Search in my-sensasi !! upgraded

RECENT POST @ Entri Terkini

Tuesday, July 28, 2009

Johan Raja Lawak selamat bernikah dengan Ozlyn Wati pada Sabtu 25 Julai 09

Share










Sabtu lalu bersamaan 25 Julai, dengan sekali lafaz pasangan ini selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri apabila melangsungkan pernikahan secara tertutup di Masjid Lembah Jaya, Ampang, selepas solat Asar.

Dari awal lagi Johan dan Ozlyn tidak mahu mengalu-alukan kehadiran wartawan ke majlis pernikahan atas alasan permintaan keluarga. Bagaimanapun, mereka berjanji memberikan gambar pernikahan mereka kepada wartawan selepas selesai majlis.

Ozlyn ketika dihubungi semalam, terlebih dahulu memohon maaf kerana terpaksa merahsiakan lokasi pernikahan sekali gus melarang wartawan membuat liputan.

"Alhamdulillah, saya amat lega kerana semuanya selamat. Walaupun pada awalnya ada beberapa masalah timbul, namun pada saat majlis dilangsungkan semuanya berjalan lancar.

"Saya mewakili keluarga mohon maaf kepada semua saudara-mara termasuk pihak media kerana tidak dapat mengundang mereka ke majlis penikahan kami kerana majlis ini hanya untuk keluarga kedua belah pihak yang dihadiri orang tua dan adik-beradik kami.

"Lagipun, ini cuma majlis pernikahan dan kami berdua mempunyai keluarga besar. Jadi, dengan kehadiran mereka saja, majlis kami sudah menjadi sesak. Sebab itulah keluarga memutuskan agar majlis pernikahan ini dibuat untuk keluarga kami saja.

"Insya Allah pada 26 September nanti, kami akan mengadakan majlis resepsi dan pada majlis itulah semua saudara-mara akan diundang termasuklah pihak media," katanya.

Akui Ozlyn yang kini terbabit dengan penggambaran drama bersiri, Akademi Boleh, dia lega kerana selepas setahun menjalinkan hubungan, mereka akhirnya sah bergelar suami isteri.

Apatah lagi, timbul pelbagai cerita kurang enak membabitkan mereka sebelum ini antaranya aksi berpelukan di khalayak ramai hingga mengundang sensitiviti masyarakat di negara ini.







"Saya harap dengan perkahwinan ini, tiada lagi cerita kurang enak akan timbul," katanya.





Ozlyn juga ingin membetulkan kenyataan yang sebelum ini disiarkan dalam media yang mengatakan dia pernah berkahwin sebelum ini. Katanya, perkara itu tidak benar dan ini adalah perkahwinan pertama baginya dan Johan.

"Saya menyukai Johan kerana walaupun dia tiga tahun lebih muda tetapi Johan seorang yang sangat matang. Johan memiliki dua karektor yang sangat berbeza. Jika di khalayak ramai, dia adalah manusia lain namun dengan saya dia menjadi Muhamad Yazid Lim yang sebenarnya.

"Muhamad Yazid, seorang yang matang dan penyanyang. Saya senang dengan sikapnya sebagai Muhamad Yazid. Saya juga suka dia sebagai Johan Raja Lawak, tetapi dengan nama itu dia adalah milik masyarakat tetapi Muhamad Yazid adalah milik saya seorang," katanya.

Dalam majlis pernikahan mereka Sabtu lalu, Johan membawa tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pihak perempuan. Johan juga memberikan RM1,000 sebagai mas kahwin tetapi merahsiakan jumlah hantaran yang diberikan pada Ozlyn.

Kata Johan, mengenai jumlah hantaran yang diberikan kepada Ozlyn biarlah menjadi rahsia mereka sekeluarga. Katanya, apa yang penting mereka selamat bernikah.

"Mungkin ada yang tidak senang dengan cara kami tetapi niat saya lakukan semua ini kerana Allah SWT. Terus-terang, saya sangat lega dan bersyukur semuanya sudah selesai dan berjalan dengan lancar. Saya sayang sangat pada Ozlyn dan berharap perkahwinan kami kekal hingga ke akhir hayat.

"Sebagaimana pernah kami bincangkan dulu, saya tidak akan melarang Ozlyn aktif dalam bidang seni dengan syarat dia mestilah bijak menjaga maruahnya sebagai isteri, mendahulukan rumah tangga sekali gus menjaga maruah saya sebagai suami," katanya.


P/S: seronok sgt tgk org yg dilamun cinta dpt berkahwin...Semoga perkahwinan mereka kekal bahagia..Sensasi pun ada buah hati tercinta dan we all mmg loving couples ..jgn jeles

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-