Search in my-sensasi !! upgraded

RECENT POST @ Entri Terkini

Monday, June 1, 2009

Jangan Pandng belakang Congkak-Filem komedi?

Share







Tambah menarik, ia bukan kombinasi dua filem itu, sebaliknya Jangan Pandang Belakang Congkak (JPBC) menggabungkan dua elemen — seram dan komedi.

Ketika menonton filem ini, penulis dihidangkan dengan pelbagai komedi menarik. Meskipun ada babak seram dipaparkan, keseluruhan ceritanya lebih tertumpu kepada komedi.

JPBC mengisahkan Punai (Mazlan Pet Pet), Asmat (Cat Farish) dan Johan (Shaheizy Sam) mewarisi harta milik datuknya selepas orang tua berkenaan, Pak Sudir (lakonan Piee) meninggal dunia dalam keadaan misteri.

Begitupun, tiga saudara ini tidak tahu hajat sebenar datuk mereka. Hakikatnya, Pak Sudir mahu mewariskan saka miliknya kepada seorang daripada cucunya.

Ketika di rumah orang tua berkenaan, mereka dinasihatkan supaya tidak mengusik barang di dalam bangunan itu. Bagaimanapun, kerana sifat ingin tahu, mereka membelek sebuah congkak usang, kemudian terbaca jampi yang tertera di belakangnya. Dalam masa sama, ketiga-tiganya bertukar menjadi hantu.

Punai akhirnya berubah menjadi orang minyak, Asmat menjadi toyol manakala Johan pula bertukar menjadi hantu raya. Dengan cara tersendiri, mereka mampu berubah menjadi manusia mahupun hantu.

Meskipun solekan dan kostum ketiga-tiga hantu itu menyeramkan dan realistik, hakikatnya filem ini melucukan. Gelagat dan kerenah ketiga-tiga pelakon ini senantiasa mencuit hati.

Malah, selain seram dan komedi, Idham berjaya mengadunkan pelbagai elemen menarik dalam filem ini. Babak serius dan romantik turut dipaparkan. Lebih menarik, pelakonnya berjaya membawa watak yang diberi dengan sempurna.

Barangkali, filem ini tidak lagi memaparkan komedi ‘bodoh’ yang membosankan. Sebaliknya jalan cerita yang dipertaruhkan, di samping barisan pelakon berbakat pasti dapat menarik perhatian penonton

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-