Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Thursday, July 2, 2009

Kecur Liur..Resipi -Rendang Dendeng oleh Kak Yong

Share













okay, resepi untuk redang dendeng.. *ari tu kakyong eja rendang dinding..* ejaan yang betui adalah dendeng bukan dinding... :p



bahan-bahannya :


  • 300 g @ 1/2 kati Daging lembu, *ni sukatan kakyong untuk sekali masak, sekali hadap jer.. untuk kami suami isteri.. anak2 tak reti makan daging lagi*

  • 1 labu bawang besor.. *amik yang besor sekali.. :D kakyong memang suka banyak bawang *

  • 2 sudu makan cili giling *kakyong dah lama tak guna cili kering, jadi tak tahu brp tangkai cili kering nak guna.. lagipun cili kering ade yang jenis pedas & ade yang kurang pedas*

  • 1 cm halia *agak2 jer lah, nak sikit jer*

  • kicap lemak masin

  • 1 batang serai

  • baki air rebusan daging

  • garam & gula secukup rasa


cara membuatnya :



  • daging direbus. masukkan air hingga semua daging terendam, kemudian rebus dengan api yang sederhana sehingga air hampir kering @ separuh kering. tunggu sejuk sket, pastu hiris2 daging nipis2 dan ditumbuk guna lesung batu, kasi lembut.

  • bawang, serai & halia dikisar halus

  • tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar sampai naik bau

  • kemudian masukkan cili giling *seperti dimaklumkan dalam entri resepi yang sebelum ini, kakyong guna cili giling Puteri *, masak sampai naik minyak..

  • bila cili dah betui2 naik minyak & elok masak.. masukkan daging, baki air rebusan & sedikit kicap.. kicap ni agak2 lah yer..

  • masak sampai sehingga agak pekat.. kakyong suka dia basah2 sket.. rasakan garam & gula.. *tapi kakyong tak boh gula, sebab kicap lemak masin dah cukup rasa manis*


itu sajer cara memasaknya.. sangat senangkan. Bahan2 pun tak lah complicated & susah nak cari. Serai kalo tak boh pun tak per.. tapi kalo nak bau wangi, boh le serai. Bau tu akan menambahkan lagi selera.



Rendang dendeng ni boleh disimpan lama 2,3 hari tak perangat pun okay, tp simpan elok2 lah yer.. masuk dalam bekas yg bertutup & simpan dalam peti ais. Pasti reheat guna mikrowave. :D



Daging tu boleh juga digantikan dengan ayam. Rebus ayam & ambil isinya.. cerai2 @ caik2kan macam buat soto tu.



Boleh dimakan dengan nasi, roti, pasta... /hmm kakyong memang suka mempelbagaikan cara pemakanan.. boleh juga dibuat inti untuk sandwich bakar... buhsan lah jugak kan asyik sandwich inti sambal sardin jer.


tapi kakyong dari kecik dah tengok mak & mak sedara masak ikut resepi ni.. heheh, resepi macam tak cukup bahan jer.. tp mudah & ringkas... yang penting daging tu harus 'dititik' @ diketuk @ ditumbuk guna lesung batu... nak makan pun senang.. bawang putih & lengkuas memang kakyong tak bubuh.. tak suka ade bau bawang putih dalam rendang dendeng... dan supaya tahan lama, make sure bahan kisar ditumis sampai hampir garing & naik bau.. jangan sampai hangus dah ler..


No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-