Search in my-sensasi !! upgraded

RECENT POST @ Entri Terkini

Saturday, May 23, 2009

Paris hilton nak jadi Princess Diana salahkan skandal video seksnya

Share








LOS ANGELES - Pelakon terkenal, Paris Hilton (gambar) menyatakan skandal seks yang menyelubungi dirinya menyebabkan cita-citanya menjadi tokoh disayangi seperti mendiang Puteri Diana berkubur, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia membuat pengakuan itu dalam dokumentari terbaru berhubung dirinya yang ditayangkan di Festival Filem Toronto pada September lalu.

Dokumentari itu turut ditayangkan pada Festival Filem Cannes yang masih berlangsung di Perancis.

Menyentuh mengenai skandal seks itu, dia berkata: "Pada mulanya saya mendengar skandal itu dan saya menganggap ia cuma satu perkara biasa.

"Saya turut menganggap skandal itu akan menjadi satu gurauan.

"Bagaimanapun, beberapa jam kemudian, ia tersebar di Internet dan saya sendiri melihatnya."

Rakaman hubungan seks Hilton dengan bekas kekasihnya, Rick Solomon disiarkan di Internet pada 2003.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-