Search in my-sensasi !! upgraded

RECENT POST @ Entri Terkini

Saturday, December 12, 2009

Cerita 18sx...adakah anda normal?

Share







Cerita 1
Aminah merenung batang yang semakin menegak itu, dia terus mengusap-usap
batang tersebut, kelihatan air putih mengalir keluar. Aminah pun menjerit
“..Nek lemang ni nak buat macam mana, dah masak rasanya..”..

Cerita 2
Jalal meramas-ramas kemuncak kedua-dua bukit kecil itu, hatinya puas dan
semangatnya semakin berkobar-kobar, jari-jemarinya terus menguli tanpa
henti. Jalal tidak sabar hendak menyiapkan model untuk projek sainsnya itu
yang bertajuk “bentuk muka bumi di kawasan berbukit bukau.”

Cerita 3
Zamrul menghisap-hisap puting itu dengan berhat-hati dan perlahan, dia
tidak mahu tergesa-gesa, sesekali lidah nya menyentuh lembut hujung puting
itu dan menyedut keluar sedikit susu …”cehhh masih panas, dah dekat satu
jam aku rendam dalam air suam pun masih panas” Anak Zack yang masih bayi
terus menangis meminta susu. Zamrul semakin tension.

Cerita 4
Idham menjerit sambil menhenjut-henjut badannya dengan rakus dan kasar
“Come on baby, lets make it…”..katanya berulanag-ulang kali tanpa
henti.. Kemuncaknya semakin tiba dan Idham kelihatan semakin rakus memacu
kudanya untuk menamatkan perlumbaan itu, dia bertekad untuk memenangi
tempat pertama dalam perlumbaan itu.

Cerita 5
Bahagian belakang kereta itu bergegar dan berhenjut-henjut. Alman yang
dari tadi mengintip dari celah-celah pokok dapat melihat dua susuk tubuh
manusia sedang melakukan sesuatu didalam kegelapan itu. Alman terus
mendiamkan diri, dia takut kehadirannya akan disedari. Tetapi setelah lama
mengintip Alman pun lantas bangun dan segera menawarkan khidmatnya untuk
membantu mereka menukarkan tayar kereta mereka yang pancit itu.

**Kesimpulannya, Jika anda langsung tidak terfikirkan aper-aper
mengenai seks semasa membaca 5 cerita diatas, ini bermaksud anda bukanya
seorang yang normal. Sebaliknya jika anda terfikirkan sesuatu yang
berkaitan dengan seks….jangan ler anda risau, sebab anda adalah seorang
yang normal..Jangan pikir 18SX jer?
ANDA MACAM MANA? saya normal…..hehehee?

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-