Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Wednesday, April 15, 2009

Lagi Aduan pasal Proton Persona?

Share







MERUJUK kepada surat Azliana Rashidah Abd. Rahaman bertajuk Kualiti sebenar kereta Proton saya bertarikh 19 Mac 2009, saya juga sudah bosan dengan masalah Proton Pesona saya. Mula-mula saya beli, hati memang seronok. Tetapi keseronokan tersebut hanya seketika.

l Antena: Tidak dapat menerima gelombang dengan baik. Langsung saya bawa kereta saya ke Pusat Servis Millenium di Mutiara Damansara. Radio saya ditanggalkan. Kata mekanik, set radio akan dihantar kepada pengeluar asal di Pulau Pinang. Setelah menunggu lebih kurang dua minggu, saya menelefon pusat servis tersebut, mekanik tersebut bertanya nombor surat aduan, saya tidak ingat. Langsung mekanik tersebut minta nama penuh dan nombor pendaftaran kereta. Kata mekanik tersebut tiada dalam daftar sistem mereka.

Dengan perasaan tidak puas hati, saya pergi ke pusat servis tersebut, rupanya set radio saya langsung tidak dihantar ke Pulau Pinang seperti yang dijanjikan. Memang aduan saya langsung tidak didaftarkan.

l Cermin pandang sisi: Saya hampir tidak perasan kereta di sebelah kanan saya, ketika mana saya hendak mengambil lorong kanan. Saya perlu melihat dekat dengan cermin tersebut untuk mempastikan lorong benar-benar selamat untuk dimasuki. Saya pernah memiliki kereta MyVi, langsung tiada masalah sebegini.

Masalah bau minyak petrol, memang saya akui turut berlaku kepada kereta saya. Semasa saya dapati bau petrol kuat buat pertama kali dahulu, saya membuka tempat duduk belakang. Saya dapati penutup bulat telah beralih, tidak di posisi sebenar. Proses ini saya telah dan akan lakukan sekiranya masalah ini berlaku. Sampai bilakah harus begini.

l Kunci berpusat: Kerosakan instrumen ini telah beberapa kali berlaku. Akibat sudah penat dengan kerenah pusat servis Proton, saya mengambil risiko membaikinya dengan kos sendiri di kedai aksesori yang pada hemat saya lebih mahir daripada mekanik Proton.

AHMAD SARUJI ABDUL AZIZ
Bandar Sri Damansara

UMO
Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-