Search in my-sensasi !! upgraded

RECENT POST @ Entri Terkini

Sunday, May 3, 2009

Nana Bakal berkahwin..

Share







SENYUMAN Nana pagi itu manis sekali. Semanis perasaannya kala ini yang sedang menghitung detik bahagia bergelar seorang isteri. Ya, pada usia 25 tahun, Nurul Hana Che Mahazan kini sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Sebulan dari sekarang, deejay radio ERA ini akan menikahi Muhammed Raqeem Brian, seorang lelaki berusia 34 tahun yang berasal dari Kuching, Sarawak. Dia merupakan anak hasil darah campuran India dan Cina.

Tetapi kini, selepas bertemu belahan jiwanya yang beragama Islam, Raqeem yang juga memang terbiasa dengan budaya Melayu dan Islam tidak teragak-agak untuk memeluk agama suci itu.

"Dia peluk Islam pada 21 Januari lalu. Kemudian dia datang ke rumah keluarga saya di Muar, Johor, dan menyatakan hasrat kepada ayah untuk menjadikan saya isterinya. Semuanya terjadi secara semula jadi tanpa lamaran serba romantik," cerita Nana sambil ketawa.

Malah, akuinya, sepanjang dua tahun berkasih sayang, perasaan tersebut juga mengalir begitu sahaja. Sedar-sedar, kolam hatinya sudah penuh dengan limpahan bahagia menjadi pendamping lelaki yang dikenalinya sejak lima tahun lalu itu.

"Kadang-kadang saya berharap dia menjadi lelaki yang romantik. Tapi bila fikir semula, saya pun rasa tak boleh kalau dia terlalu romantik. Dan sebenarnya, kerana sifat semula jadinya itulah yang membuat saya yakin untuk berkahwin dengannya.

"Saya selesa dan bahagia dengannya," kata Nana tentang hubungannya dengan Raqeem yang tua sembilan tahun daripadanya.

Kerana kasih sayang, dia tidak memilih apakah bangsa seseorang lelaki itu. Pernyataan tersebut menjawab persoalan yang saya lemparkan tentang kecenderungan Nana berpasangan dengan lelaki berlainan bangsa.



Ini kerana pada saat awal kemunculannya dalam industri hiburan, Nana menjalin hubungan intim dengan teman 'sekuliah' di Akademi Fantasia (AF), Burn, jejaka berketurunan India.

Dan kini, sekali lagi dia menjalin cinta dengan lelaki berlainan kaum iaitu Raqeem.

Nana kemudian pantas memberitahu, sebelum bersama Raqeem, dia bukan tidak pernah menjalin hubungan dengan lelaki sebangsa. Hanya jodoh mereka tidak panjang.

"Sebelum ini saya bercinta selama tiga tahun dengan lelaki Melayu. Saya juga pernah mempunyai hubungan serius dengan tiga orang lelaki Melayu. Tetapi jodoh saya mungkin sudah ditentukan Tuhan dengan lelaki bukan Melayu yang akhirnya menjadi seorang Muslim.

"Lagipun secara peribadi saya tidak pernah membezakan kaum sama ada mereka Melayu, Cina atau India. Pada saya semua manusia itu sama," hujah si petah yang merupakan anak seorang pegawai polis.

Bertunang, bernikah, bersanding sehari

Mengikut rencana awal, majlis pernikahan mereka ingin dilaksanakan pada tanggal 7 Ogos 2009. Bagaimanapun, kerana ayahnya akan bertugas ke Mexico selama enam bulan, jadi mereka mempercepatkan majlis mulia itu pada bulan hadapan.




Sudah menetapkan tarikh penyatuan mereka pada Jun ini, kata Nana, majlis yang bakal diadakan di kediaman keluarganya itu akan berlangsung secara sederhana. Mereka juga sepakat melangsungkan ikatan pertunangan, pernikahan dan persandingan pada hari yang sama.

Alasan Nana, kerana dia sendiri gemarkan yang sederhana. Hanya sebagai anak perempuan tunggal dalam keluarga, banyak kehendak ibunya dituruti.

"Kami memang merancang semua secara sederhana. Yang penting ia sempurna. Saya juga tak akan buat majlis di Kuala Lumpur. Cukup hanya di Muar dan mak memang banyak membantu menguruskan majlis ini," katanya.

Tambah deejay yang juga mempunyai potensi sebagai pelakon ini, majlis besar tersebut tidak menjadi alasan untuk dia cuti panjang.

Katanya: "Saya akan bercuti selama tiga hari sahaja dan mula bekerja seperti biasa selepas itu. Mungkin bulan madu pun hanya akan kami nikmati selepas Aidilfitri iaitu pada bulan Oktober kelak."

Enggan berhenti kerja

Gelombang pertukaran sesebuah organisasi bukan sesuatu yang baru. Seperti mana ramainya pekerja dipindahkan dari satu tempat selesa kepada 'kotak' baru atau bertukar angin ke tempat lain, Nana tahu tempias itu kelak akan sampai kepadanya satu hari nanti.

Tetapi jauh di sudut hatinya, dia begitu berharap agar akan kekal di stesen ERA. Menurut Nana lagi, bukan sekali dua dia ditawarkan stesen radio lain untuk berhijrah. Tetapi hatinya kejap memeluk ERA.

"Nilai sentimentalnya terlalu tinggi," katanya yang kemudian menyambung: "Mungkin kerana inilah tempat saya mencari rezeki selama lima tahun selepas keluar daripada AF dulu.

"Dengan duit bekerja di ERA juga saya mampu membeli rumah, kereta dan menyara diri sendiri. Kemudian saya belajar banyak sangat perkara di sini - daripada dibenci orang kerana cakap saya tidak berilmu, sehingga kini Alhamdulillah, seperti sudah ramai yang mula menerima saya. Mungkin kerana selama ini saya bekerja dengan ikhlas."

Bagaimanapun, itu tidak bermakna dia akan menentang apabila tiba masanya dia juga dipindahkan ke stesen lain kerana itu adalah putaran yang normal. "Saya terima seadanya," katanya ringkas.

Tetapi kemudian saya tebak jika dia tidak gemar berhijrah, berhenti sahaja dan menjadi suri rumah, pantas Nana menggeleng kepala dan berkata perkara itu tidak akan terjadi. Selagi terdaya, dia mahu terus bekerja dan menjadi isteri yang baik buat suaminya.

Saya tanya mengapa perlu bekerja jika suami mampu? Jawapan ringkas Nana menutup bicara kami: "Saya nak duit poket sendiri untuk membeli-belah! Tak mahu selalu minta daripada suami, nanti dia bising." Jawapan tersebut membuat kami ketawa panjang kerana bersetuju tentang kecenderungan wanita itu


nana dah bersedia nak kahwin...nana skrg dah makin chantek
kekasih nana Brian (kacukan Cina India dri kuching sarawak,kini dah memeluk islam)
Nana dulu
nana sekarang after pakai braces..ada desas desus menyatakan bahawa Nana telah melakukan pembedahan Plastik..ye ke?Sensasi tak berani nak komen...
Nana Dulu before pakai Braces (pendakap gigi)
Nana dulu suka bergambar ala2 liar gitu
Punk nyer minah nie..nana dan awal
gambar kontroversi,masa nie nana dikatakan mabuk

nana muda mudi
Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-