Search in my-sensasi !! upgraded

RECENT POST @ Entri Terkini

Monday, December 7, 2009

Azza Elite Baru Buang 'Benda'

Share








Saya dipaksa untuk berubat dan dimandikan di sungai yang mengalir terus untuk membuang gangguan dari individu yang mahu melumpuhkan kerjaya seni saya. Benda itu ditanam di pangkal pokok berhampiran rumah saya dan Alhamdulillah semua gangguan itu berkurangan setelah saya mengikut saranan ahli keluarga dan kekasih untuk berubat!
Itulah pengakuan penyanyi, pelakon dan pengacara Azzarima atau Azza, 32, mengenai penyakit misteri yang pernah dihidapinya dulu. Akibat daripada gangguan yang diterima, Azza mengakui berat badannya semakin susut dan dirinya menjadi tidak terurus hinggakan kerjaya seninya terjejas.

Bagaimanapun keadaannya semakin beransur pulih dan enggan mengimbas kembali peristiwa itu kerana yakin semua yang berlaku ada hikmahnya tersendiri. Tambahan pula berkat sokongan dari si dia tersayang membuatkan hari-hari Azza menjadi semakin bermakna. Apa yang pasti, wajah Azza kelihatan berseri-seri apabila ditemani buah hati tersayang ketika menghadiri majlis ulang tahun penghibur, Roslan Shah, di Restoran Cherana Selasa lalu.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-