedikitpun boleh mengundang kemarahannya. Saya kasihan melihat ibu dan kakak, mereka sering makan hati berulam jantung dengan perbuatan Julfekar. Nasiblah mereka sanggup terus menemani saya walaupun mata mereka sudah tidak larat memandang, hati mereka sentiasa berkata-kata.

“Paling sedih saya akan bergaduh besar dengan dia jika adik beradik saya datang ke rumah. Dakwaannya saya menghabiskan masa bersama keluarga dan mengabaikan latihan nyanyian memang tidak boleh diterima akal. Takkan saya perlu berlatih setiap hari hingga tiada sekelumit masa untuk adik-adik? Kami sekeluarga terpaksa menahan sabar gara-gara termakan janji manis Julfekar dulu."

'Julfekar halau keluar dari rumah sewa'

Akuinya, dia tekad melarikan diri selepas Julfekar menghalaunya dari rumah sewa yang dibayar syarikat di Setiawangsa, Kuala Lumpur. Mereka sudah berdepan dengan krisis teruk sejak November lagi.

Secara jujur, Farawahida akui: "Tahun lalu, saya sudah mahu melarikan diri apabila kami bergaduh besar gara-gara saya menemani keluarga membeli-belah barang perkahwinan kakak saya. Dia beranggapan saya keluar dengan lelaki kerana saya tak mahu MMS siapa bersama saya ketika itu. Takkan saya nak MMS wajah bapa dan ibu saudara yang menaiki kereta dengan saya, apa pula kata mereka nanti.

"Sebolehnya saya nak menutup penderitaan, saya tak mahu ahli keluarga lain tahu kegilaan Julfekar. Tentu mereka pelik kenapa Julfekar nak mengongkong hidup saya, sedangkan kami tiada hubungan. Julfekar mengancam saya, jadi saya takut nak balik ke rumah. Apabila mengetahui saya tak pulang, Julfekar mula berlembut memandangkan keesokannya saya perlu ke Indonesia untuk menjalani penggambaran klip video bersama Ari Wibowo.

"Saya memberikan peluang padanya memandangkan penggambaran klip video itu sudah dirancang awal, tetapi kesabaran saya hanya bertahan sehingga Anugerah Juara Lagu ke-23, Februari lalu. Kami berperang lagi apabila saya mahu keluar makan dengan keluarga untuk meraikan kemenangan saya. Dia menghalau saya lagi dan mungkin inilah masanya saya mahu keluar dari kemelut hidup yang tidak berkesudahan."

Farawahida nafi pernah ajak kahwin

Farawahida juga menafikan pernah mendesak Julfekar berkahwin, malah sebaliknya Julfekar merancang berkahwin lari dengannya ke Indonesia. Dengan suara perlahan, Farawahida berkata: "Bodohlah saya kalau saya mengajak Julfekar berkahwin sedangkan semua tahu, Julfekar sudah beristeri dan mempunyai anak yang dah besar panjang. Dia mencanangkan sudah bercerai tetapi hakikatnya, ketika itu dia masih tinggal serumah dengan anak dan isterinya. Jujurnya, antara punca saya melarikan diri disebabkan Julfekar merancang berkahwin dengan saya. Jangan kata nak jadi isterinya, jadi kekasihnya pun saya tak sanggup!

“Dalam SMS yang dihantar dan saya masih menyimpan SMS berkenaan, Julfekar memberitahu merancang mengadakan perkahwinan rahsia. Ketika itu, tak sampai seminggu lagi saya akan terbabit dengan persembahan penjelajahan sekitar Indonesia. Bimbang Julfekar merencanakan sesuatu, saya tekad lari.

"Selepas melarikan diri, Julfekar pernah menghantar wakil untuk berbincang dengan saya dan keluarga di kampung tetapi bukanlah isu kontrak yang menjadi persoalannya sebaliknya menghantar wakil merisik saya. Untuk apa? Takkan keluarga nak menerimanya sedangkan mereka tahu saya cukup menderita, malah keluarga juga sering dicaci dan dimaki seluruh keturunan.

Buat empat laporan polis

"Saya bersyukur Tuhan sentiasa memberi saya petunjuk, malah saya tak putus-putus memanjatkan doa supaya Tuhan memberikan petunjuk dan menyelamatkan saya daripada kemelut ini. Alhamdullilah, biarpun saya perlu bertatih dari awal untuk memulakan kerjaya nyanyian sekali lagi, saya bahagia."

Farawahida akui, dia juga mempunyai cukup bukti untuk mengheret Julfekar ke muka pengadilan, malah sehingga kini, dia sudah membuat empat laporan polis berhubung ancaman, gangguan dan ugutan.

"Saya memang orang kampung tetapi tidaklah sebodoh yang disangkakan. Julfekar sering menganggap saya dan keluarga, orang kampung yang bodoh dan tidak tahu mengenai undang-undang. Apabila diugut, saya membuat laporan polis untuk mendapat perlindungan diri. Jika diikutkan, saya boleh mendakwa dan mengheretnya ke mahkamah, tahun lalu. Keluarga saya juga membuat laporan polis kerana kerap diganggu dan diugut dalam SMS.

“Cacian, makian menjadi mainan mulutnya tetapi tidak buat keluarga saya. Saya juga kenal manusia bernama Julfekar, dia sanggup bersumpah atas nama Allah, asal dapat menyelamatkan dirinya," katanya yang tidak teragak-agak mengheret komposer itu ke muka pengadilan jika keadaan memaksa.

Kontrak tamat Februari lalu

Berhubung kontrak dengan syarikat Millennium Art Sdn Bhd milik Julfekar, Farawahida berkata, kontrak selama lima tahun sudah tamat pada Februari lalu. Bagaimanapun, dirinya tidak menerima sebarang notis pemberitahuan untuk melanjutkan kontrak selama setahun lagi.

"Selepas tiga bulan menunggu salinan kontrak, akhirnya Julfekar menyerahkan salinan kontrak berkenaan melalui wakilnya. Selepas meneliti dan berbincang dengan peguam, kami mendapati kontrak itu sudah tamat pada Februari lalu. Mengikut undang-undang, jika ingin meneruskan `pilihan' selama setahun lagi memandangkan kontraknya lima campur satu, pihak syarikat perlu memberi notis pemberitahuan sebelum kontrak tamat, sedangkan saya tidak menerimanya sehingga saya menghantar notis pemberhentian.

"Memandangkan saya tidak menerima notis pemberitahuan, jadi saya menganggap saya tidak lagi bernaung di bawah syarikat berkenaan. Saya nak tamatkan segala-gala kekusutan, saya nak tegaskan saya bukan lagi artis Millennium Art Sdn Bhd. Dulu saya tak berani bersuara disebabkan saya tidak tahu status dan kedudukan saya. Bagaimana saya nak berperang jika tiada senjata, begitu juga dengan keadaan saya ketika itu.

“Selepas mendapatkan nasihat peguam, saya rasa saya tak perlu takut lagi. Saya nak buka lembaran baru dalam hidup. Bagaimanapun, jika Julfekar tidak berpuas hati, dia boleh berbincang dengan peguam saya," katanya mengakui kini sedang menjalinkan hubungan intim dengan seorang pakar perubatan.

Nurul Syuhada menafikan hubungannya dengan Mejar Faiz Khalid berakhir

Share










“Saya kesal bagaimana gosip itu boleh tersebar sedangkan hubungan kami masih baik seperti dulu,” kata personaliti TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin menafikan dakwaan hubungan cintanya dengan Angkasawan Kedua Negara, Mejar Dr Faiz Khaleed sudah putus seperti disebarkan menerusi Internet, baru-baru ini.

Nurul Syuhada, 25, berkata dia menyedari mengenai gosip itu selepas dimaklumkan rakannya, tetapi tidak tahu tujuan penyebaran berita palsu berkenaan.

“Gosip itu tak benar dan sengaja disebarkan pihak tertentu, tapi ia sedikit sebanyak memberikan tekanan kepada saya apatah lagi ketika sibuk dengan tugas menyiapkan program televisyen sempena sambutan merdeka.

“Saya tidak pasti kenapa tiba-tiba gosip ini muncul dan kenapa ada pihak cuba menimbulkan suasana kurang sihat antara saya dengan Dr Faiz,” katanya yang dihubungi, semalam.

Gosip yang tersebar itu mendakwa Nurul Syuhada dan Dr Faiz sepatutnya bertunang 4 Julai lalu, tetapi dibatalkan pada saat akhir kononnya kerana pengacara itu belum bersedia.

Berita palsu itu menyatakan sebab pertunangan dibatalkan berpunca daripada Nurul Syuhada yang menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki lain.

Mengulas dakwaan itu, Nurul Syuhada menjelaskan dia masih berkawan rapat dengan Dr Faiz seperti sebelum ini dan tiada sebarang masalah antara mereka.

“Majlis pertunangan berkenaan terpaksa ditangguhkan sementara atas persetujuan bersama kerana kami sibuk dengan komitmen masing-masing,” katanya.

Ditanya mengenai gambar dia bersama seorang lelaki yang didakwa kekasihnya, Nurul Syuhada menjelaskan pemuda itu sekadar rakan biasa sama seperti rakan lain yang dikenali.

“Tiada hubungan istimewa seperti digembar-gemburkan kerana gambar itu menunjukkan saya bersama beberapa rakan lain dan bukan hanya bersama lelaki itu.

“Saya harap pihak terbabit menghentikan khabar angin itu dan mendoakan kebahagiaan kami. Pada bulan Ramadan ini, banyakkan melakukan ibadat bukan mereka cerita tidak benar,” katanya.

Menurutnya, komitmen terhadap program Majalah 3 amat tinggi dan dia perlu memberikan sepenuh perhatian bagi memastikan rancangan berkenaan terus memikat hati penonton setia TV3.

Awal Mei lalu, Nur Syuhada membuat pengakuan hubungannya dengan Dr Faiz, sekali gus menjawab desas-desus hubungan cinta mereka yang mula dihidu sejak setahun lalu.
Entri berkaitan yang mungkin menarik minat anda
◦Buat teks glitter untuk Friendster/Myspace anda
◦Muat turun video youtube dalam bentuk 3gp, flv mahupun mp4
◦Lihat lokasi anda sekarang berdasarkan nombor IP
« Zarina AF Nyum NyumRaja Azmi beronggeng dengan Duta Poland »5 Responses to “Faiz & Nurul Putus, Gossip Sahaja”

Friday, August 28, 2009

Black tidak ditawarkan menyertai MUH

Share








TEKA-TEKI sama ada juara Mentor musim ketiga, Black atau nama sebenarnya Hanifah Md. Hanafiah ditawarkan oleh Meet Uncle Hussain (MUH) untuk menggantikan vokalis Lan yang mengundurkan diri baru-baru ini akhirnya menemui jawapannya.

Tuan empunya diri, Black mendedahkan bahawa ura-ura dia bakal menganggotai MUH hanyalah sekadar khabar angin.

"Itu tinggal ura-ura Black bakal menganggotai MUH. Tapi, Black tidak dapat apa-apa tawaran berlisan mahupun hitam-putih (daripada MUH).

"Lagipun, setakat ini, saya tidak terfikir perkara itu. Yang terpenting ialah biar saya berseorangan dulu," kata Black pada sidang akhbar rakaman khas 'Mentor Raya' di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay, Kuala Lumpur semalam.

Berkonsepkan santai dan padat dengan elemen hiburan, rakaman khas episod Syawal kali ini turut membariskan gandingan sifu (mentor) dan protege musim ketiga.

Misalnya, Awie bersama Keena, Adibah Noor dan Thye, Lah dan anak didiknya Fira, komposer terkenal Ajai dan Chaq serta Black bergandingan dengan penyanyi dangdut popular, Mas Idayu mendendangkan lagu-lagu Raya.

Majlis warna-warni ini turut menyaksikan sesi menandatangani kontrak di antara Black dan pengurus syarikat rakaman Monkey Bone Records, Edris Edrian yang diadakan sebelum rakaman Raya berlangsung.

Program istimewa 'Mentor Raya' bakal disiarkan pada 27 September 2009 (Raya ketujuh), jam 9 malam, di TV3.


Black bakal mengeluarkan album pada penghujung tahun ini.

Ditanya sekiranya dia betul-betul ditawarkan MUH untuk menganggotai band indie tersebut, Black berkata: "Saya berterima kasih kerana diberi peluang, tetapi Black nak teruskan perjuangan solo terlebih dulu."

Nampaknya jejaka berusia 23 tahun ini bertekad untuk bergerak sendirian di bawah lembayung Monkey Bone Records. Malah, dia menamakan dirinya "Black The Single".

Sementara itu, Edris memberitahu, syarikat rakamannya akan mengeluarkan album penuh Black pada November atau Disember tahun ini.

"Jika tiada aral melintang, album penuh dapat dikeluarkan Disember ini. Harap cuma dapat timeline untuk dimasukkan dalam pencalonan Anugerah Industri Muzik (AIM)," kata Edris.

Menurut Edris, dia mengagumi vokal luar biasa Black dari peringkat awal Mentor sehingga final.


Black mengidolakan Amy Search.

"Dari segi vokal Black, terdapat banyak minus key yang agak tinggi.

"Album lagu tersebut akan berkonsepkan genre rock secara amnya. Namun, kami akan cuba menjadikan 'rock alternatif' khususnya atau 'pop-rock' amnya. Black pun suka menyanyikan lagu pop rock," katanya.

Menceritakan bagaimana desas-desus tersebut boleh timbul, Edris berkata, pihaknya ada meminta lagu-lagu daripada ahli kumpulan MUH, Taja.

"Black ada menemui MUH. Ia hanyalah khabar angin. Dalam projek perbincangan, jika lagu-lagu Black ditulis oleh MUH atau apa-apa projek yang mempersembahkan Black atau vice-versa dalam album, tetapi ini tidak bermakna mereka bersama," ujarnya.

Dalam pada itu, Black berharap dapat berduet dengan idolanya iaitu penyanyi rock nombor satu negara, Amy Search.

"Kalau diberi peluang, terharu dapat berduet dengan Amy Search," katanya.

Dalam sesi rakaman khas tersebut, majlis penyampaian cek dan kereta turut diadakan. Black menerima RM100,000 dan sebuah kereta. Black yang merupakan anak mithali mendahulukan kedua ibu bapanya dalam membelanjakan 'durian runtuh' tersebut.

"Saya nak hantar ibu bapa mengerjakan umrah dan kereta itu akan saya hadiahkan kepada mereka," kata Black yang mempunyai sebuah kereta sebelum kemenangan besarnya itu dalam program Mentor musim ketiga.

Intan Ladyana sudah ada pengganti Kevin

Share












LEBIH tiga tahun pelakon Intan Ladyana berkecimpung dalam industri lakonan ini, kini namanya semakin dikenali malah dirinya juga menjadi buruan beberapa pengarah dan produser.


Gadis berwajah kacukan Melayu-Thailand ini juga menyedari perubahan yang berlaku dalam dirinya dari dulu hingga sekarang.


Dari seorang gadis yang pendiam, Intan mengakui dirinya kini tidak henti berceloteh dan perlakuannya itu jelas kelihatan semasa sesi temubual berlangsung.


Jelasnya, dia mudah untuk beramah mesra apabila bertemu dengan orang-orang tertentu samada di dalam mahupun di luar lokasi pengambaran.


“Dulu saya seorang yang pemalu tetapi apabila menjadi artis ni secara automatik saya menjadi ramah kerana selalu pergi karnival dan majlis melibatkan orang ramai. Jadi, ia sedikit sebanyak membantu saya dalam ‘public speaking’.


“Kalau saya tak selesa, saya takkan bercakap dengan orang itu,” ulas Intan yang turut memahami serba sedikit percaturan yang perlu ditempuhi dalam dunia artis ini.


Bukan mudah untuk menjadi artis yang disanjungi dan disukai ramai kerana setiap gerak-geri mereka sentiasa diperhatikan.


Jadi, tidak hairanlah ada antara mereka yang mendapat jolokan artis hipokrit dan ‘plastik’.

Intan sendiri mengakui tentang fenomena itu namun dia sebolehnya mahu mengelak daripada dilabel ‘artis plastik’.


“Saya bukan ‘artis plastik’ dan rasanya belum pernah lagi dilabel seperti itu.


“Tetapi, saya biasa mendengar tentang gelaran itu kerana sesetengah artis ada yang tidak cukup tidur dan rehat kerana sibuk berlakon dan dalam masa yang sama terpaksa melayan kerenah peminat yang pelbagai jenis.


“Sebab kan itu, orang kata kita sombong sedangkan mungkin artis tu betul-betul sombong atau tidak.


“Bagi saya, lebih baik menjadi diri sendiri. Saya ni jenis orang lain mudah nampak kalau saya tak suka seseorang itu,” ujarnya.


Sebagai artis, Intan juga tidak lari daripada dilanda gosip. Baru-baru ini, selepas putus cinta dengan Kevin Zahri, seorang selebriti yang pernah dilantik menjadi penasihat pemakanan dan kecergasan untuk para pelajar Akademi Fantasia 4 (AF4), namanya dikaitkan bercinta dengan aktor Kamal Adli.


Intan dan Kamal semakin rapat setelah sama-sama berlakon menerusi drama bersiri ‘Bio-Nik’ terbitan KRU Studios.


Intan juga pernah memberikan sedikit bayangan ciri-ciri ataupun kriteria lelaki idaman yang mampu bertakhta di hatinya sememangnya dimiliki Kamal iaitu baik hati, mudah serasi, memahami, penyabar dan kacak.


“Gosip dengan Kamal...sebagai artis memang tipu lah kalau artis itu tidak dilanda gosip kerana ikutkan gosip di Hollywood lagi teruk.


“Bagi saya, biasa saja apabila digosipkan dengannya kerana saya dan dia memang rapat tetapi tak berani nak kata yang kami sedang bercinta.


“Bukan apa, saya takut tak jadi. Kalau saya boleh rahsiakan, saya akan rahsiakan dulu kerana tak nak malu nanti..,” jawabnya yang tidak lama selepas itu secara tak langsung mengakui sudah mempunyai pengganti Kevin.


Dengan kepadatan jadual lakonannya sekarang, Intan dengan penuh ceria berkata dia masih mempunyai waktu untuk menghabiskan masa dengan keluarga dan ‘tetttt’ sambil menekan jari telunjuk di meja seolah-olah menekan butang.


Ditanya apakah maksudnya itu, adakah ‘si dia’? Dia hanya menjawab, “Kalau ‘tettt’ tu sudah tentu la..”


Dalam bulan puasa ini, Intan menjalani pengambaran drama lapan episod berjudul ‘Sepuluh’, drama 13 episod ‘Mama Murai’ dan telefilem ‘Kekasihku Is Setan’.


“Ikutkan memang saya boleh tolak mana-mana tawaran lakonan ini tetapi saya terima sebab dah rezeki.


“Drama ‘Sepuluh’ saya dah terima dari bulan Jun lagi tetapi ‘delay’ kerana pihak produksi suka mengambil cuti dua hingga tiga hari selepas siap pengambaran sebuah episod itu.


“Sepatutnya, masa dan jadual lakonan saya juga takkan bertembung. Tetapi, bila ini berlaku ada hari tertentu yang saya rasa membebankan kerana tak cukup tidur,” tuturnya yang telah berlakon lebih 10 buah drama dan telefilem.


Antaranya adalah ‘Puaka Topeng Putih’, ‘Tuah Kembali’, ‘Naik Hantu’ termasuk yang belum disiarkan iaitu ‘Tunang Pak Lang, Drebar Pak Lang’ dan ‘Bisikan Syaitan’.


Intan tanpa berselindung mengakui setiap bayaran lakonan yang diterimanya akan digunakan untuk membeli-belah lebih-lebih lagi kasut dan beg tangan di tempat membeli-belah kesukaannya iaitu Suria KLCC dan Pavillion.


Dalam masa yang sama, Intan yang memegang watak Shiela dalam ‘Mama Murai’ juga sedang berkira-kira untuk membeli rumah sendiri untuk dijadikan aset pada masa depan.


Menyentuh tentang Hari Raya, Intan berkata dia akan menghabiskan masa di Malaysia berbanding meraikan di Thailand seperti tahun sebelumnya.


“Tahun lepas, saya beraya di Pattani dan ingat nak balik Bangkok tapi tak dapat sebab bimbang dan takut dengan H1N1 (Selesema Babi).


“Nampaknya melepaslah peluang saya untuk membeli-belah di sana. Jadi, saya akan beraya di sini (Malaysia) saja tapi tak tau lagi di mana,” akhirinya yang turut akan memasuki pengambaran drama 26 episod ‘Jangan Pandang Belakang The Series’ pada awal Oktober nanti.


Dalam banyak-banyak watak, Intan sempat berkongsi yang dia belum diberikan watak Orang Kelainan Upaya (OKU) atau hantu.


Bagaimanapun, dia juga teringin untuk berlakon drama berbentuk tarian seperti filem ‘Step Up’ atau drama ‘Tari Tirana’ kerana dia menyukai tarian moden.

Thursday, August 27, 2009

Micheal Jackson Masih Hidup?kematiannya hanya sebuah Konspirasi?

Share







Video Michael Jackson Masih Hidup



I checked the license plate number and it looks like the King of Pop is jumping out of the same van, his dead body has been in.

Video ini dirakamkan tanpa sengaja oleh seorang peminat semasa Michael Jackson di bawa ke hospital sebelum di sah’kan mati. Coroner’s van tersebut telah disahkan oleh sebuah website hiburan luar negara sebagai Coroner yang sama membawa Michael Jackson ke hospital sebelum Michael Jackson di sahkan meninggal dunia. Ianya di’sahkan melalui no plate Coroner tersebut.

Maizawati difitnah meninggalkan suami pertama utk bersama Akhil

Share








Ketika ini, masyarakat terus memperkatakan tentang perceraian Akhil Hayy, 40, dan bekas isterinya, Maizawati Zainal, 33, serta perkahwinan terbaru Akhil dengan penyanyi Waheeda, 31. Pelbagai komen dan kritikan telah dilemparkan. Dan ada di antaranya turut menuduh Maizawati yang dulu pernah berkahwin dengan seseorang, telah meninggalkan suaminya itu semata-mata untuk menjadi isteri Akhil!



"Saya perlu bersuara kerana tuduhan saya pernah meninggalkan suami pertama demi untuk hidup bersama Akhil tidak benar sama sekali. Saya tidak tahu dari mana datangnya cerita-cerita karut dan keterlaluan seperti ini. Memang saya sendiri ada terbaca dalam internet tentang gosip ini.
"Sebenarnya, perkahwinan pertama saya dulu berlaku pada usia 17 tahun. Ketika itu, pemikiran saya masih mentah lagi dan saya berkahwin bukan atas kerelaan sendiri tapi atas kehendak keluarga. Apabila perkahwinan itu tidak terjadi atas kerelaan hati, banyak masalah mulai timbul. Akhirnya selepas 3 tahun mendirikan rumahtangga iaitu pada usia saya masuk 20 tahun, kami pun mengambil keputusan untuk berpisah. Hasil perkongsian hidup itu, saya dikurniakan 2 anak yang kini tinggal bersama saya.
"Kebetulan, ketika saya dalam proses hendak berpisah dengan bekas suami pertama itu, secara tidak sengaja, saya dan Akhil telah berjumpa. Pertemuan itu berlaku di sebuah kedai makan. Sebenarnya, saya sudah lama mengenali Akil iaitu sejak dari zaman persekolahan lagi.

"Pada pertemuan itu, Akil kebetulan sedang mencari calon isteri untuk berumah tangga dan saya pula berpisah dengan suami. Selepas bertemu semula, Allah telah membuka hati kami sehinggalah kami mengambil keputusan untuk berkahwin," jelas Maizawati.

3rd Year Anniversary Perkahwinan Dato K & Siti Nurhaliza

Share







Very Romantic la...suka tgk org bahagia....Cantik Siti bertudung litup





Tam Spider bertunang

Share








Dalam diam-diam rupa-rupanya penyanyi dan merangkap penyanyi vokalis Spider, Tam Spider sudah pun menjadi tunangan kepada Aida Mustaffa, 28. Keluarga kedua-duanya telah mengadakan majlis pertunangan mereka berdua secara sederhana di Pontian, Johor pada 15 Ogos lalu. Tanpa kehadiran wartawan-wartawan hiburan.



"Bukan tak mahu beritahu pihak wartawan tapi kami mahu mengadakannya secara sederhana. Lagipun baru bertunang. Nanti kalau sudah mahu kahwin, baru boleh beritahu." Kata Tam.
Menurut Tam, mereka akan bernikah selepas raya. Namun, tarikhnya belum ditetapkan. Tambahnya lagi, majlis persandingan akan diadakan di Pontian diikuti di Melaka iaitu di rumah keluarga sebelah ibu Tam. Cerita Tam, dia sudah lama mengenali Aida tetapi hanya bertemu dua atau tiga kali dalam setahun. Baru tahun lepas mereka menjalinkan hubungan yang serius.

Wednesday, August 26, 2009

Dialog Beruang, Singa dan Babi

Share







>Beruang : "sekali je aku mengaum, seluruh hutan menggigil."



Singa : "ek eleh, sekali je aku mengaum semua belantara ketakutan."





Babi kata: "Wa La Weh.... sekali je aku batuk, satu dunia panik!"

Gambar Boyfriend Sebenar Diana Amir

Share









Diana Amir nie cute Orangnye kan...Bf dia ngan dia seiras je muka...Seswai

Video Klip Lagu Indonesia yang dibintangi Manohara Odelia Pinot

Share







Layan je -The Dangduta-Misteri Cinta dibintangi oleh Manohara

Gambar Hantu Pochong yang dirakamkan di Indonesia

Share







"Kejadian ini sengaja direkam oleh rekan2,hanya untuk melakukan pembuktian semata tentang keberadaan hantu pocong,ternyata memang terekam oleh Hp yang sudah diberikan doa sehingga mampu merekam penampakan tersebut,Video ini telah mengalami editing di awal dan akhirnya saja."

Luahan dan Pengakuan Ekslusif Fasha dalam Myspace nyer

Share







Perkembangan Terbaru Fasha

Salam Ramadhan buat semua sahabat yang saya sayangi di Myspace. Terima kasih kerana masih sayangkan saya, masih ambil tahu tentang perkembangan saya, masih menghantar comments dan masih bertanya khabar mengenai saya sehingga ke hari ini. Maafkan saya, tak dapat balas semua. Insyaallah jika ada kelapangan saya akan balas dan approve semua friend request. Insyaallah esok jika ada kelapangan saya akan upload gambar2 terbaru ya……

Saya sudah selesai shooting filem ‘4 Madu’ arahan Prof Razak, drama ‘Lakar’ arahan Aziz M Osman dan drama ‘Madu Di Tasik Hempedu’ arahan Murali. Drama bersiri ‘Cuci-cuci The Series’ akan ditayangkan di RTM tak lama lagi. Jangan lupa tengok ya dear!

Perkembangan terbaru,saya baru selesai pengambaran iklan Habib Jewel. 25hb August saya akan mula shooting drama terbaru saya untuk TV3 yang bertajuk ‘Akulah Perempuan Itu’ arahanFairuz Loy. Akhir September nanti saya akan memulakan pengambaran filem terbaru saya yang bertajuk ‘Langkawi Kamikaze’. Alhamdulillah, masih ada rezeki dalam bidang ni walau macam-macam cerita tak enak tentang diri saya diperkatakan banyak pihak baru-baru ni…..

Saya dapat macam-macam pertanyaan dari anda semua tentang hubungan saya dengan Rizal Ashram (Jejai) dan juga tentang perkahwinan saya dan ekuin Negara Qabil. Jadi,dengan kesempatan yang ada di buletin ni, biar saya jelaskan kepada semua sahabat yang betul mengambil berat tentang diri saya. Terima kasih kerana bertanya pada saya, ini menunjukkan anda semua masih sayang dan ingin mengambil tahu tentang diri saya. Love u all my friends!


JEJAI

Saya amat terkejut dengan penyebaran gambar-gambar saya bersama Jejai di internet kebelakangan ini. Saya tidak tahu apa motif penyebaran gambar saya dengan dia. Ya, memang saya pernah berkawan rapat dengan Rizal Ashram (Jejai). Saya mengenali Jejai sejak tahun 2005 sebelum dia berkahwin dengan Nora Danish. Harus saya jelaskan disini,memang saya tidak pernah bercinta dengan Jejai ketika dia masih suami Nora Danish…..

Saya dan Jejai menjadi rapat sejak Januari tahun ini iaitu 6 bulan setelah Nora Danish bercerai. Dia adalah teman rapat saya pada ketika itu. Kami selalu berjumpa dan dia adalah lelaki yang istimewa untuk saya pada ketika itu…

Memang betul, Jejai pernah melamar saya. Dia melamar saya pada tanggal 3 Januari awal tahun 2009. Saya beritahu mama dan keluarga tentang perkara ni tapi mereka menentang. Saya yakin keluarga Jejai juga tentu tidak suka dengan hubungan ini kerana Jejai sudah punyai seorang anak hasil perkahwinan dengan Nora. Tetapi itu semua kisah lama, kami sudah tidak rapat seperti dulu lagi kerana mama saya menghalang saya terlalu rapat dengan Jejai diatas macam2 sebab. Saya menghormati permintaan ibu saya kerana saya terlalu sayangkan mama saya. Mama adalah nyawa saya. Saya sanggup mati demi mama…..

Saya faham, sebagai seorang ibu, mama mahukan yang terbaik untuk masa depan saya. Mama sedih setiap kali orang berkata yang tidak baik tentang diri saya. Orang menuduh saya punca penceraian Nora dan Jejai sedangkan orang tidak tahu cerita yang sebenar. Walaupun hubungan kami dihalang, Saya dan Jejai terus berhubung sehinggalah pada tanggal 11 feb, saya mengambil keputusan untuk tidak mahu meneruskan apa-apa hubungan dengan Jejai lagi kerana terlalu tertekan. Saya terlalu tertekan kerana saya dipersalahkan sedangkan orang tidak tahu perkara sebenar. Kami tidak berhubung selama hampir sebulan sehinggalah pada 7 march, Jejai menghubungi saya dan merayu-rayu supaya memaafkannya. Ketika itu saya berada di Pasir Gudang, Johor. Jejai terus menghantar sms dan menghubungi saya setiap hari selepas itu walaupun saya tidak peduli dengan rayuannya. Pernah juga Jejai menunggu dihadapan rumah saya selama 4 jam untuk bercakap dengan saya. Jejai tetap mahu saya berkawan dengannya walaupun tidak jadi seperti dulu. Saya setuju setelah berminggu-minggu dia memujuk saya.

Walaupun sudah tidak ada sebarang hubungan istimewa, saya dan Jejai masih berkawan selepas itu. Di mata saya pada ketika itu,dia seorang lelaki yang baik, selalu mengambil berat tentang diri saya dan keluarga dan saya tahu dia perlukan saya dalam hidupnya sebagai seorang kawan. Walaupun ramai orang berprasangka yang tidak elok tentang dirinya,saya tetap berkawan dengan Jejai ketika itu. Pernah juga kami mencuba untuk kembali bersama selama beberapa kali tetapi gagal. Saya rasa masyarakat tidak harus menunding jari pada sesiapa tentang penceraian Jejai dan isterinya. Hanya mereka berdua yang tahu apa yang tidak kena pada rumahtangga mereka. Lagipun soal jodoh,ditangan tuhan.

Tidak dinafikan,saya menjadi mangsa tuduhan, sering dihina dan sering difitnah. Macam-macam fitnah orang lemparkan pada saya tapi saya bersyukur pada yang maha Esa kerana keluarga, teman-teman rapat saya masih mempercayai saya kerana mereka tahu perkara sebenar yang berlaku antara saya dan Jejai. Mereka adalah saksi saya…..

Kesimpulan tentang hubungan saya dan Jejai, kami pernah menjalinkan hubungan istimewa sebelum ini, tetapi kami hanya berkawan selepas itu sehingga tarikh 18 August 2009. Sekarang tidak berhubung lagi. End

QABIL AMBAK

Saya mengenali Qabil Ambak pada August 2008 di Polo Gala dinner. Saya diperkenalkan oleh rakan saya yang bernama Faris. Faris yang menjemput saya ke majlis polo tersebut. Ketika pertama kali pertemuan kami, Jejai turut berada di sana. Saya ke majlis tersebut bersama kakak angkat saya iaitu Maria Farida. Selepas majlis tersebut, kami menjadi kawan dan berhubung melalui sms. Dia sering bertanya khabar dan begitu juga saya. Saya pernah pergi ke rumah Qabil dan pernah berjumpa famili Qabil di open house pada hari raya ke-3 tahun lepas. Kami menjadi kawan baik dan lebih rapat selepas Qabil datang membantu saya di SJMC dan Damansara specialist pada 12 feb 2009. Saya terpaksa ditahan selama 2 hari di hospital kerana mengambil pil tidur berlebihan. Saya mengalami insomnia pada ketika itu kerana tekanan perasaan yang saya hadapi menyebabkan saya sukar untuk tidur. Qabil adalah sahabat yang paling rapat dengan saya pada waktu itu sehingga ke hari ini. Kami pernah membincangkan bermacam-macam topik tentang kehidupan. Dia seorang yang positif dan mengajar saya untuk menjadi seorang yang positif. Kami berhubung setiap hari sekarang walaupun jarang berjumpa. Dia juga baik dengan keluarga saya. Dia adalah lelaki yang rajin bekerja dan seorang pendengar yang baik. Dia juga sering memberi nasihat pada saya supaya menjadi seorang yang lebih baik. Semoga persahabatan kami berkekalan.

KAHWIN

Ini adalah pengakuan saya yang ikhlas. Sepanjang hidup saya, sudah 4 kali saya dilamar untuk dijadikan isteri dan sudah 4 kali saya menerima cincin.

Lamaran pertama adalah pada tahun 2007 oleh Ally Iskandar. Saya menolak secara baik walaupun mama dan keluarga sukakan Ally. Saya menolak kerana kerana saya hanya menganggap dia sebagai seorang abang. Dia terlalu baik untuk saya.

Lamaran ke-2 adalah daripada seorang VVIP yg sangat dikenali dari Brunei pada pertengahan 2007. Saya menolak kerana saya langsung tidak mengenali vvip tersebut. Dia seorang peminat (tak mungkin saya ingin berkahwin dengan orang yang saya langsung tidak kenal)

Lamaran ke-3 adalah daripada Jejai pada Januari 2009. Saya mengambil masa yang panjang untuk berfikir tentang perkara tersebut kerana terlalu banyak masalah yang akan saya hadapi sekiranya saya berkahwin dengan Jejai.

Lamaran yang ke-4 pada pertengahan Mac. Siapa lelaki itu? Siapa lelaki yang akan menjadi suami saya? Insyaallah,saya akan umumkan pada hujung tahun ni. Saya cuma minta agar diberikan sedikit masa diatas sebab-sebab tertentu. Saya hanya menunggu masa yang sesuai . Doakan agar tidak ada aral yang akan menganggu hubungan kami. Bukan saya tidak mahu berterus terang sekarang, saya khuatir jika saya beritahu sekarang, perkara lain pula akan jadi. Lebih elok saya umumkan apabila masa yang sebenar sudah hampir tiba. Apapun,Kita hanya mampu merancang. Tuhan yang menentukan.

CINTA

Cinta saya adalah pada kerjaya saya.

Keluarga saya iaitu mama, daddy, Farra Sandha, Fasyina Sandha, Daniel, Elisya sandha, Mahsuri, Dani Raiyan, Amirul.

Pengurus saya, Nik Yasmin dan P.A saya iaitu Jane Thomas.

Sahabat karib saya sejak dibangku sekolah lagi iaitu Nana, kakak angkat saya, Maria Farida. Adik angkat saya iaitu Natasha dan Jimbit, juga kawan baik saya Saerah dan Hafiz…..

Tak lupa,

Cinta saya pada teman-teman saya di myspace yang selalu bagi semangat pada saya.Semoga ketemu lagi. Salam ramadhan. Terima kasih kerana sudi mendengar luahan hati saya. ….

Terima kasih juga pada bloggers yang tidak jemu-jemu menghentam saya. Menabur fitnah (Wah,wah, cakap kami pula, ada bukti kot beb!) . Memburukkan saya. Selagi anda masih menulis tentang saya (samada baik atau buruk), ianya membuktikan anda masih ingin ambil tahu tentang saya. Walaupun apa yang anda tulis adakalanya membuat saya menangis,saya tetap hargai…..

Thanks again,

Nur Fasha Sandha


















Lihat luahan hati Fasha di MySpace Fasha Sandha

Saturday, August 22, 2009

Sufiah sudah Insaf,namun masih enggan menemui keluarganya

Share








Ibu wanita genius harap sinar Ramadan buka hati anak kembali ke pangkuan keluarga
KUALA LUMPUR: "Saya bersyukur dia sudah insaf dan berharap sinar Ramadan kali ini akan membuka pintu hatinya untuk kembali ke pangkuan keluarga dan saya tetap menerimanya sama seperti Sufiah yang dulu," kata Halimahton Yusof - ibu wanita genius Matematik, Sufiah Yusof, 24.

Halimahton yang berasal dari Muar, Johor, berkata, Sufiah – anak ketiga daripada lima beradik, kini aktif menjalankan kerja amal di London, tetapi masih enggan bertemu keluarganya mungkin kerana rasa bersalah dan malu.

Sufiah yang dianugerah kepintaran semula jadi sehingga berjaya memasuki Universiti Oxford pada usia 13 tahun, menggemparkan masyarakat apabila ditemui menawarkan khidmat seks melalui internet di Salford, Manchester.

Kisah kehidupan malang Sufiah itu disiarkan akhbar News Of The World pada 31 Mac tahun lalu. Bagaimanapun, Sufiah kini aktif menjalankan kerja amal dengan membantu kanak-kanak malang di London dan diberi perlindungan khas oleh Persatuan Masyarakat Melayu United Kingdom.

Halimahton berkata, beliau memahami apa yang dialami Sufiah dan yakin anaknya masih belum dapat melupakan trauma kehidupan yang dilaluinya.

"Kami sedia memberinya masa untuk bersendirian sebelum pulang ke pangkuan keluarga. Setiap manusia melakukan kesilapan dan kita wajar memberinya peluang untuk berubah. Biar apa pun yang diperkatakan orang mengenainya, dia tetap anak yang saya dan namanya sentiasa disebut dalam doa setiap kali selepas solat.


SUFIAH ke Universiti Oxford ketika berusia 13 tahun.


"Saya tahu, Sufiah akan kembali dan kami bersabar menunggu detik bahagia itu. Paling penting, saya gembira dan bersyukur kerana Sufiah sudah bertaubat. Mungkin Ramadan dan Aidilfitri kali ini bakal memberi sinar baru dalam keluarga kami," katanya dalam pertemuan dengan Berita Harian, petang kelmarin.

Ini adalah pertemuan pertama Halimahton dengan wartawan sejak kembali ke tanah air, bulan lalu, selepas 34 tahun menetap di London.

Halimahton yang sudah bercerai dengan suaminya, Farooq Yusuf, kini tinggal di Damansara bersama anaknya, Iskander Ibrahim Farooq Yusuf, 23, dan Sabrina Zuleikha, 15.

Sebagai ibu, Halimahton mengakui perasaannya membuak untuk bertemu Sufiah sejak berpisah pada 2005, tetapi undang-undang di United Kingdom (UK) menghalangnya berbuat demikian.

"Memang saya dan adik-beradiknya sangat merindui Sufiah kerana hubungan kami rapat, tetapi saya tidak boleh menemuinya kerana ia melanggar undang-undang.

"Di UK, jika seorang yang sudah dewasa menyatakan enggan bertemu seseorang, kita tidak boleh melanggar arahan itu dan saya sebagai ibu, menghormati permintaan Sufiah yang mungkin dibuat kerana tertekan atau malu untuk bertemu kami," katanya.

Halimahton berharap kejadian yang menimpa keluarganya menjadi pengajaran kepada masyarakat supaya kejadian sama tidak berulang kerana dugaan itu terlalu berat dan memerlukan kekuatan mental dan fizikal untuk menempuhinya.

"Tidak perlu saya menangis atau berputus asa atas apa yang berlaku, sebaliknya saya perlu tabah melalui dugaan berat ini. Sebenarnya, apa saja boleh berlaku tetapi sebagai orang Islam, kita perlu bijak dan tenang menghadapinya.

"Bagi saya, antara sebab yang menekan Sufiah hingga dia jadi begitu adalah akibat tekanan yang diberikan terhadapnya untuk muncul sebagai pelajar cemerlang dan dikenali dunia," katanya.

Sementara itu, Iskander Ibrahim berkata, beliau memahami tekanan yang dialami kakaknya kerana perkara sama turut dirasainya.

"Saya memasuki Universiti Warwick bagi mengikuti pengajian Sarjana Matematik ketika berusia 12 tahun dan berasa tertekan kerana pada usia muda, perlu bergaul dengan penuntut dewasa. Pada masa sama, tumpuan media menyebabkan saya perlu lulus cemerlang dalam peperiksaan," katanya.

Atas sebab itu, katanya, keluarganya tidak akan menekan dan memaksa Sabrina Zuleikha memasuki universiti pada usia muda.

"Dia turut ditawarkan ke universiti pada usia 13 tahun, tetapi ibu lebih suka jika dia melalui kehidupan normal seperti remaja lain terlebih dulu. Memang ibu tidak memaksa tetapi adik saya sendiri sudah melihat apa yang kami lalui sebelum ini.

"Sebab itu, dia hanya akan memasuki universiti pilihannya khasnya di Amerika Syarikat ketika berusia sekurang-kurangnya 17 tahun," katanya.

Izzat Nafi melakukan persetubuhan dengan Shazlin dan menafikan menjadi punca penceraian Shazlin

Share









Didalam video yang disiarkan di Melodi Ahad lepas, Ezzat mengatakan yang memang dia ada hubungan dengan Shazlin tetapi hanya sebagai kawan dan pada masa awal perkenalan Ezzat tidak mengetahui Shazlin adalah isteri kepada bekas penyanyi OAG iaitu Radhi. Rujuk artikel ini (Gambar) Rentetan Pergaduhan Radhi OAG & Shazlin Di Luar Mahkamah Syariah – Edisi Komik

Ezzat bagaimana pun mengaku pernah mempelawa Shazlin kerumahnya bagi mengenali ahli keluarganya. Ezzat menambah yang dia terus cuba untuk tidak terlalu rapat dengan Shazlin setelah mengetahui yang Shazlin merupakan isteri orang.


Beberapa hari sudah kita dihebohkan dengan gambar-gambar sosial Shazlin seperti didalam pub atau kelab malam. Salah satu gambar berkenaan menunjukkan yang Shazlin sedang bercumbu dengan teman wanita lain. Namun kami tidak pasti samada gambar berkenaan diambil setelah atau sebelum Shazlin berkahwin dengan Radhi OAG.

Ezzat tidak bercadang untuk mengambil tindakan balas undang-undang tetapi dia menyerahkannya kepada keluarganya untuk membuat keputusan samada perlu atau tidak membuat tuntutan undang-undang bagi menjaga nama baik dan bisnes keluarga. Namun Ezzat mahu pihak yang menuduhnya supaya membuat kenyataan memohon maaf secara terbuka

Suprised 33rd birthday Party Rizal - Jejal dan Fasha intim

Share







Sure ramai yang dah tgk gambar mereka nie kan...pape pun...layan je...
Wpun Sering kita lihat Fasha dan Jejal bergambar bersama..namun Fasha telah mengesahkan akan berkahwin dengan Qabil Ambak Januari depan...

Bagaimanapun,gambar mesra Fasha dan Qabil memang x pernah dapat dikesan..huhu
Agaknye bila mereka kelihatan bersama pun org tak sibuk2 nak snap picture derang kot,sebab sume tumpu kat Fasha and Jejal je....











Nurul Shuhada putus cinta dengan Mejar Faiz

Share










kisah terbaru..
sah lagi sahih...

nurul syuhada dh break dengan mejar faiz..sumber ni sahih dari rakan rapat nurul dari kustem...sepatutnya nurl & faiz bertunang pada 4 julai lalu,tp last minute nurul cancel..katanya terlalu awal & belum bersedia..tp hal sebenarnya,dia dah ada penganti lain..student di unicef..nama raja amir..kesian faiz,katanya frust jugaklah faiz..yelah,dh byk duit faiz nurul kikis..persiapan kawin pun dh buat..dgr ceritanya faiz dh belikan nurul cincin diamond solitare 10k,dh book dewan putrajaya.dan dgr cerita,nak amik pak engku sebagai wedding planner...tp nurul tinggalkan faiz macam tuh jer...

raja amir ni budah desa sri hartamas..sosial jugaklah,anak orang kaya lah katakan..playboy & sosial..satu unicef dh kecoh..hari tuh masa dinner budak-budak unicef,raja amir ni tayang nurul dekat budak uni..makan hatilah budak lain kan...hal ni dah kecoh satu unicef..cuma media jer belum tahu..

Wednesday, August 19, 2009

Confirm Fasha Umumkan kahwin dengan Qabil Januari 2010

Share







Takda angin...takda ribut...tup-tup Qabil (equestrian negara) menjadi pilihan Fasha...

Jejal pula hanyalah Teman tapi Mesra Fasha?
aha...pengumuman ini dibuat oleh Fasha melalui laman web sosial Facebook Fasha sendiri....

sejauh mana kebenaran khabar berita ini...kita tunggu je la ...




Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-