Search in my-sensasi !! upgraded

RECENT POST @ Entri Terkini

Monday, August 17, 2009

Aura Mawi semakin pudar

Share







Mawi nie hensem masa kurus dan berkulit cerah...nie gambar dizaman ke-auraan Mawi
Mawi dan isteri tersayang..okla...at least bini dia ikut kata pakai tudung..de setengah org dah kahwin ikut yg negatif lagi ader...
Mawi gelap dan bulat...nie la zaman aura mawi dah makin suram
ape kes pegang2 ne...



mawi x hensem la bila dah gemuk..huhu

gambar kenangan Mawi-Ina Naim

BATU PAHAT: Mawi yang pernah mencetuskan fenomena tsumawi ketika menyertai Akademi Fantasia ke-3 (AF3) pada 2005 seolah-olah mengetahui aura dan popularitinya kian merudum, terutama selepas berumahtangga.

“Sudah menjadi lumrah dalam bidang nyanyian, seseorang artis akan mengalami masa di atas dan ada kalanya di bawah. Oleh itu, lebih baik saya bersedia dengan membabitkan diri dalam bidang penerbitan apabila berjaya menulis dua lagu sendiri.

“Selain sebagai persediaan, saya melihat pembabitan ini (penerbitan) untuk mengembangkan kerjaya seni dan mula memberi tumpuan sejak awal tahun ini,” katanya yang menyedari keadaan sudah berubah berbanding zaman tsumawinya pada masa dulu.

Pada 2005, dalam sekelip mata, anak muda dari Felda Taib Andak, Kulai, Johor itu menjadi ikon yang mencetus fenomena tsumawi dalam dunia hiburan.


Sebagai juara AF3, Mawi membolot hadiah mencecah RM250,000, antaranya sebuah kondominium dan kereta Suzuki Swift 1.5L Hatch.



Penyanyi yang popular dengan lagu Aduh Saliha itu kemudian menjadi artis paling banyak menerima undangan dan duta sekurang-kurangnya 10 produk syarikat besar dan kecil yang melihat fenomena tsumawi mampu membawa keuntungan kepada mereka.

Mawi yang digelar Raja SMS turut dinobatkan Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian tiga tahun berturut-turut dari 2005 hingga 2007.

Penampilan ringkas serta imej lelaki alim faktor utama membuatkan Mawi bukan saja diminati dan digilai remaja, tetapi juga golongan dewasa berjawatan profesional.

Pensyarah Program Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Saliha Hassan, ketika itu menyifatkan Mawi mencerminkan cita rasa dan nilai keperibadian masyarakat Melayu terkini.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas apabila ditanya mengenai tahap populariti Mawi sekarang kerana tidak mengikuti perkembangannya.

Mengembangkan kerjaya seni mahupun bersedia menghadapi penurunan populariti, Mawi bangga bergelar penerbit menerusi produksinya sendiri, MW Entertainment.

Mawi yang ditemui di lokasi penggambaran ‘Habibi Mawi Aidilfitri’ di Kampung Parit Tambak, Peserai, di sini, baru-baru ini, mengakui persediaan menghadapi masa surut menyaksikan dia mula bergiat di belakang tabir.

Menurutnya, MW Entertainment ditubuhkan dua tahun lalu, namun hanya mampu memberi tumpuan sepenuhnya tahun ini dengan menerbitkan dua telemovie, termasuk komedi bertajuk ‘Rumah Baru, Bini Baru, Baru Raya’ yang akan disiarkan di Astro Prima pada hari raya kedua.

Selain itu, pihaknya menerbitkan rancangan berbentuk pelancongan bertajuk ‘Langkah Mawi’ yang membuat penggambaran di Melbourne, Australia, India dan Hong Kong.

Mawi berkata, MW Entertainment turut dalam perancangan menerbitkan satu drama bersiri 13 episod.

Katanya, jadual kerja dan jemputan mengadakan persembahan masih padat seperti tahun sebelum ini, cuma selepas beberapa tahun bergelar artis, dia kini dapat menguruskan masa dengan lebih baik.

“Saya mempunyai jadual selama tiga bulan dan dalam tempoh itu dapat merancang apa yang perlu dilakukan, manakala masa terluang boleh diberi tumpuan untuk menerbitkan drama mahupun telemovie.

“Alhamdulillah, rezeki tetap sama walaupun sudah beristeri dan saya berharap MW Entertainment menghasilkan lebih banyak produk tahun depan,” katanya.

Selain menulis dua lirik iaitu lagu raya berjudul Ayah dan lagu berjudul Hijau yang akan diselitkan di album keduanya, dia bercadang menulis skrip tidak lama lagi.

Selain dapat menyaksikan lakonan Mawi dalam telemovie ‘Habibi Mawi Aidilfitri’ di Astro Ria, pada jam 6 petang raya pertama, Mawi tampil di pawagam menerusi filem ‘Jin Notty’ bermula raya pertama.

Menurutnya, peminat setia jangan lepaskan peluang menonton ‘Habibi Mawi Aidilfitri’ kerana telemovie berbentuk musikal itu akan menampilkan lagu terbarunya untuk kali pertama.

Lagu berjudul ‘Barangkali’ itu hanya akan diperdengarkan secara eksklusif menerusi telemovie itu yang mengisahkan seorang anak yang sudah lama tidak pulang ke kampungnya di Batu Pahat.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-