Search in my-sensasi !! upgraded

RECENT POST @ Entri Terkini

Thursday, December 10, 2009

Hans Isaac nak cari Calon Bini ~ penat dilabel playboy

Share








Hans Isaac, pelakon lelaki kacak ini sudah menyatakan kepada media bahawa dirinya belum berpunya, berharap agar dapat bertemu jodoh dengan wanita pilihan, seboleh-bolehnya sekitar pertengahan tahun depan.

Namun ada syarat’nya. Hans Isaac berkata dia sudah serik untuk berkawan tanpa arah, dan sekarang diri’nya akan memilih seorang teman hidup yang sesuai dan terus berkahwin.

Mengenai ciri-ciri wanita idamannya pula, Hans Isaac tidak meletakkan syarat yang tinggi buat bakal pasangan hidupnya. Apa yang penting, wanita pilihannya harus ikhlas dan jujur, bukan sahaja kepada dirinya, malah kepada orang lain juga. Tapi apakan daya, ramai orang yang beranggapan bahawa Hans Isaac ialah seorang playboy, terutama apabila dia dilengkapi rupa paras yang kacak. Lantas ramai wanita berasa takut untuk mendekati dirinya.

Hans Isaac membalas, sebenarnya gosip sedemikian tiada benarnya, tetapi dia sudah penat atau lali dengan gosip-gosip liar sebegitu. Maka mendiamkan diri adalah lebih baik daripada memberikan respon.

Impiannya, jika dia menemui wanita yang bersesuaian dan memahaminya, insan itulah yang akan disunting menjadi permaisuri hidup.


Sensasi: Like sumone i know,i tot he's a playboy sbb muka die very hensem..tp he's not.. :) zaman skrg laki hensem,pompuan takut la..ahaha

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-