Search in my-sensasi !! upgraded

RECENT POST @ Entri Terkini

Sunday, May 31, 2009

Ekin masih ditohmah walaupun sudah berkahwin 7 bulan

Share







haih..sudah2 la tue korang nak kutuk caci maki si ekin..
apasal la dengki...sifat melayu memang penuh hasad dengki mengapa?
org putih atau bangsa2 lain tak mcm melayu yg lebih suka tgk bangsa sendiri jatuh ?apsal ngan korang?tp tak semua melayu begitu..tak semua korang begitu kan...
hanya yang berhati busuk saja..korang dengki,mawi kaya sekelip mata..korang juga dengki ekin dpt tumpang senang..rezeki itu ketentuan tuhan..korang nak mempersoalkan ke?
korang kata ekin hipokrit...dulu x bertudung skrg pakai..korang sume pakai tudung ke?kalau pakai tudung kenapa hati busuk?
tepuk dada tanya selera...(eh ada kene mengena ke?)
anyway..wardina dulu pun sgt2 sosial dulu..dia berubah after berkawan ngan husband dia now nie..kan bagus..adanya lelaki utk membimbing...
bukan utk menghampehkan lagi...
kalau korang muak tgk gambar mawi ekin merata2 tue kan wartawan yang hambik..gambar honeymoon derang pun org nak siarkan nak wat camana..takkan derang nak buat muka masam...nanti korang tetap kutuk jugak..
aku tak kenal ekin,juga tak suka tak benci..neutral saja..tp rasanya,kalau dah 7 bulan masih ramai yg berdengki hangin gak aku..
tak paham ngan manusia skrg..nway tue sume masing2 punya pendapat dan otak kan..
aku pun cume sekadar meluahkan je..tak stuju takpe..hehehe
kalau tak suka..jangan baca..orait..enjoy!






Bukan mudah bergelar isteri kepada selebriti popular. Itulah yang dirasakan Nora’Asikin Rahmat yang kini telah lebih enam bulan mendirikan rumahtangga dengan penyanyi terkenal negara, Asmawi Ani.

Berkesempatan berbual dengan Ekin baru-baru ini, dia mengakui akan hakikat tersebut. Namun katanya semua cabaran tersebut semakin tenang dilaluinya kerana sudah lali dengan segala tohmahan yang dilemparkan.

Katanya, mujurlah Mawi sebagai suami banyak memberikan nasihat dan tidak mahu dia terlalu memikirkan ‘kata-kata orang’ tentang kehidupan mereka berdua. Apa yang penting mereka bahagia dan selesa menjalani kehidupan sebagai pasangan suami isteri.

“Pada mulanya dulu, saya ingatkan perkara ini hanya akan dilalui semasa saya belum bergelar isteri Mawi dan saya berharap segala-galanya akan berakhir apabila kami berdua mendirikan rumahtangga.

“Namun tanggapan saya salah kerana selepas lima bulan kami mendirikan rumahtangga dan sehingga kini pun, masih ada lagi kata-kata tohmahan yang dilemparkan oleh segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengan saya.

“Saya akui masa mula-mula dahulu memang saya rasa tertekan juga. Tetapi bila dah lama-lama rasa macam dah lali dan terbiasa. Kadang-kadang kami berdua ketawa apabila memikirkan semula perkara ini. Saya sedar inilah cabaran yang perlu kami berdua lalui. Setakat ini saya masih mampu untuk mengawalnya dan berdoa agar ianya tidak berlanjutan.

“Selain Mawi yang banyak membantu, keluarga dan rakan-rakan juga tidak jemu-jemu memberikan semangat kepada saya. Saya gembira dan bersyukur kerana kami semakin serasi bersama dan saya selesa menguruskan Mawi yang sememangnya langsung tidak cerewet,” ujar Ekin panjang lebar.

Ditanya tentang tanggapan segelintir pihak yang kurang selesa melihat kehadirannya di sisi Mawi setiap kali Mawi muncul di dalam apa jua majlis, Ekin mempunyai sebabnya yang tersendiri.

Katanya kebanyakan majlis yang dihadirinya atas dasar jemputan oleh pihak-pihak tertentu dan dia tidak selesa untuk mengabaikan jemputan tersebut begitu sahaja sekiranya dia mempunyai kelapangan.

Selebihnya, dia kini bertindak sebagai pengurus Mawi dan seharusnya dia selalu berada di sisi suaminya itu. Apa yang paling penting Mawi selesa dengan kehadiran Ekin yang disifatkannya dapat mengelakkan fitnah mahupun kata-kata dusta yang dilemparkan kepadanya.

“Saya tidak pernah mengawal Mawi seperti mana yang diperkatakan. Saya sentiasa memberikan kebebasan kepada Mawi dalam membuat apa sahaja keputusan. Tetapi saya akui di dalam aspek penampilan, Mawi banyak meminta pandangan dan nasihat saya.

“Namun saya anggap apa sahaja yang diperkatakan oleh orang sekeliling tentang saya dengan Mawi sebagai lumrah sejak mula saya berkawan dengannya lagi. Saya juga sudah lama terlibat dalam industri seni dan sudah terbiasa dengan perihal gosip.

Tentang dakwaan yang mengatakan saya cuba menumpang populariti Mawi, ia langsung tidak masuk akal. Kalau saya mahu menumpang popularitinya, sudah pasti saya akan berlakon banyak drama atau filem sekarang.

“Tetapi sampai ke saat ini, saya langsung tidak berlakon. Kalau ada pun saya hanya menjadi duta untuk jenama tudung Ariani dan beberapa produk lain. Saya pun tak rasa diri saya popular apabila bergelar isteri Mawi.

“Untuk pengetahuan semua, dahulu saya terlibat dalam bidang seni pun atas kehendak kembar saya, Aein yang mahu saya membintangi drama ‘Kawan’. Jadi semuanya berlaku kerana kebetulan dan saya langsung tak pernah fikir pun soal populariti seperti yang diperkatakan,” jelas Ekin.

Bercerita tentang kehidupan peribadinya, Ekin memberitahu kehidupannya sama seperti pasangan suami isteri yang lain. Malah katanya dia dan Mawi juga pernah berselisih pendapat dalam beberapa hal tertentu, namun segera diselesaikan agar tidak berpanjangan.

“Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Tetapi sehingga kini kami tak pernah bergaduh yang serius. Kalau ada pun bergaduh ‘manja-manja’ kerana berselisih pendapat. Selalunya soal berpakaian atau perkara-perkara kecil lain. Tetapi tak sampai lima minit pun, semuanya kembali baik,” ujar Ekin sambil tersenyum.

Mengenai cahayamata pula, Ekin mengakui selepas mengalami keguguran, dia belum mempunyai tanda-tanda untuk bergelar ibu dalam masa terdekat. Katanya dia mahu beri sedikit masa pada dirinya agar lebih bersedia.

“Saya sentiasa berdoa agar dipercepatkan mendapat anak dan berharap peminat akan sama-sama mendoakan kebahagiaan kami. Buat masa ini kami masih berusaha,” katanya tersenyum. mawi

Darling selamat berkahwin dengan Azlin

Share









KUALA LUMPUR: Aktres dan produser, Nasreen Ngasri, 26, yang mesra dengan panggilan Darling akhirnya sah bergelar isteri kepada kekasih hatinya, Nur Azlin Rahmat, 34, pada majlis pernikahan mereka yang berlangsung di rumah keluarga Darling bertempat di Taman Batu Permai, Jalan Ipoh, di sini, hari ini.

Hanya dengan sekali lafaz, pasangan yang dinikahkan sendiri oleh bapa Darling, Ngasri Sain ini melahirkan rasa bersyukur kerana berjaya menyatukan cinta mereka meskipun hubungan yang terjalin belum pun mencecah setahun.

Lebih bermakna lagi, majlis bersejarah pasangan itu juga secara kebetulan menjadi 'hadiah' istimewa buat Darling yang akan menyambut hari lahirnya yang ke-26 pada 2 Jun ini manakala hari lahir bapanya juga jatuh pada hari esok (31 Mei).

"Memang kami merancang untuk adakan majlis ini pada musim cuti persekolahan. Secara kebetulan pula tarikh yang dipilih ini berdekatan dengan hari lahir saya dan bapa. Malah, saya rasa gembira sangat dinikahkan sendiri oleh bapa.

"Apapun, saya bersyukur majlis hari ini berjalan dengan lancar. Dan sekarang nampaknya saya sudah bergelar isteri. Mungkin ada sesetengah pihak yang merasakan kami kahwin terlalu cepat, tapi saya lebih senang katakan ini adalah jodoh.

"Kami dapat rasa keserasian antara kami. Malah, Azlin pun rasa dengan usianya sekarang memang dia sudah bersedia untuk berkahwin.

"Cuma sekarang saya akui, tanggungjawab yang perlu saya pikul lebih besar. Mungkin akan mengambil masa sedikit untuk saya dan suami sesuaikan diri dengan hidup baru ini," kata Darling yang ditemui sejurus berakhirnya majlis tersebut.

Pada majlis yang serba ringkas itu, Darling menerima mas kahwin RM80, wang hantaran sebanyak RM22,222.22 serta sembilan dulang hantaran berbalas 11 daripada pihaknya.


Majlis bersejarah pasangan itu juga secara kebetulan menjadi 'hadiah' istimewa buat Darling yang akan menyambut hari lahirnya yang ke-26 pada 2 Jun ini

Detik manis itu juga disaksikan oleh ahli keluarga, saudara-mara terdekat dan kenalan rapat kedua-dua belah pihak.

Darling dan jejaka yang bertugas sebagai pegawai pemasaran itu telah mengikat tali pertunangan pada pertengahan Mac lalu setelah berkenalan pada bulan Ogos tahun lalu.

Bercerita tentang perkenalan singkat yang akhirnya membuahkan perasaan cinta itu, dalam nada ceria Darling berkata, di peringkat awal dulu, Nur Azlin tidak tahu dirinya adalah seorang artis.

"Kami diperkenalkan oleh seorang kawan. Memang dia tidak kenal saya ni artis, lagipun tugasnya yang banyak memerlukan dia 'travel' membuatkan dia tidak terlalu mengikuti tentang industri ini.

"Selepas itu, dia banyak buat 'research' tentang saya di media dan internet. Dari situ dia tahu macam-macam tentang saya termasuklah cerita-cerita 'panas'. Tetapi Alhamdulillah, dia dapat menerima saya walaupun dengan macam-macam cerita tentang saya.

"Bagi dia, semua orang akan ada sejarah masing-masing dan begitu juga dengannya. Dia sangat rasional," kata Darling sambil tersenyum.

Dalam pada itu, Nur Azlin berkata, ciri-ciri yang ada pada Darling berjaya menambat hatinya untuk melamar gadis itu sebagai isteri.

"Dia ni baik, memahami dan tidak mudah melenting. Darling juga seorang yang amat mengambil berat.

"Tetapi saya akui, pada awalnya saya tidak perasan dia adalah seorang artis. Saya kenal adiknya saja, Anne, sebab pernah menonton lakonannya di dalam drama Dunia Baru, tetapi saya memang tidak tahu Darling adalah pelakon.

"Itu pun sepupu saya yang beritahu dia adalah seorang artis," ujarnya yang menambah, mereka hanya sering berbalas SMS di awal perkenalan dulu sebelum hubungan itu bertambah serius.

Pasangan ini akan mengadakan majlis persandingan esok di Taman Metropolitan Batu, Jalan Ipoh, dengan bertemakan 'garden wedding', manakala resepsi di sebelah lelaki pula akan diadakan di Bukit Katil, Melaka pada 7 Jun depan.

Waheeda mengamuk dirumah -ingin bersara dari dunia seni

Share








NADA suaranya kedengaran cukup ceria, tetapi adakalanya, penyanyi dan pelakon Waheeda ini jelas gagal menyembunyikan perasaan sedihnya berdepan dengan kontroversi yang amat hebat dalam dirinya ketika ini.

Benar kata penyanyi yang popular dengan lagu Wassini ini, bukan mudah untuk menjadi 'dirinya'...apa yang ditanggung selama ini cukup berat. Dikecam sebagai perampas suami orang serta pemusnah rumahtangga adalah label yang amat dahsyat diberikan sesetengah pihak yang belum tahu hujung pangkal kebenarannya.

Tetapi, luah wanita berusia 30 tahun ini, biarlah apa saja tanggapan yang singgah terhadap dirinya. Asalkan keluarga dan kenalan rapat mengetahui kisah sebenarnya, itu sudah cukup memadai buat Waheeda walaupun tohmahan buruk akan terus berselingkar di dalam dirinya.

Pendedahan isteri penyanyi nasyid dan penceramah bebas, Ustaz Akhil Hayy, iaitu Maizawati Zainal yang mengaku suaminya memang mempunyai hubungan dengan penyanyi itu juga nampaknya semakin 'panas' apatah lagi bila Maizawati dilihat semakin 'berani' mengeluarkan kenyataan kepada media tentang masalah yang melanda rumahtangganya itu sehingga dia mengambil keputusan untuk bercerai dengan Akhil.

Antara yang didedahkan oleh Maizawati, dia pernah menyatakan persetujuan membenarkan Akhil berkahwin lagi dan bersedia hidup bermadu setelah suaminya itu mengaku tentang hubungannya dengan Waheeda.


"Saya sudah bosan. Tidak guna untuk saya terus berdakwah menerusi bidang ini jika orang akan pertikaikan kredibiliti saya."

Namun, dia tidak tahu apa status hubungan suaminya dengan penyanyi itu kini apatah lagi Akhil sendiri sudah tiga bulan tidak pulang ke rumah dan hanya mengikuti perkembangan kisah suaminya itu menerusi media.

Kata Maizawati lagi, dia terpaksa mengambil keputusan bercerai untuk membina kehidupan baru dan kes berkaitan perceraiannya dengan Akhil akan dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh pada 2 Jun depan.

Dengan keadaan sekarang yang dilihat semakin 'berapi' ini, tutur Waheeda, biarlah dia terus bersabar dengan apa yang berlaku. Apapun, kesabaran itu tetap ada hadnya, cuma katanya, biarlah masa saja yang menentukan.

Namun, luah Waheeda, dia menafikan khabar angin yang mengatakan dirinya amat tertekan dengan tindakan Maizawati itu yang terus-menerus mengeluarkan kenyataan. Malah, khabar angin itu turut mengatakan Waheeda juga turut kesal dengan tindakan Akhil yang masih terus mendiamkan diri.

Akibat terlalu tertekan dengan hal ini, Waheeda dikatakan menjerit-jerit seperti orang gila sehinggakan beberapa barang di rumahnya juga habis dihempaskan kerana terlalu geram.

"Tak mengapalah. Biar mereka (Akhil dan Maiza) selesaikan. Kita tunggu saja 2 Jun ini...kebenaran akan terungkai juga," luah Waheeda dalam nada perlahan, sambil enggan mengulas lanjut tentang perkara tersebut.

Katanya, buat masa ini dia lebih memberikan perhatian kepada kesihatannya yang tidak begitu baik sejak kebelakangan ini.

"Sekarang ini saya tengah berubat...penyakit yang sudah lama sebenarnya saya alami. Cuma sekarang ini semakin teruk pula," ujarnya yang tidak mahu bercerita lanjut tentangnya.

Nekad tinggalkan dunia seni

Lebih setahun yang lalu, Waheeda pernah menyuarakan hasratnya untuk meninggalkan karier seninya sebagai penyanyi dan pelakon. Ketika itu, ramai yang merasakan keputusan tersebut dibuat oleh Waheeda gara-gara isu kononnya penyanyi ini telah berkahwin dengan Akhil.

Namun, Waheeda masih lagi dilihat terus aktif dengan aktiviti seninya sehingga hari ini. Katanya ketika itu, dia menunggu album terbarunya dikeluarkan terlebih dahulu sebelum terus berundur. Dan memandangkan pada waktu itu semakin banyak tawaran yang datang, dia tidak menolaknya sementara menantikan albumnya itu siap.

Tetapi, tegasnya, dia tetap menyimpan hasratnya untuk tinggalkan bidang seni satu masa nanti.

Namun, dengan kontroversi hebat yang melanda dirinya ketika ini, kata Waheeda, dia memang nekad untuk 'bersara' dan kemungkinan besar akan terus menghentikan projek penghasilan album terbarunya itu.

"Saya sudah bosan. Dari dulu sampai sekarang macam-macam orang bercakap tentang saya. Kontroversi seperti inilah sebenarnya yang membuatkan saya ingin berhenti ketika itu. Untuk apa saya terus berada di sini sedangkan reputasi dan kredibiliti saya sudah tiada.

"Mungkin dulu saya bercakap seperti ini juga, tetapi saya tetap terus berada di dalam industri. Tetapi kini, saya rasa cukuplah apa yang saya lalui. Saya nekad untuk berhenti terus.

"Tidak guna untuk saya terus berdakwah menerusi bidang ini jika orang akan pertikaikan kredibiliti saya. Ibubapa saya juga menyarankan perkara yang sama kerana mereka tak sanggup melihat saya terus dilanda benda-benda macam ni.

"Sekarang ini saya tengah tunggu untuk selesaikan dulu projek-projek lakonan termasuklah program Cafe Akhil Hayy," kata Waheeda.

Walaupun sedar tindakannya itu tidak bermaksud akan mengakhirkan segala kontroversi yang melanda, namun kata Waheeda, 'at least' kehidupannya selepas ini mungkin akan lebih 'tenang'.

"Saya masih ada banyak benda yang boleh dibuat. Saya ingin terus lakukan kerja-kerja kebajikan. Ketika ini pun saya bertugas sebagai 'facilitator' di Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor (PERKID).

"Mungkin jika saya ingin siapkan juga album tersebut, saya akan buat 'senyap-senyap' saja tanpa sebarang publisiti. Siapa yang nampak album saya itu di pasaran, itu sajalah...tidak akan ada majlis pelancaran atau sebagainya," kata Waheeda yang akui dia telah merakamkan semua lagu dalam album terbarunya itu.

Noh(hujan) dan Nora bercinta?

Share









ENTAH daripada mana datang angin, tiba-tiba nama pelakon cantik Nora Danish dikaitkan dengan vokalis grup Hujan, Noh. Mereka didakwa menjalin hubungan. Kononnya juga mereka berpeleseran di pusat beli-belah.

Nora yang kini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama Tiga Serumah hanya tersenyum mendengar gosip tersebut. Apa lagi Noh, yang selamba menjawab dia masih setia dan sudah berjanji untuk mengahwini kekasihnya sejak sekian lama, Athira Ghani.

Benarkah cerita tentang Noh dan Nora Danish keluar bersama?

NOH: Tidak betul langsung. Memang tidak ada kena mengena langsung cerita itu dengan saya. Memang tidak pernah jumpa pun.

NORA: Kami pernah jumpa sekali. Tapi itu bukan berjanji. Noh datang ke Restoran Kamkee di Petaling Jaya, tempat saya dan teman-teman makan. Dia berjumpa kawannya yang kebetulan teman saya.

Itu terjadi sebelum Anugerah Industri Muzik (AIM) bulan lalu. Kami tak borak pun sebab dia datang jumpa orang lain, bukan saya.

Jadi bagaimana cerita itu boleh keluar?

NOH: Saya tidak tahu. Dengan Nora pun saya tidak pernah cakap. Malah kami tidak pernah terserempak di mana-mana pun.

NORA: Itu yang peliknya. Kami tak pernah sampai ke pusat beli-belah seperti yang didakwa. Ini semua tak betul langsung.

Macam mana boleh rapat dan kenal?

NOH: Kami berjumpa dan kenal masa Anugerah Bintang Popular (ABP) dan AIM. Masa itu kami ambil gambar bersama. Lepas malam itu, Nora 'add' (tambah) saya sebagai kawan dia di laman sosial Facebook. Kami cuma berinteraksi di situ. Mana ada keluar sama.

NORA: Kenal masa di ABP. Itu pun sebab sama-sama terlibat. Tapi tak adalah meleret sampai keluar bersama. Saya tahu dia pun memang ada kekasih.

Saya rasa kelakar nak komen benda ni sebenarnya sebab isu ini tak betul langsung. Jadi saya kalau boleh tak nak komen.

Noh, kalau takdir, kahwin dengan janda, terima tak?

Apa punya soalan ni (ketawa besar). Saya sudah berjanji untuk mendirikan rumah tangga dengan kekasih saya, Athira Ghani. Saya kena marah dengan dia sebab kes ini. Dia tidak suka cerita-cerita begini keluar.

Maksudnya masih dengan teman wanita yang dulu?

Sejak tahun 2005 hingga kini.

Nora Danish itu orangnya bagaimana?

Nora itu sweet. Tapi kalau lebih-lebih saya tidak tahu sebab kenal macam itu sahaja. Cuma tengok dalam televisyen.

Dia peminat Hujan?

NOH: Entah. Iya ke?

NORA: Saya suka lagu Hujan.

Atau Noh Hujan?

NOH: Siapalah saya. Hanya pemuzik jalanan berbanding dia bidadari cantik.

Hujan sekarang sibuk dengan apa?

NOH: Kami akan mengadakan perkumpulan peminat Hujan yang dikenali sebagai Raingers. Pertemuan itu akan dilakukan di Itudio Studio di Kelana Jaya pada 21 Jun ini.

Kami akan menghabiskan masa bersama dengan aktiviti makan, suai kenal, berfoto dan mengadakan persembahan akustik. Saya rasa kami sebagai Hujan perlu kenal dengan peminat dan penyokong kami.

Kami juga akan minta pendapat mereka untuk perancangan tahun depan. Setakat ini kami sudah merakamkan empat buah lagu.

Konsep album kedua lebih santai. Kami akan minta pendapat Raingers untuk memilih single pertama album akan datang.


P/s:Sensasi tahu Noh memang setia dengan aweknya yang bernama Thiya Ghani(athirah ghani)..even lagu2 dalam album hujan,yg bertemakan cinta kebbanyakkan dituju dan ditulis oleh noh utk kekasihnya itu..Kekasih noh skrg blaja dia aussie...dua2 biak sarawak..miri~

Awek Noh hujan..


Mari lihat,klik sini ..

Saturday, May 30, 2009

Jokes-Ajak main (18sx)

Share










hahahaha...lawak je..
korang kene dengar skrip dia..tak tahan aku

Friday, May 29, 2009

Lan Pet Pet bakal bergelar ayah dalam sehari dua lagi

Share








Sebagaimana dia telah ‘merahsiakan’ berita pernikahannya kepada Rubytah Che Wan, begitu jugalah berita gembira yang dia bakal bergelar ayah dalam masa sehari dua ini. Tak terkejut rakan-rakan wartawan yang lain bila digemparkan dengan pengumuman ini semalam selepas majlis pra-tonton komedi seram ‘Jangan Pandang Belakang Congkak’ semalam yang dibintangi Lan Pet Pet (nama sebenar Mazlan Ahmad), Shaheizy Sam dan Cat Farish.

Jika tidak ditanya, memang tidak akan dibuka mulutnya untuk mengumumkan perkara ini. Malah tidak dirancang pun untuk memperkenalkan bayi itu nanti kepada media. Jelas Lan, dia bersama isteri nekad untuk membesarkan anak mereka dalam keadaan sederhana, jauh dari dunia hiburan yang menjadi punca pencarian rezeki Lan.



“Saya dulu orang susah. Apa yang saya kecapi hari ini adalah atas hasil usaha saya sendiri. Itu yang diajar oleh ibu bapa saya dan itulah yang isteri dan saya ingin terapkan pada anak kami,” jelas Lan yang bila ditanya jantina anak disuruh pula kami meneka. Bila diteka anak lelaki, katanya tekaan kami tepat.

Lebih penting bagi Lan, akan dipastikan anak itu nanti diberikan asas agama yang kukuh.

“Idola saya M. Rajoli. Walaupun dia seorang pelakon nama pegangan agamanya tetap kuat. Itulah yang saya mahukan. Dan jika anda perhatikan di dalam filem ‘Jangan Pandang Belakang Congkak’ saya ada selitkan sedikit unsur-unsur agama, lagu-lagu nasyid. Saya berharap dalam apa-apa projek lakonan saya selepas ini, saya dapat lakukan perkara yang sama.

“Orang mungkin beranggapan seorang pelawak itu terlalu leka dengan lawak sehingga terabainya tuntutan agama. Bagi saya, kita tidak perlu menunjuk-nunjuk yang kita ni baik. Kita berlawak tapi makan dalam, jangan lalai. Lihatlah pada remaja sekarang ini. Sebab itu, saya nak anak saya ada asas agama yang kukuh, tahu merendah diri, menghormati orang.”

Ditanya perasaannya bakal bergelar bapa, Lan yang berkahwin dengan Rubytah pada 20 Ogos tahun lalu, memberitahu dia amat bahagia.





“Saya kerja untuk anak-anak. Zaman saya sudah habis. Tak sabar sebenarnya nak menimang anak sampai berpeluh-peluh saya,” luahnya ceria yang berhasrat mempunyai tujuh orang anak kerana kebetulan dia dan isteri ada tujuh orang adik-beradik termasuk diri mereka.

“Itupun kalau boleh lah tapi kesian juga melihat isteri saya. Lagipun umur saya dah lanjut,” katanya yang sudahpun berusia 40 tahun.

Akil Hayy-Dia masih Isteri Saya

Share








Bagi mereka yang tertunggu-tunggu kenyataan dari Akhil Hayy berkenaan kemelut yang melanda rumahtangganya, akhirnya, berjaya juga wartawan menjejaki Akhil Hayy yang tampil di siaran langsung episod akhir ‘Kalam Suci’ malam tadi.

Menurut Akhil, Maizawati Zainal masih isterinya tetapi adakah status itu akan kekal di kemudian hari, keputusannya akan dibuat pada 2 Jun nanti.

Tambahnya lagi, dia kecewa dengan keputusan isteri untuk tampil di depan media untuk menceritakan masalah rumah tangga.

“Sepatutnya, apa saja yang berlaku dalam rumah tangga kami dalam tempoh tiga bulan, sama ada saya balik atau tidak, dia seharusnya merujuk perkara itu kepada pejabat kadi, bukannya media.”

Tentang tindakannya untuk mendiamkan diri sejak kes ini meletup di dada akhbar, Akhil menjelaskan dia tidak ingin mengeruhkan lagi keadaan, lebih-lebih lagi kerana ia membabitkan ramai pihak.

“Sekiranya saya bercakap ia mengaibkan isteri, anak, keluarga saya dan serta Waheeda sendiri. Saya juga mempunyai alasan kenapa tidak bertemu isteri dan tidak tampil membuat kenyataan. Disebabkan dia sudah membuat pendedahan kepada media terlebih dulu, jadi tempat yang saya rasa paling sesuai untuk membicarakan hal ini adalah di mahkamah saja,” katanya yang juga menafikan dakwaan isteri yang dia tidak berhubung dengan keluarga sejak beberapa bulan lalu

Wednesday, May 27, 2009

Waheeda; minta Isteri Akil Hayy ceritakan hal Sebenar

Share







KUALA LUMPUR: “Kita jaga aib orang lain, Allah akan jaga aib kita, jadi biarkan...,” kata Waheeda yang enggan menjawab luahan terbaru Maizawati Zainal yang mendakwa penyanyi itu menjadi punca keretakan rumah tangganya dengan Akhil Hayy menerusi rancangan Wanita Hari Ini (WHI) di TV3, semalam.

Waheeda atau nama sebenar, Norwahidah Abdul Wahab, 31, berkata dia tidak bimbang dengan persepsi negatif umum yang menyalahkan dirinya selepas Maizawati, 33, membuat pendedahan kali pertama dalam Metro Ahad dan rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9, Ahad lalu.

“Biarkan...” jawabnya ringkas ketika dihubungi menerusi SMS. Bagaimanapun, dia tetap menjawab beberapa soalan lain yang diajukan.

Malah, Waheeda turut berasa pelik apabila Maizawati mendakwa tidak mengenalinya secara peribadi, sekali gus bertentangan dengan kenyataan penyanyi itu terdahulu yang mengakui mengenali isteri Akhil itu.










“Pelik kan, kenapa sekarang dia kata begitu?” katanya.


Berikut beberapa jawapan Waheeda melalui SMS:

Soalan (S): Anda tahu di mana ustaz (Akhil) sekarang?

Waheeda (W): Tak.

S: Bagaimana dengan keadaan keluarga anda selepas pendedahan media yang dibuat isteri ustaz?

W: Okey je....

S: Selepas isteri ustaz membuat kenyataan media, adakah anda sedar ia mengundang pelbagai persepsi negatif?

W: Tahu...Biarkan.

S: Sebelum ini, Maizawati ada mengatakan bersedia dimadukan. Adakah anda sedia berkahwin dengan ustaz.

W: Jangan tanya saya. Tanya dia (Maizawati) soalan itu. Saya beritahu awak, kita semua kenal siapa dia.

S: Adakah anda akan terus mendiamkan diri atau tampil membuat kenyataan bagi membela diri?

W: Awak rasa ada apa-apa yang patut didedahkan ke?

S: Isteri ustaz sudah membuat kenyataan. Tidakkah anda mahu tampil memberikan cerita sebenar di sebalik kontroversi ini?

W: Mintalah pada dia cerita sebenar tu.

S: Tapi itu di sebelah isteri, bagaimana dengan anda?

W: Kalau macam tu apa lagi cerita sebenar yang awak nak? Dah ada kan?

S: Berdasarkan kenyataan Maizawati, anda didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga mereka?

W: Cerita sebelah pihak sudah cukup. Cerita dia. Dia yang mulakan jadi biar dia laluinya kerana kami tidak tahu cerita ini. Kami tahu cerita lain.

S: Selepas kontroversi ini tercetus, ada ustaz menghubungi anda?

W: Hanya untuk pastikan semua tenang.

S: Bagaimana anda menghadapi perkara ini?

W: Manusia merancang, Allah merancang. Perancangan Allah lebih baik. Tenang-tenangkan diri.

Waheeda dan Maizawati (Isteri Akil Hayy) Sepesen?

Share








Awat yang Sepesen(se-fashion bak kata omputih campur melayu) je gambar nie..huhuhuh...

waheeda lagi cantik..tentulah dia masih muda..

tp maizawati nie dah ber anak 6 still maintain...

tue pun si ustaz masih mencari ke?

haih...

hati dan perasaan kekadang susah diduga...

pun begitu,lelaki yang mampu dari segi harta dan Ilmu agama seperti ustaz memang layak berkahwin 2...takda salahnya..tapi kenapa awal2 nak menidakkan dan menafikan ,tetapi masih selalu berdua kemana2 pun sering ada ustaz akil dan waheeda..tentulah menimbulkan fitnah,buruk sangka dan kontroversi...

mungkin ustaz tersalah penilaian dan mengambil langkah salah lalu menjerat diri sendiri...

cuma...ye la,hal dalam rumahtangga harus diselesaikan tanpa melibatkan org luar bukan..


Kes maizawati mendedahkan perkara sebenar mengenai suaminya yang berstatus ustaz,pada pendapatku adalah tak elok...menjatuhkan air muka seorang suami..bukankah wanita muslimah sebagai isteri wajib menjaga maruah dan air muka suami dikhalayak ramai?


Pun begitu,wanita sekarang lebih maju...dah tak mcm dulu..memang patut pun kekadang agar tidak ditindas kaum lelaki yg hanya tahu memimpin tapi tak ambil tahu pula keadaan org yg dipimpinnya..


Waheeda pulak,memang sengaja mencari kontroversi...dah tahu laki org,pastu mati2 menafikan..habis tue kenapa masih nak berdating2 ngan ustaz akil?diwaktu malam je dah byk kali...wayang la,makan ikan bakar lah...

then,buat byk benda yg menimbulkan panass...cthnye berlakon sbagi isteri akil...kenapa dia tak terfikir ke tentang anak2 akil dan keluarga mereka?


adakah mereka mementingkan diri sendiri?kalau betul waheeda memang takde hati ngan akil,dan hanya akil nak memperisterikan waheeda..why she always with akil...come on..


ok..ok..kalau betul mereka bercinta dan nak berkahwin..tak salah rasanya,kalau mereka stay low profile...buat cara org tak mengata la..sblm kahwin jgnla dating2 bagai nak rak...amik gambar berdua sana sini...dengan status ustaz..please keep your love affair low profile kan..tambah bila dah beristeri...org tak berapa gemar..

tunjuk sama la kat public,isterinya dan waheeda...baru adil..nie asik2 waheeda saja..tak adil la camnie..


aha..pening kepala..apa2 pun,layan je la drama 3 segi ini..

Maizawati , Isteri Akil Hayy dalam MHI tak mahu lagi bersemuka dengan Waheeda

Share










PETALING JAYA: Selang dua hari selepas muncul dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9, Maizawati Zainal, 33, isteri kepada penceramah bebas, penyanyi dan pengacara Ustaz Akhil Hayy tampil semula dalam rancangan Wanita Hari Ini (WHI) yang di TV3, hari ini.

Buat kali kedua, dia dijemput untuk menjadi tetamu bagi topik ‘Ditinggalkan Suami’ bersama pakar motivasi Ustaz Zawawi Yusof yang dihoskan oleh aktres Norish Karman atau NK dan Irin Putri Azmi.

Dalam program ini, Maizawati atau selesa dipanggil Maiza menjawab segala persoalan mengenai hubungannya dengan suami yang dikatakan telah goyah sehingga mengambil jalan untuk bercerai sambil diselang-selikan dengan pendapat daripada Ustaz Zawawi.

Dia mengambil langkah untuk tampil menerusi media elektronik setelah bermuzakarah dengan rakan-rakannya kerana mahu bercerita secara langsung kepada masyarakat lebih-lebih lagi suaminya dikenali ramai.

Tambahnya, dia berharap dengan pendedahan itu tidak akan menimbulkan perkara yang kurang enak di kemudian hari.

Tidak berniat memburukkan sesiapa

Bagaimanapun, disebalik pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh Maiza, dia akui tidak berniat untuk memburukkan sesiapa.

"Bagi saya, bukan hendak membuka aib sesiapa tetapi saya hendak pertahankan diri saya sebagai isteri di mana saya telah memfailkan kes ini di mahkamah dan menjawab persoalan masyarakat yang ingin tahu tentang sebab saya menuntut cerai.

"Jadi, saya hanya menerangkan bagi pihak saya dan saya tiada niat langsung untuk memburukkan mereka.

"Saya harap mereka faham bahawasanya apa keputusan yang saya buat ini, mereka harus terima dengan hati yang terbuka dan tiada niat langsung untuk membuatkan perkara ini lebih bermasalah," jawab Maiza sejurus selepas ditemubual dalam program itu.

Sudah terlambat jika Waheeda hendak bersemuka

Jika Waheeda dalam akhbar hari ini mengeluarkan kenyataan untuk mendedahkan perkara sebenar dan kecewa dengan apa yang diceritakan oleh Maiza kerana telah memburukkan dirinya.

Maiza menjawab, "Bagi saya, berani kerana benar dan takut kerana salah."

Diikutkan, masalah yang dihadapi oleh Maiza dan Akhil Hayy berlaku akibat orang ketiga. Kemungkinan jika ada berjumpa dengan Waheeda mungkin masalah ini dapat diselesaikan dan tidak menuding jari antara satu sama lain.

Namun begitu, Maiza yang mengakui tidak pernah berjumpa dengan Waheeda berkata dia tidak perlu bersemuka dengan wanita itu.

"Sepatutnya benda ni, dia (Waheeda) yang perlu berjumpa dengan saya dan hal ini harus ada kompromi. Saya dah tak nak cakap banyak lagi.

Yang pasti, saya tak nak besarkan lagi hal ini kerana keputusan sudah dibuat dan ia akan dibincangkan di mahkamah kelak," tegasnya.


Maizawati enggan menghubungi suaminya buat masa ini sehingga mendengar perbicaraan di mahkamah pada 2 Jun ini.

Diaju samada dia mempunyai keinginan atau tidak untuk berjumpa dengan Waheeda, Maiza menjawab, "Sepatutnya perkara ini tak perlu diperbesarkan. Kenapa kita nak ungkitkan perkara yang sudah berlaku. Perkara ini patut diungkit sebelum hal ini berlaku dan meletup.

"Hakikatnya sekarang, tiada guna dan faedahnya kalau dia nak buka pekung yang lama-lama pun kerana keputusan sudah dibuat dan saya pun telah memfailkan perkara ini di mahkamah. Jadi, tiada soal siapa yang nak jumpa siapa.

"Jika dia mempersoalkan siapa yang perlu jumpa siapa, seolah-olah dia hendak memperbesarkan hal ini sedangkan saya sudah cuba untuk membuat satu titik noktah supaya perkara ini tidak perlu berpanjangan dan berlarutan.

"Saya hanya hendak meleraikan apa yang telah berlaku," jelasnya.

Waheeda pernah tersilap menghubunginya

Pada mulanya, Maiza berkata dia tidak mempunyai nombor Waheeda dan tidak pernah menghubungi wanita itu, namun selang selepas lama berbual dengannya, Maiza baru teringat yang Waheeda pernah tersilap mendail nombor telefonnya dan terus tercetusnya perbualan antara mereka.

Dalam perbualan yang berlangsung sekitar tahun 2007 itu, Maiza berkata dia telah bertanya dengan Waheeda tentang sejauh mana gosip yang mengatakan wanita itu mempunyai hubungan dengan suaminya.

“Waktu itu, Waheeda mengaku yang dia tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan suami saya,” cerita Maiza.

Masalah rumahtangga akibat orang ketiga?

Berdasarkan apa yang dijawab oleh Maiza, dia memberi gambaran bahawa masalah rumahtangganya berpunca daripada orang ketiga dan menafikan disebabkan masalah dalaman.

“Saya rasa kalau hubungan rumahtangga kami bermasalah, sudah lama saya ditinggalkan dan bukannya hari ini kerana saya tahu siapa suami saya.

“Bagi saya dia merupakan seorang suami yang sangat baik dan dia tidak mempunyai apa-apa masalah.

“Bagi hubungan kami, adatlah hubungan suami dan isteri. Perkara kecil takkan nak diperbesarkan tetapi saya rasa dia bukannya orang yang macam tu. Hubungan kami tiada apa-apa masalah.

“Dia masih memberi nafkah kepada saya dan anak-anak kerana kami tidak mempunyai apa-apa masalah.

“Saya lihat dia mula berubah apabila timbulnya gosip-gosip di media seperti gosip mereka selalu keluar bersama,” ujar Maiza.

Berusaha selamatkan rumahtangga

Menurut Maiza, bukannya dia tidak pernah berusaha untuk menyelamatkan rumahtangganya dengan Akhil namun akhirnya menemui jalan buntu yang tiada penghujungnya.

“Saya dah cuba berusaha dan tidak tahu di mana salahnya dalam hubungan ini.

“Saya cuba untuk berbincang demi mencari kata putus sama ada kami boleh bersama lagi atau tidak dan dia perlukan orang ketiga," beritahunya.

Dua tahun tahan sabar

Selepas suaminya sudah tidak pulang ke rumah sejak kali terakhir meminta izin untuk berkahwin lain pada Februari lalu, Maiza memfailkan tuntutan cerai pada awal bulan lalu di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh dan kes ini akan dibicarakan pada 2 Jun ini, pukul 9 pagi.

Jelas Maiza, keputusan untuk memfailkan penceraian memang dibuat olehnya tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Akhil minta izin kahwin kali kedua

Mengimbas kembali tentang saat Akhil meminta izin untuk bernikah buat kali kedua, Maiza berkata pada mulanya dia tidak bersetuju dengan permintaan itu tetapi dengan sekelip mata dia berubah jawapan dan terus memberikan persetujuan pada hari itu juga.

“Saya terpaksa bersetuju apabila memikirkan jika itu adalah yang terbaik buatnya,” kata Maiza.

Tambahnya, dia nekad untuk membuat keputusan itu seolah-olah sudah tidak tahan sabar lagi setelah dua tahun memberi ruang kepada suaminya dan mengambil inisiatif samada gosip yang didengarinya sebelum ini adalah benar ataupun tidak.

Disoal samada suaminya mengetahui dan bersetuju dengan permohonan cerai ini, Maiza berkata:

“Saya rasa dia pasti tahu tentang permohonan cerai ini dalam bulan ini kerana pihak mahkamah ada menghantar surat. Tetapi samada dia bersetuju atau tidak, saya tiada komen.”

Enggan hubungi Akhil

Sehingga kini, Maiza berkata dia tidak menunjukkan apa-apa inisiatif untuk menghubungi suaminya itu.

“Bagi saya, selepas saya sudah nekad membuat keputusan untuk ke mahkamah, jadi saya tak perlu hubungi dia lagi,” ulasnya yang pernah menghantar Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) buat kali terakhir selepas mereka berunding pada Februari lalu.

Jelasnya, “Memang saya terpaksa membuat perbincangan menerusi SMS disebabkan mungkin Ustaz (Akhil) sedang sibuk untuk berbincang tentang apakah masalah yang mereka hadapi setelah saya memberi keizinan itu (untuk berkahwin).”

Psst:Hmm...Maiza kata dia tak pernah berjumpa waheeda..tp,waheeda plak kata dulu kenal dengan isteri akil dan pernah berkunjung jumpa isterinya pada hari Raya...adakah Waheeda penipu?
Sila baca di artikel sebelumnya tentang kenyataan Waheeda dahulu
Klik sini baca kenyataan waheeda

Kes Cerai Zakiah Anas-Suami Zakiah Muflis tahun 2003

Share








SHAH ALAM - Peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili suami kepada personaliti TV3, Zakiah Anas terkejut apabila dimaklumkan anak guamnya seorang bankrap pada prosiding kes perceraian pasangan itu di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.

Status Mohamed Yusof Mohamed Taib, 47, itu dimaklumkan peguam syarie, Rubiah Jaffar yang mewakili Zakiah, 43, di hadapan Hakim Syarie Kamarulzaman Ali.

Fakhrul memberitahu, beliau terkejut kerana baru mengetahui status itu dan akan mendapatkan kepastian sama ada anak guamnya masih bankrap atau tidak.

"Mengikut peguam plaintif, rekod semakan terakhir mengenai kebankrapan adalah pada 15 April lalu dan saya terpaksa rujuk dengan anak guam saya sekiranya ada apa-apa tindakan telah dibuat tentang perkara itu.

"Jadi saya mohon mahkamah tetapkan tarikh sebutan lain untuk menyelesaikan perkara ini," katanya ketika prosiding semalam.

Terdahulu, Rubiah berkata, pihaknya dimaklumkan defendan adalah seorang yang telah diisytiharkan bankrap sejak 5 Mac 2003 dan kekal dengan status itu sehingga tarikh carian rasmi terkini Jabatan Insolvensi pada 15 April lepas.

"Mengikut Seksyen 38 Akta Kebankrapan 1967 orang yang bankrap perlu dapatkan kebenaran daripada pegawai pemegang harta iaitu Pengarah Insolvensi sebelum boleh dia disaman dan menyaman," ujarnya.

Rubiah juga memohon mahkamah menetapkan tarikh sebutan lain bagi mengetahui akta tersebut terpakai atau tidak dalam perjalanan kes berkenaan.

Sosilawati dan Nash berpelukan menangis sebelum Lafaz cerai secara Rasmi

Share








KUALA LUMPUR - Babak bersalam-salaman dan berpelukan di dalam mahkamah beberapa detik sebelum bercerai, bukan 'adegan lakonan' yang sengaja dibuat-buat.

Sebaliknya itu adalah aksi spontan penyanyi Nash dan bekas isterinya, Sosilawati Lawiya yang larut dalam kesedihan, beberapa detik sebelum mereka secara rasmi bercerai.

Menurut Sosilawati, dia sendiri membuat permohonan kepada pihak mahkamah supaya diberi peluang untuk memohon maaf terhadap Nash sebelum penyanyi itu menjatuhkan talak terhadapnya secara rasmi semalam.

"Sebagai isteri, saya tahu ada dosa-dosa yang telah saya lakukan terhadap dia sebagai suami sebab itu saya sendiri memohon kepada pihak mahkamah untuk membuat permohonan maaf kepada Nash," katanya.

Tanpa disangka adegan bersalam kemudian menyaksikan pasangan itu saling berpelukan erat dan Sosilawati sendiri menangis teresak-esak, tidak mampu menahan sedih.

"Walaupun perkahwinan kami hanya dalam tempoh 10 bulan, singkat sangat, saya merasakan ada rasa kasih sayang wujud, terutama dalam diri anak-anak saya terhadap Nash.

"Saya harap sangat supaya Nash akan terus menganggap anak-anak saya sebagai anak dia sendiri," katanya yang ketika bercakap dengan Kosmo! masih dalam nada sebak dan tersekat-sekat.

Ketika ditanya mengapa dia perlu bersedih, sedangkan dia sendiri mahukan perpisahan itu, wanita itu berkata, dia tidak menyangka perkahwinan keduanya akan berakhir sesingkat itu.

Jerawat-Jangan ambil mudah-Kenali penyakit

Share







DAHI
> Haba bad an melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan
> bad an, mungkin terlampau letih.Stress Kumpulan ini biasanya
> panas baran Nasihat : P upuk tabiat tidur awal, bangun awal.
> Dapatkan tidur yg cukup dan minum air banyak
>
>
>
>
>
>
> HIDUNG
> Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita
> mungkin bermasalah Di hujung hidung mungkin kerana haba
> perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal Di salah
> satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dgn ovari atau
> sistem reproduksi

Baca lagi tentang Jerawat

Monday, May 25, 2009

Ustaz Akil Hayy dan Waheeda ada Hubungan-Menurut kata Isteri Akil Hayy

Share







Sumber dari Harian Metro

KUALA LUMPUR: “Ustaz (Akhil Hayy) pernah buat pengakuan mengenai hubungannya dengan penyanyi wanita itu dan meminta izin untuk berkahwin dengannya.“Saya izinkan mereka berkahwin dan sedia menerimanya sebagai madu, namun kini saya tak tahu sama ada mereka sudah berkahwin atau belum,” kata isteri Akhil Hayy, Maizawati Zainal, 33, mengulas isu hubungan suaminya dengan penyanyi Norwahidah Abdul Wahab, 31, atau Waheeda yang sedang hangat diperkatakan.Menurut Maizawati, secara peribadi dia tidak mengenali Waheeda, tetapi mengetahui gosip hubungan suaminya dengan penyanyi itu melalui media.Menurutnya, dia tekadkan hati untuk tidak mempercayai apa yang dipaparkan di media kerana diajar untuk tidak mengambil tahu perkara seumpama itu serta meletakkan sepenuh kepercayaan kepada suami.“Kesabaran saya sudah sampai ke penghujung apabila ustaz tidak pulang ke rumah dan anak pula terpaksa bertukar sekolah kerana menjadi mangsa perli rakan mengatakan mereka mempunyai ibu tiri,” katanya yang mempunyai enam anak hasil perkahwinan dengan Akhil Hayy.Hati Maizawati terguris apabila Akhil tidak memaklumkan di mana dia tinggal, malah tidak memberitahu apa yang dilakukan menyebabkannya tertanya-tanyakan haknya sebagai isteri.Menurutnya, kali terakhir suaminya pulang ke rumah Februari lalu dan selepas itu, dia hanya mengetahui perkembangannya melalui media.“Saya tetapkan dalam hati bahawa ustaz keluar bekerja mencari rezeki untuk kami sekeluarga dan tidak pernah menyimpan prasangka buruk terhadapnya,” katanya ketika ditemui selepas menjadi tetamu dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9, semalam.Dia berkata, walaupun ada pihak terkejut dengan keputusannya mengizinkan Akhil berkahwin lagi, namun dia menganggap itu cara terbaik untuk menjaga nama baik suaminya.Sebagai isteri, dia tidak mahu nama suami tercemar disebabkan cerita kurang enak yang menjadi buah mulut orang.“Kerana itu saya mengizinkannya berkahwin dengan penyanyi wanita berkenaan. Saya rasa tidak salah membenarkan suami saya berkahwin lagi kerana dia mampu serta boleh berlaku adil.“Tambahan pula, ia langkah terbaik untuk menyelamatkan mereka daripada melakukan perkara tidak elok.“Bagaimanapun, sehingga kini, saya tak tahu apa yang terjadi kerana tidak dimaklumkan apa-apa. Mungkin pihak di sana (Waheeda) tidak sudi menerima saya sebagai madu, jadi biarlah saya mengundur diri dan mendoakan yang terbaik untuk mereka,” katanya.Yang membuatkannya hairan adalah sikap Waheeda bermati-matian menafikan hubungannya dengan Akhil hingga pernah membuat kenyataan media untuk menepis gosip itu.Apapun Maizawati mengetahui apa yang berlaku dan dengan hati terbuka membenarkan suaminya mengambil Waheeda sebagai isteri.“Tapi, saya hairan kenapa dia (Waheeda) seolah-olah enggan menerima saya sedangkan saya sudah mengizinkan dia hadir dalam keluarga kami, malah tampil membuat kenyataan dia dan suami saya tidak mempunyai hubungan,” katanya.Menurut Maizawati, dia mengambil keputusan memohon perceraian untuk membina kehidupan baru.“Saya sering mengingatkan anak supaya jangan ambil peduli apa orang kata. Yang penting, saya terima hakikat bahawa jodoh kami sampai sini saja dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk ustaz dan wanita itu,” katanya.Harian Metro cuba mendapatkan reaksi Akhil, namun dia gagal dihubungi.Waheeda pula enggan mengulas apabila dihubungi satu laman berita online.

Lisa ingin kendalikan firma guaman bapa

Share








SABAN hari, nama aktres muda ini semakin menyinari persada seni. Rezekinya di dalam bidang ini nampaknya semakin mencurah-curah, apatah lagi sebaik dilantik sebagai pelakon Wajah Eksklusif Astro Megadrama tidak lama dulu.

Pakej lengkap yang ada pada Lisa Surihani iaitu cantik dan berbakat besar sememangnya menjadi kelebihan buat aktres, model dan pengacara berusia 23 tahun ini yang cukup 'laku' di kalangan produser drama dan filem ketika ini.

Apa yang diraih olehnya setakat ini memang merupakan pencapaian yang amat dihargainya. Namun, tutur Pelakon Wanita Harapan Festival Filem Malaysia ke-21 (FFM21) ini, dalam masa sama mengembangkan karier seninya, dia masih menyimpan hasrat untuk meneruskan impiannya bergelar seorang peguam.

Kata Lisa, sejak arwah bapanya meninggal dunia tahun lalu, dia sudah terfikir untuk cuba meneruskan cita-citanya itu agar dapat mengendalikan firma guaman milik bapanya yang kini diuruskan oleh seorang rakan kongsi.

"Dengan ijazah undang-undang yang saya ada sekarang ini, saya masih belum mampu menjadi seorang pengamal undang-undang. Saya hanya boleh melakukan serba-sedikit saja tugas yang membabitkan perundangan.

"Masih banyak peringkat dan ujian yang perlu saya duduki untuk bergelar seorang peguam yang bertauliah. Dan sepatutnya, saya perlu menduduki peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP) dalam tahun ini, tetapi dengan jadual seni yang padat, saya terpaksa tangguhkan dulu.

"Untuk buat CLP, ia memerlukan komitmen yang tinggi. Jadi, saya rasa, biarlah saya tangguhkan seketika dan bila sampai masanya, saya tetap akan teruskan apa yang tergendala kerana impian saya ini tidak pernah padam," kata pemegang ijazah undang-undang dari Universiti Aberystwyth, Wales, United Kingdom ini.

Lantaran itu, buat masa ini, kata Lisa, selagi diberi peluang dan mendapat kepercayaan banyak pihak, dia akan terus merangkul tawaran lakonan yang diberikan walaupun dia akui tidak menyangka dirinya diterima baik di dalam bidang ini.

Malah, diam tak diam, Lisa sudah pun membintangi enam buah filem setakat ini dan akan menjayakan filem ketujuhnya, Lagenda Budak Setan, tidak lama lagi.




"Inilah dinamakan rezeki. Saya pun tidak menyangka peluang saya di dalam bidang ini menunjukkan tanda-tanda yang cukup positif," ujar Lisa yang baru selesai menjalani penggambaran drama bersiri Tiga Janda baru-baru ini.

Bercerita lanjut tentang filem Lagenda Budak Setan yang diadaptasi daripada novel karya Ahadiat Akashah itu, kata Lisa, sekali lagi dia akan bergandingan dengan aktor Farid Kamil dan beberapa pelakon lain lagi.

"Ini adalah kali keempat saya digandingkan dengan Farid di dalam filem mahupun drama. Mungkin ramai yang akan bertanya, mengapa saya asyik bergandingan dengannya, tapi itu di luar bidang kuasa saya.

"Apa yang penting, saya ambil tugas itu sebagai satu tanggungjawab. Tetapi setakat ini, saya akui senang bekerja dengan Farid," kata Lisa yang juga tidak terlepas digosipkan dengan aktor itu.

Ujarnya lanjut, peluang dapat terus bekerjasama dengan Farid amat dihargainya apatah lagi pelakon itu tidak lokek berkongsi ilmu tentang lakonan.

"Dia banyak membantu dan sebab itu saya seronok bekerja dengannya. Tapi adakalanya, memang segan juga sebab dia jauh lebih berpengalaman daripada saya.

"Namun, dengan kerjasama yang baik dan dia juga tidak sukar untuk dibawa berbincang telah memudahkan sedikit kerja masing-masing," kata Lisa sambil mengukir senyuman


P/S:Sensasi sangat bangat suka baca Novel Lagenda budak Setan..Memang best siottt..
Kalau dah baca first page tak boleh nak elak baca second page dan seterusnya..so kene tonton la filem nie tgk adakah best mcm novelnye tue...Layanz

Waheeda Enggan komen isu-Penyebab Kes Penceraian Akil Hayy dan Isterinya

Share







PETALING JAYA: "Saya tidak mahu komen apa-apa," luah penyanyi popular Waheeda, semalam, berikutan kenyataan isteri penyanyi nasyid dan penceramah bebas, Ustaz Akhil Hayy, Maizawati Zainal yang membuat pengakuan bahawa dia dan suaminya memang akan berpisah seperti mana khabar angin yang sedang bertiup kencang ketika ini.

Sejak kebelakangan ini, kisah Akhil dan isterinya itu yang dikatakan akan bercerai cukup hangat diperkatakan di internet. Dan Waheeda telah dikaitkan menjadi salah satu sebab utama keretakan rumahtangga pasangan suami isteri itu.

Menurut kenyataan Maizawati di dalam sebuah akhbar semalam, dia merasakan perpisahan itu adalah langkah terbaik untuk menyelesaikan kekusutan yang berlaku dan kes berkaitan perceraiannya dengan Akhil akan dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh pada 2 Jun depan.

Maizawati juga akui, dia sentiasa berfikiran positif apabila berdepan dengan kontroversi yang melanda suaminya dan Waheeda.

Malah, dia percaya bahawa Akhil dan Waheeda tidak berkahwin, seperti mana yang digembar-gemburkan.

Namun begitu, Waheeda yang dihubungi hari ini enggan mengeluarkan sebarang komen.

Hampir dua tahun kisah 'panas' antara Waheeda dan Akhil begitu hebat menjadi bualan ramai. Dalam tempoh itu, banyak juga kenyataan yang dikeluarkan oleh Waheeda dan Akhil sendiri berikutan isu mereka dikatakan telah berkahwin dan Waheeda menjadi isteri kedua Akhil.

Puas mereka menafikan dan menegaskan mereka hanya berkawan baik, namun isu tersebut masih belum reda apatah lagi bila kedua-duanya muncul membawakan watak sebagai suami isteri di dalam program Cafe Akhil Hayy musim kedua yang sedang ditayangkan di Astro Oasis.

Cerita 'hubungan' mereka ini terus berlarutan apabila kecoh pula isu gambar 'mesra' Waheeda dan Akhil di sebuah pantai bersama dua kenalan mereka, termasuklah pelakon baru, Ramona dan seorang lelaki, yang telah tersebar luas di internet.

Aksi 'gembira' Waheeda dan Akhil dalam gambar-gambar tersebut telah membuatkan ramai beranggapan bahawa mereka sebenarnya memang mempunyai hubungan 'istimewa', tetapi masih ingin terus berahsia.

Waheeda, ketika dihubungi mStar Online ketika itu mengakui gambar tersebut dirakamkan beberapa bulan lalu ketika dia, Akhil dan beberapa rakan pergi ke Port Dickson untuk menikmati juadah ikan bakar di sebuah restoran di sana.

Namun, ujar penyanyi itu, dia tidak dapat menghalang jika masih ada pihak yang ingin meletakkan persepsi negatif terhadap gambar-gambar tersebut.

Sunday, May 24, 2009

Malaysia boleh...Macam2 ada!

Share







Malaysia ni sebuah negara yang berbilang kaum jadi tidak mustahil la macam-macam ragam yang dapat kita lihat. Sebab tu lah datangnya tagline “Malaysia Boleh” walaupun tak boleh. Merempit tak boleh tapi di sebabkan “Malaysia Boleh” jadi merempit telah dibolehkan. Ha Haa.. Jadi kat bawah ni ada beberapa gambar ragam rakyat Malaysia. Papahal korang layan dulu..















Puisi Suami Untuk Isteri Untuk Kahwin Lain

Share







Puisi Suami Untuk Isteri Untuk Kahwin Lain

Isteriku,
jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.

Lalu……
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet
lain…

Balasan Puisi Suami daripada Isteri
Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang
telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu
dan….

akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu…

AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti…
Cuba lihat siapa dirimu…
MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan

cuma mancis saja!!!!!

please lah….!!!

Tip elakkan rasa Kecewa putus Cinta

Share








1. Dalam keadaan yan g amat kecewa itu. Kuatkan semangat anda. Pergi ketempat yan g ada ramai orang. Bagi setiap orang yang ada temui, tanyakan mereka. “Sudahkah anda menjelaskan cukai pendapatan anda?”

2. Beli makanan banyak-banyak (sebaiknya makanan basah yang tidak tahanlama) jangan letakkan dalam fridge. Dari sehari ke sehari, perhatikanperubahan yang terdapat pada makanan tersebut. Rekod dalam buku notaanda sebarang perubahan yang berlaku seperti pergerakan ulat, kulat,spora dan sebagainya.

3. Jika kita rindukan detik-detikwaktu bergayut di telefon, dan kita terasa begitu sukar untuk melupakantabiat lama kita itu. Cepat-cepat angkat telefon, dail sebarang nombor103 Telekom Malaysia. Petugas-petugas Telekom Malaysia bersedia melayansebarang pertanyaan anda. Sekiranya anda dimarahi. Bagitahu mereka yanganda baru dikecewakan dan memerlukan seseorang untuk anda luahkanperasaan anda.

4. Sekiranya anda terasa terlalu rindusehingga tidak dapat melelapkan mata. Bangun !!!! Berdiri dan buatsenaman ringan sebanyak 8 kali setiap sesi. Kemudian pergi ke dapur,alih semua almari dan peralatan yang hampir dengan dinding. Perhatikansebarang pergerakkan lipas dan semut. Ekori mereka. Mereka mungkin,perompak yang di kehendaki oleh polis. Anda telah membantu menangkappenjenayah !!!

5. Anda rindu mendapat email dari si dia?Bukak account email baru yang dekat-dekat namanya macam email kekasihanda, dan compose email berbentuk cinta dan rindu. Hantarkan kepadaemail anda yang selalu anda gunakan untuk berhubung dengan dia.Taraaaaa!!! Checklah email anda yang asal itu. Anda pasti gembiramendapat email yang seolah-olah dari dia.

6. Marah padadia? Itu adalah normal! Ambik bantal peluk anda. Pakaikan bantal pelukanda seperti anda ingin kekasih anda bergaya. Letakkan di hujung katil.Apabila anda telah bersedia, hamburkan segala yang terbuku di hatianda. Luahkan segala-galanya. Tapi awas, jangan sampai ada berlakupenderaan pada bantal kekabu anda. Sebarang luka-luka dan lebam tidakdi benarkan. Selepas anda rasa puas memarahi bantal tersebut. Bukakanpakaian dia, dan check sama ada berlaku sebarang pendarahan ataupuntekanan emosi pada bantal tersebut. Sekiranya tidak ada, peluk lahbantal tersebut dan tidur seperti biasa. Ulangi langkah tersebutsekiranya anda tidak berpuas hati dengan mainan dalaman anda.

7. Bukak tv dan tontonilah cerita cerita aksi. Bayangkan kekasih andaitu adalah orang jahat dan anda hero dalam filem tersebut. Setiap kaliada adegan tembak-menembak, pastikan anda melakukan aksi yang sama didepan tv. Semestinya anda akan berasa satu kepuasan apabila ceritatersebut tamat dan penjahat itu mati di tangan anda.

8.Jangan dengar lagu-lagu yang boleh mengingatkan anda kepada si dia.Anda masih di benarkan mendekati radio, tetapi putarkan lagu-lagu yanganda benci seperti keroncong, lagu-lagu melayu deli dan juga iramaasli. Bayangkan anda sedang menyanyikan lagu tersebut di telinga sidia, dan pastinya si dia akan menyampah apabila mendengarnya. Serikannyanyian anda dengan aksi-aksi dan memek muka yang menjelekkanmenandakan anda begitu marah dengan sikap si dia yang mengecewakananda.

9. Tanam segala harta benda pemberian si dia. Kalauboleh poskan kesemuanya ke alamat rumah nenek anda untuk disimpan disana . Berilah kebenaran untuk nenek anda menggunakan apa yang dia rasaperlu. Contohnya teddy bear, biarkan nenek anda tidur dengan teddy beartersebut. Anda pasti merasa satu melihat nenek anda gembira tidurberteman dan anda akan dapat melupakan si dia dengan pantas.

10. Untuk jalan mudah menenangkan hati dan fikiran anda ketika andadikecewakan oleh pasangan anda? Lakukan semua perkara yang anda lakukandalam keadaan terbalik. Anda berjalan terbalik. Anda menekan pedalminyak kereta dengan kaki kiri. Anda tidur berdiri. Anda menyapu dalamkeadaan terlentang dan sebagainya. Variasikan pergerakkan anda. Ingat,setiap aksi yang anda lakukan memerlukan anda untuk belajar gaya baru.Anda pasti seronok dengan perkara baru yang anda lakukan ini. Dandengan mudah anda akan dapat melupakan si dia dalam sekelip matasahaja.

Lawak Kepala Dongga

Share








Pelayan yang Pengotor

Seorang lelaki pergi ke sebuah restoan dan memesan semangkuk sup.Kemudian seorang pelayan datang membawa sup tersebut dengan jarinya tercelup di dalam sup tersebut, tetapi lelaki tersebut mengabaikan perkara tersebut.

Pelayan tersebut bertanya “Adakah tuan mahu memesan apa-apa lagi?. Kami ada daging panggang yang sangat enak hari ini”
“Macam sedap, baiklah saya mahu memesan daging penaggang tersebut”. Kata lelaki tersebut.
Kemudian pelayan tersebut membawa daging panggang tersebut, tetapi jarinya diletakkan di dalam daging tersebut. Lelaki tersebut menjadi sangat marah tetapi masih lagi dapat mengawal perasaan marahnya.

“Adakah tuan mahu memesan pai epal?” Tanya pelayan tersebut.
“Baiklah” Kata lelaki tersebut. Kemudian pelayan tersebut membawa pai epal tersebut dan kali ini jarinya dicucukkan ke dalam pai epal tersebut. Perasaan marah lelaki itu semakin membuak-buak.

“Adakah tuan mahu kopi?” tanya pelayan tersebut dan lelaki itu hanya menganggukkan kepalanya. Kemudian pelayan tersebut membawa secawan kopi dan jarinya di dalam kopi tersebut. Kali ini lelaki tersebut tidak dapat menahan lagi kemarahannya.

“Apa yang kau buat ni?!! Setiap kali kau bawak makanan, mesti jari kau di dalam makanan tu.!!” Marah lelaki tersebut.

“Maafkan saya tuan, jari saya ni ada penyakit dan doktor menyuruh saya sentiasa meletakkan jari saya ini ke dalam sesuatu yang panas dan lembab.” Jawab pelayan tersebut.

“Habis tu, kenapa tak letak je dalam lubang punggung kau?!!!”. Marah lelaki tersebut.

“Habis tu, mana tuan fikir saya letakkan jari saya tu masa di dapur?” Jawab pelayan tersebut.

“!@&*$^^%@*&%”

Saturday, May 23, 2009

Oh No..Adam Lambert kalah American Idol 8 sebab pengakuan Gay nya..

Share









DIGELAR underdog dan 'kuda hitam' oleh juri American Idol terutama Simon Cowell, namun karakter dan penampilan sederhana milik Kris Allen nyata membawa tuah apabila Amerika Syarikat telah secara rasmi mengesahkan dia sebagai Juara American Idol (AI8) untuk musim kelapan yang baru menutup edisinya, Rabu lalu.

Hos program berkenaan, Ryan Seacrest sendiri melaungkan gelaran yang sama ketika mengumumkan kemenangan Allen, sekali gus seorang lagi finalis AI8, Adam Lambert hanya berpuas hati sebagai naib juara.

"Saya gembira dengan keputusan ini, tapi rasanya Lambert lebih berhak memenanginya.

"Saya tak tahu bagaimana hendak meluahkan perasaan ketika ini, saya minta maaf. Ini tidak masuk akal," luah Allen, 23, penuh terharu sebaik diumumkan juara.

Dalam fikiran Allen mungkin dia tidak mampu mengalahkan Adam Lambert. Bukan sahaja dari segi kelantangan vokal serta penguasaan pentas yang mengagumkan, bahkan Lambert juga disebut-sebut oleh juri sebagai juara menanti sejak dari awal lagi.

Juri juga menggelarkan konsert akhir AI8 sebagai The Adam Lambert Show yang bermaksud malam yang menjadi milik Adam Lambert. Persembahan oleh peserta lain tidak ubah seperti sekadar penyanyi jemputan.

Namun apa yang berlaku pula sebaliknya, peminat yang menyanjungi bakat Adam Lambert sekadar dapat memuja penyanyi yang mengecat kukunya dengan warna hitam itu. Setakat itu sahaja, kerana di tangan Lambert tidak terjulang trofi AI8.

Atau mungkinkah pengundi AI8 lebih memilih Allen atas dasar status dirinya yang heteroseksual berbanding Lambert yang dilaporkan mengakui dirinya gay selepas diminta memberikan komen mengenai foto yang tersebar di Internet yang menunjukkan dia dan seorang lelaki bercium?

Walau apa pun, buat dua pemuda Amerika berbakat besar itu, Simon Cowell memberi nasihat akhirnya sebagai juri.

"Sebenarnya saya jarang berkata begini tetapi untuk kamu berdua, bagi saya kamu berdua sangat bijak dan masa depan sebenarnya ada di tangan kamu," kata Simon mengakhiri komennya sebagai juri pada malam berkenaan.

Sebelum itu Cowell juga pernah berkata kepada Allen: "Apabila nama kamu diumumkan sebagai peserta final, saya mula terfikir, saya tidak pasti adakah warga Amerika telah membuat keputusan yang tepat."


Benar Lambert dan Allen saling bersaing untuk merebut gelaran juara, bagaimanapun sebelum siapa juara A18 diputuskan, Lambert dan Allen berkongsi semangat setiakawan yang telah terjalin sepanjang berada dalam pertandingan menerusi satu persembahan bersama.

Mereka berduet menyanyikan sebuah lagu kebangsaan rock We Are the Champions diiringi oleh kumpulan Queen, pemilik asal lagu berkenaan.

"Adam Lambert memang bukan pemenang, yang menang adalah Kris Allen tapi tiada sesiapa yang kalah pada pertandingan ini. Mereka berdua sebenarnya adalah juara," komen Paul Stanley, ahli kumpulan Kiss kepada para media.

Komen-komen daripada Cowell dan Stanley sebenarnya bukan sekadar pujian biasa. Sejarah peserta AI yang terdahulu membuktikan bahawa peserta yang tidak berjaya menyandang gelaran juara bukan peserta yang kalah manakala menjadi juara tidak bermakna akan bergelar superstar.

Sebagai contoh, Chris Daughtry dan Jennifer Hudson hanya berjaya sampai ke minggu keempat dan ketujuh sepanjang bergelar peserta AI walau bagaimanapun mereka tetap sukses bergelar bintang

Begitu juga dengan juara Idol yang lain, ada yang menyerlah sehingga menjadi bintang terkemuka seperti Carrie Underwood malah ada juga yang terpinggir dari arus komersial seperti seperti Taylor Hicks.

Persembahan Rabu lalu juga seperti dibayangi malam final AI tahun lepas, apa yang berlaku tidak seperti apa yang diramalkan banyak pihak.

Pada musim lepas, Cowell sudah sepenuh hati mahu menyarung mahkota Idol kepada David Archuleta dengan menggelarkan pemuda comel itu sebagai penghibur terbaik namun kegemilangan AI7 tetap berpihak kepada David Cook.

Lambert layak bergelar penghibur unik yang energetik, penuh tarikan. Dialah rockstar yang sentiasa mendapat sokongan penuh daripada peminatnya. Tetapi kemenangan Allen mungkin sudah tersurat dan tidak boleh dielak.

Biarpun tidak mendapat petunjuk awal, Allen tampil dengan persembahan yang memukau pada malam final. Keyakinannya bertambah dan berjaya menawan perhatian seluruh audiens dengan alunan vokal yang penuh penghayatan, sifat rendah diri yang menebal serta paras rupa yang tidak kalah.

Allen juga meraih markah tinggi berdasarkan kemampuannya sebagai penyanyi dan komposer untuk lagu Kanye West, Heartless yang digubahnya semula. Dia mencipta identitinya yang tersendiri bersama gitar yang dimainkan, vokal yang nyaring serta sedikit sentuhan muzik elektronik.

Penyingkiran Danny Gokey juga mungkin salah satu daripada faktor peningkatan undi terhadap Allen. Gokey sampai ke garisan penamatnya di tangga ketiga. Penyingkiran Gokey memberi laluan kepada Allen dan dalam masa yang sama meninggalkan para pengundinya untuk terus menyokong peserta yang masih meneruskan persaingan, terutama Allen.

Di mata para pengundi, Allen berkongsi persamaan dengan Gokey dan itulah yang memberikan impak terhadap Allen.

Allen dan Gokey, 29, yang berasal dari Milwaukee, dikelaskan sebagai sedikit konservatif jika dibandingkan dengan Lambert dari segi penampilan di pentas serta dan pemilihan pakaian.

Allen sudah berkahwin dan bekerja sebagai ketua kakitangan di gereja manakala Gokey pula seorang balu dan bekerja sebagai pengarah muzik di sebuah gereja. Mungkin persamaan itu yang mempengaruhi undian terhadap Allen.

Allen, Lambert saling kontra

Allen dan Lambert pula dua individu yang sangat kontra. Lambert, 27, berasal dari Los Angeles, menyanyi sejak di bangku sekolah, pernah terlibat sebagai pelakon teater muzikal dan membawa personaliti rock yang begitu menyerlah.

Ditambah lagi dengan seleksi lagu dendangannya seperti Whole Lotta Love daripada Led Zeppelin. Satu-satunya peserta Idol yang membawakan lagu Led Zeppelin ke pentas Idol. Dia juga seorang yang kuat berahsia dan menyimpan segala kisah peribadinya untuk tidak diketahui pihak media. Katanya, hanya dia yang tahu siapa dirinya.



Awal minggu, sebelum konsert malam kemuncak AI8 berlangsung. Allen pernah tampil dengan satu pengharapan. Dia berharap bakal meraih undi dan sokongan daripada semua termasuklah daripada pengikut Kristian.

Kenyataan Allen itu juga menerima pandangan balas daripada Lambert.

"Dengan bakat yang saya miliki, persembahan yang telah saya lakukan serta pakej yang saya ada, saya harap sesuatu yang besar akan berlaku. Ia tidak semestinya atas dasar agama ataupun perkara-perkara lain yang sebegitu," balas Lambert sedikit mengecam Allen secara sinis.

Tambah Lambert: "Semuanya tentang muzik. Itu perkara paling penting yang harus tertanam dalam fikiran semua."

Dalam persembahan Selasa lalu, Allen menonjolkan kemerduan vokalnya dengan Ain't No Sunshine dalam versi soul. Namun dia sedikit tersandung ketika menyampaikan lagu No Boundaries, sebuah lagu balada yang ditulis bersama Kara DioGuardi. Penyampaian lagu berkenaan kedengaran seperti ada yang tidak kena dengan vokal Allen.

Berbanding Allen, Lambert melakukan persembahan yang lebih sempurna untuk lagu No Boundaries. Di tangannya juga berlaku sesuatu yang sungguh mengujakan ketika lagu Mad World dan A Change is Gonna Come dinyanyikan.

"Inilah persembahan dan dendangan terbaik daripada kamu yang pernah saya saksikan," laung Paula Abdul kepada Lambert.

Kejutan bikini Katrina

Menyentuh tentang konsert akhir AI8, seperti biasa bukan hanya peserta final yang tampil membuat persembahan secara solo sebaliknya konsert berdurasi selama dua jam itu turut dimeriahkan dengan acara-acara sampingan yang menambat perhatian.

Antaranya penyampaian anugerah seperti Golden Idol Award yang berpihak kepada Katrina Darrell, salah seorang peserta AI8. Dia sekadar berbikini dan menang Golden Idol untuk pakaian beragam terbaik.

Menambah skala kemeriahannya, konsert akhir oleh Allen turut disertai Keith Urban menerusi lagu Kiss A Girl, sementara Lambert pula memberikan persembahan penuh gegaran dengan kehadiran kumpulan rock Kiss.



Salah seorang peserta wanita musim kali ini, Allison Iraheta membuat persembahan pembukaan untuk Fergie dan Black Eyed Peas yang menyanyikan lagu Big Girls Don't Cry.

Iraheta turut berduet bersama Cyndi Lauper dengan lagu Time After Time. Danny Gokey turut diberi kesempatan bersama Lionel Richie dengan dua persembahan.

Penyanyi rock legenda Rod Stewart juga membuat kemunculan istimewa dengan lagu berjudul Maggie May.

Bukan sahaja penyanyi yang dijemput ke pentas malah pelakon komedi popular Steve Martin juga mampu memberikan variasi kepada ritma konsert akhir . Steve menyanyikan lagu Pretty Flowers bersama-sama dengan Megan Joy serta Michael Sarver, juga antara peserta Idol.


Sensasi:
Adam Lambert merupakan peserta yang penuh Energetik,suara lantang,hensem,berpewatakan menarik dan antara terbaik sepanjang 8 musim American Idol..Skaldal gay dibangkitkan setelah tersebarnya gambar2 gay Adam...
Adam membuat pengakuan bahawa dia Gay...Lantas telah menyebabkan kekalahan dipihaknya..

nie laa antaranya ..kenali Adam Lambert

Gambar2 Adam dan Gay nye






:58 "i didn't learn my words cuz I didn't know I was gonna sing this song"


Teater Musical..



Lagu nyanyian Adam Ring of Fire


Adam Studio Version Ring of Fire



Johnny Cash Ring of Fire



P/S:American Idol memang berbakat semuanya tak mcm AF,OIAM atau Mentor..macam dot..dot..langsung tak berbakat..nyanyi tah hape2...
Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-