Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Friday, May 29, 2009

Lan Pet Pet bakal bergelar ayah dalam sehari dua lagi

Share








Sebagaimana dia telah ‘merahsiakan’ berita pernikahannya kepada Rubytah Che Wan, begitu jugalah berita gembira yang dia bakal bergelar ayah dalam masa sehari dua ini. Tak terkejut rakan-rakan wartawan yang lain bila digemparkan dengan pengumuman ini semalam selepas majlis pra-tonton komedi seram ‘Jangan Pandang Belakang Congkak’ semalam yang dibintangi Lan Pet Pet (nama sebenar Mazlan Ahmad), Shaheizy Sam dan Cat Farish.

Jika tidak ditanya, memang tidak akan dibuka mulutnya untuk mengumumkan perkara ini. Malah tidak dirancang pun untuk memperkenalkan bayi itu nanti kepada media. Jelas Lan, dia bersama isteri nekad untuk membesarkan anak mereka dalam keadaan sederhana, jauh dari dunia hiburan yang menjadi punca pencarian rezeki Lan.



“Saya dulu orang susah. Apa yang saya kecapi hari ini adalah atas hasil usaha saya sendiri. Itu yang diajar oleh ibu bapa saya dan itulah yang isteri dan saya ingin terapkan pada anak kami,” jelas Lan yang bila ditanya jantina anak disuruh pula kami meneka. Bila diteka anak lelaki, katanya tekaan kami tepat.

Lebih penting bagi Lan, akan dipastikan anak itu nanti diberikan asas agama yang kukuh.

“Idola saya M. Rajoli. Walaupun dia seorang pelakon nama pegangan agamanya tetap kuat. Itulah yang saya mahukan. Dan jika anda perhatikan di dalam filem ‘Jangan Pandang Belakang Congkak’ saya ada selitkan sedikit unsur-unsur agama, lagu-lagu nasyid. Saya berharap dalam apa-apa projek lakonan saya selepas ini, saya dapat lakukan perkara yang sama.

“Orang mungkin beranggapan seorang pelawak itu terlalu leka dengan lawak sehingga terabainya tuntutan agama. Bagi saya, kita tidak perlu menunjuk-nunjuk yang kita ni baik. Kita berlawak tapi makan dalam, jangan lalai. Lihatlah pada remaja sekarang ini. Sebab itu, saya nak anak saya ada asas agama yang kukuh, tahu merendah diri, menghormati orang.”

Ditanya perasaannya bakal bergelar bapa, Lan yang berkahwin dengan Rubytah pada 20 Ogos tahun lalu, memberitahu dia amat bahagia.





“Saya kerja untuk anak-anak. Zaman saya sudah habis. Tak sabar sebenarnya nak menimang anak sampai berpeluh-peluh saya,” luahnya ceria yang berhasrat mempunyai tujuh orang anak kerana kebetulan dia dan isteri ada tujuh orang adik-beradik termasuk diri mereka.

“Itupun kalau boleh lah tapi kesian juga melihat isteri saya. Lagipun umur saya dah lanjut,” katanya yang sudahpun berusia 40 tahun.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-