Search in my-sensasi !! upgraded

RECENT POST @ Entri Terkini

Wednesday, April 22, 2009

Prince Harry couple ngan Hos TV.

Share








PRINCE Harry, yang telah berpisah dengan teman wanitanya Chelsy Davy tiga bulan yang lalu, kini dikhabarkan rapat dengan hos televisyen popular, Caroline Flack.

Harry dan Flack dilihat berada di sebuah flat di Fulham, West London, Jumaat lalu.

"Mereka cukup gembira dan anda boleh mendengar muzik, gelak tawa dan bunyi dentingan gelas dari luar rumah. Harry dan Caroline amat mesra, mereka ketawa dan berjenaka...Bahasa badan mereka juga menunjukkan mereka selesa antara satu sama lain," kata sumber.

Bergaya dengan kemeja-t berwarna putih, Harry dilihat tersenyum ketika berjenaka dengan hos berusia 27 tahun itu.

Jurucakap Flack bagaimanapun berkata:

"Mereka tidak menjalinkan hubungan romantik. Mereka hanya kawan. Saya percaya mereka pergi ke tempat lain, tetapi saya tidak pasti di mana."

Flack, hos program Gladiators telah mengenali Harry sejak setahun lalu. Namun begitu, hubungan antara mereka tidak pernah diketahui khalayak.

Mereka diperkenalkan oleh rakan mereka, Natalie Pinkham.


P/S:huhuhu...makin hensem la prince harry nie...masa kecik,dia tak comel pown....abgnye prince william yg menyerlah sebab hensem dan muka iras princess Diana...Haary nie ikut muka bapak la...prince charles...kans
Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-