Search in my-sensasi !! upgraded

RECENT POST @ Entri Terkini

Monday, May 18, 2009

Detektif Lim mengaku tidak bersalah curi buku

Share








Farid Amirul Hisham Wu Abdullah atau lebih dikenali sebagai 'Detektif Lim' dalam cerita bersiri paling panjang di RTM - gerak khas tidak mengaku mencuri buku di Mid Valley semasa di hadapkan di Mahkamah kelmarin.

Farid Amirul, 43, yang sepatutnya dijatuhi hukuman semalam menukar pengakuannya di hadapan Majistret Mohd Faizi Che Abu.

Pelakon itu, mengaku bersalah ketika hadir ke mahkamah kali pertama pada 8 April lalu sebelum melantik peguam bela Nor Azri Mohd Arif.

"Detektif Lim" didakwa mencuri sebuah buku bertajuk ‘The Sistine Secrets’ berharga RM89.90 dan ‘Decoding The Heavens’ berharga RM105 di Kedai Buku MPH Bookstore, Mid Valley, kira-kira jam 7.15 malam, 27 Mac lalu.

Pelik juga bagaimana pelakon yang berduit boleh mencuri buku atau dia ada masalah lain. Mungkin pengalaman berlakon dalam gerak khas tidak membantu kehidupan sehariannya.

Nama pun berlakon,Tapi kes ni belum habis tak boleh la main tudoh-tudoh

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-