Search in my-sensasi !! upgraded

RECENT POST @ Entri Terkini

Thursday, June 18, 2009

Norish suka menyampuk semasa mengacara.

Share







Malah, Norish juga mencuba nasib sebagai penyanyi tetapi hingga kini, albumnya belum juga dipasarkan walaupun difahamkan sudah lama siap.

Bagi mereka yang tahu, sebenarnya Norish bermula sebagai pengacara apabila menyertai pertandingan Pencarian Pengacara Nona tidak lama dulu tetapi nasibnya lebih menyerlah dalam lakonan apabila ditawarkan berlakon drama.

Sekurang-kurangnya dalam kegawatan ekonomi kerana tawaran berlakon makin kurang ditambah pula kes perceraiannya yang belum selesai, dengan kerjaya baru ini, dapatlah meringankan bebannya menyara tiga anak.

Sejak muncul mengendalikan program bual bicara Wanita Hari Ini (WHI) di TV3, banyak juga suara meluahkan kurang senang dengan cara Norish mengendalikan program itu.

SS tidak bermaksud hendak mengutuk cara penyampaian Norish kerana faham mungkin dia teruja untuk melaksanakan karier barunya. Waktu sama, SS ingin memberi teguran ikhlas mungkin boleh dijadikan panduan untuk memperbaiki gaya pengacaraannya supaya menjadi lebih baik.

Bukan apa, ketika rancak bersoal jawab dalam satu segmen program itu, SS tengok Norish pula yang terlebih cakap daripada tetamu. Bak kata pepatah, lebih sudu dari kuah menyebabkan panel jemputan itu belum sempat menghabiskan luahan hatinya, secara tiba-tiba disampuk Norish.

Kata penonton setiap program itu, bukan sekali dua perkara itu berlaku tapi banyak kali hingga apa yang hendak disampaikan panel jemputan tidak kesampaian. SS juga tidak nafikan perkara itu. Hingga satu ketika SS lihat, gaya Norish asyik menyampuk saja ketika panel jemputan bersuara sambil diperhatikan rakan sejawatnya.

SS tertanya-tanya juga apalah isu sebenar yang ingin dibangkitkan dalam program itu. Sekiranya berterusan begini, penonton yang lain pun akan bengang kerana mereka menonton WHI untuk mengetahui pandangan, pemikiran daripada panel jemputan dan bukannya pengacara.

Bukan maksud SS pengacara tidak boleh memberi pandangan, tetapi biarlah kena pada masanya. Sebagai pengacara, SS fikir 'menyampuk' bukan saja tidak sesuai dengan adat budaya orang Melayu tetapi turut menunjukkan rasa tidak hormat kepada panel jemputan.


SS harap penerbit tidak kiralah kerajaan atau swasta, bimbinglah pengacara mereka untuk sesuatu program yang dikendalikan agar ia lebih kemas dan lancar.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-