Search in my-sensasi !! upgraded

RECENT POST @ Entri Terkini

Sunday, December 27, 2009

Awal Ashaari,Scha dicekup di kelab malam ,Awal Tertekan Hingga Tak Mampu Beri Sampel Air Kencing

Share









PUTRAJAYA: “Memang saya ada di situ (Bukit Bintang) atas jemputan Scha,” kata Awal Ashaari, 28, ketika sidang media khas berhubung dakwaan pelakon dan pengacara popular itu enggan membuat ujian air kencing semasa serbuan di Rootz Club, Bukit Bintang awal pagi kelmarin.

Menurut Awal, dia dijemput bagi meraikan Hari Jadi kawan kepada pengacara dan pelakon Scha Al-Yahya yang kebetulan baru tiba dari Melbourne, Australia di Restoran Teeq Brasserie, Lot 10, Bukit Bintang.

Awal menganggap dia telah melakukan satu kesilapan apabila menukar fikiran dalam masa yang singkat.

“Saya datang awal sedikit dan tidak kenal siapa kawan Scha itu. Sementara menunggu Scha, saya lepak seketika di Rootz Club.

"Sebenarnya, saya berada dalam situasi yang salah dan bukannya berniat untuk bersuka ria di kelab malam itu.


Scha turut hadir dalam sidang media itu.

“Perkara ini bertukar sebab Scha yang lewat. Insiden ini memberi kesan negatif kepada karier dan keluarga saya..Ia pertama kali berlaku dalam hidup saya sepanjang lima tahun bergelar artis,” luah Awal dalam keadaan tenang selepas sidang media Malam Kemuncak Sehati Berdansa musim ketiga di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, malam tadi.

Tambahnya, “Apabila saya sampai di dalam kelab itu, tiba-tiba sahaja lampu dibuka dan muzik dipadamkan. Seorang wanita memberitahu satu operasi sedang dijalankan kerana sebelum itu terdapat satu pergaduhan.





“Saya hanya mengikut arahan polis dan duduk bersama lelaki lain di bahagian hadapan manakala perempuan di bahagian belakang.

“Kemudian kami dalam 30 orang diarahkan ke bilik air untuk membuat ujian air kencing.Saya masuk ke dalam bilik air itu dan cuba tetapi tak mampu keluar apa-apa,” cerita pelakon filem ‘Syurga Cinta’ ini.

Pengacara program Sehati Berdansa ini juga akui tertekan dengan pihak media yang menjerit namanya sehingga tidak mampu memberikan sampel air kencing itu dan ditahan sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

“Saya beritahu tak boleh (memberikan sampel air kencing) dan tunggu juga. Dalam masa yang sama ramai juga media yang menjerit nama saya.

“Saya juga dihimpit dan diasak oleh mereka seolah-olah saya seorang hero. Tetapi saya tetap pegang botol (sampel air kencing) dan cuba lagi kerana lelaki (polis) di hadapan saya kata cuba lagi.



“Saya rasa mungkin saya tidak dapat (memberikan sampel air kencing) kerana tertekan dan tidak pernah alami insiden seperti ini.

“Saya mengalami tekanan dengan teruk sehingga mencuba beberapa kali tetapi tidak berjaya..selepas itu, mereka kata kalau tak boleh, mereka mahu bawa saya ke IPK Kuala Lumpur. Jadi, saya terus kata tak boleh.

“Apabila dibawa ke balai, akhirnya saya berjaya memberikan sampel air kencing selepas minum tiga botol air dan ujian itu didapati negatif,” kata Awal.

Awal juga menceritakan tentang bagaimana dia dilayan dengan baik oleh Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Supritendan Sharifah Hawariah Syed Idrus ketika berada di IPK Kuala Lumpur.

“Sharifah Hawariah membenarkan saya berehat di bilik pejabatnya buat sementara waktu kerana saya takut ramai media yang menunggu di luar.

“Kemudian, saya tertidur di situ sehingga pukul 11 pagi. Pada pukul 11.30 pagi baru pengurus saya datang mengambil saya.

"Saya harap orang tak salah anggap kerana saya bukannya terlibat dengan dadah. Tetapi ada seorang pelakon dan pengacara yang turut berada di situ telah positif dadah.

“Saya bersih dari dadah dan bukan di bawah pengaruh alkohol. Jika tidak percaya, boleh bertanya dengan Sharifah Hawariah sendiri. Saya juga cuba mendapatkan surat tentang apa yang berlaku,” ulasnya lagi.

Dalam pada itu, Scha yang turut berada dalam sidang media itu mengaku mereka tersilap percaturan apabila terpaksa menukar rancangan untuk pergi ke Rootz apabila Teeq telah tutup.

“Saya lambat kerana baru habis menjalani penggambaran Awan Dania pada pukul 1.30 pagi. Apabila saya sampai di Teeq, tempat itu dah tutup.


Scha berwajah sugul sepanjang sidang media itu berlangsung.

“Saya terpaksa tukar tempat ke Rootz kerana tiada pilihan lain. Lagipun bukan Hari Jadi saya..tetapi saya rasa kecewa,” luah Scha dalam keadaan sugul.

Scha berkata dia langsung tidak mengetahui tentang situasi yang berlaku pada malam itu dan menurut sahaja apabila diarahkan membuat ujian air kencing.

"Saya tidak membantah dan pergi membuat ujian. Saya tidak minum (minuman keras) kerana baru baik dari demam dan tuduhan itu tidak adil..," tegasnya.

spekulasi semata2 :"ayat scha yg menimbulkan tanda tanya kepada semua..apakah scha tidak minum kerana demam?kalau sehat pe citer?huhu"

Pada Jumaat lalu, Pengurus Awal, Azlina Merican yang dihubungi berkata, dia amat terkejut dengan berita itu (pelakon dan pengacara yang enggan membuat ujian air kencing) dan menafikan sekeras-kerasnya Awal terbabit dengan kes tersebut.

"Saya terkejut dengan berita itu. Saya pun baru dimaklumkan oleh seorang teman sebentar tadi namun berita ini tidak berasas sama sekali.

"Apa yang saya boleh katakan, artis itu memang bukan Awal," katanya.

Bagaimanapun, semalam Azlina telah memohon maaf kepada mStar Online atas kesilapannya yang menafikan perkara itu.

“Saya minta maaf sebab saya salah faham. Saya sebenarnya mahu menafikan Awal disabit positif dadah.

“Namun saya tetap ingin menafikan tentang dakwaan mengatakan Awal enggan membuat ujian air kencing dan dia juga tidak menyorok dalam bilik air seperti yang didakwa,” kata Azlina di sini.

Semalam, Awal bersama 21 pengunjung kelab malam 'haram' ditahan di bumbung sebuah pusat beli-belah di Jalan Bukit Bintang itu.

Pelakon berusia 28 tahun itu ditahan kerana enggan menjalani ujian air kencing dalam serbuan pukul 3.15 pagi itu.

Difahamkan, pelakon Ridzuan Hashim dan Juliana Evans turut berada di pusat hiburan berkenaan. Namun mereka dibebaskan setelah ujian air kencing yang dijalankan didapati negatif.

Terdahulu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Supritendan Sharifah Hawariah Syed Idrus berkata, pusat hiburan yang terletak di tingkat lapan itu didapati beroperasi tanpa lesen sejak lebih enam bulan lalu pada setiap malam sehingga pukul 6 pagi.

Beliau berkata, kesemua mereka yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur manakala mereka yang didapati positif dadah disiasat di bawah Seksyen 15 (1)9(a) Akta Dadah Berbahaya 1950.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-