Search in my-sensasi !! upgraded

RECENT POST @ Entri Terkini

Wednesday, September 30, 2009

Scha, Fahrin Sebenarnya Dah Putus?

Share








KL, 22 SEPTEMBER 2009: Hai.... tengah rancak makan kuih samprit dan putu kacang, tersedak pula apabila mendengar cerita gosip hangat yang terbaru ini. ingat hari raya begini dapatlah relaks sekejap - malas nak jinjing teropong dan laptop ke sana ke mari, tapi ada juga gosip panas melintas!


Korang nak tahu cerita apa, ia adalah cerita tentang pasangan merpati yang akan menjadi hos Sehati Berdansa 3, siapa lagi kalau bukan Scha Al Yahya dan Fahrin Ahmad.


Sumber yang terdekat dengan mereka telah memberitahu semalam bahawa mereka berdua sebenarnya tengah Clash of the Titans! Maksudnya, hubungan mereka tengah bergolak malah sebenarnya telah pun putus, baru-baru ini. Eh, biar betul?


Kalau tak silap, baru-baru ini juga ada terbaca kenyataan Scha yang berkata, kalau tiada aral melintang, bercadang untuk berkahwin dengan Fahrin dalam tempoh kira-kira 2 tahun lagi. Tup tup pula sekarang, timbul khabar angin mengatakan mereka dah 'potong kek' (break off).


"Sebenarnya mereka dah putus sebelum sidang media Sehati Berdansa 3, di Kuala Lumpur, minggu lepas lagi. Tapi mereka berdua tetap profesional dan datang dengan senyuman. Lagipun mereka berdua kan duta serta model Celcom, jadi mereka mereka kenalah pro menerima tugasan itu," kata sumber terbabit.


Kata sumber berkenaan lagi, antara sebab musabab Scha dan Fahrin tidak mahu menjadi kekasih lagi disebabkan Scha belum bersedia untuk menjadi isteri Fahrin sekarang. Faham ajelah, kan Scha tu masih muda dan mahu mengejar cita-citanya dalam bidang seni. Tapifaham, adat orang bercinta memang begitu, minggu lepas berpisah, minggu ini boleh bercantum semula. Betul tak?


Dalam pada itu, ada pula teori mengatakan gosip itu itu sengaja diada-adakan bagi memanaskan Sehati Berdansa 3 yang baru hendak bermula. kurang setuju dengan dakwaan itu sebab kalau hendak dikirakan rating, orang lebih teruja hendak tengok pasangan-pasangan beraksi dan berentap pada setiap minggu. Hos boleh dikira sebagai tarikan sampingan.


Tengoklah musim lepas, peminat Amyza Aznan dan Lisdawati bukan main kecoh lagi berperang gara-gara menyokong penyertaan mereka dalam Sehati Berdansa 2. Tapi tidak dinafikan, dengan ketiadaan Linda Onn yang juga bekas kekasih Fahrin dulu, orang nak tengok juga macam mana persembahan Scha apabila digandingkan dengan Fahrin kelak. Sama-sama kita saksikan nanti.



Kesian dengan Si Fahrin tu, kalau hendak bercinta, ada-ada saja masalahnya!

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-