Search in my-sensasi !! upgraded

RECENT POST @ Entri Terkini

Monday, April 6, 2009

Fasha Memey penuh kontroversi

Share








Apasal bahu fasha nampak kecik berbanding mukanya...huhuuhu


Kalau bercakap tentang artis kontroversi, tiada yang lain kecuali Fasha Sandha dan Memey. Disebabkan lelaki, masa depan yang sepatutnya cerah kini menjadi satu persoalan. Walaupun tawaran berlakon masih diterima, tapi bolehkah penonton menerima mereka kembali dengan hati terbuka? Hanya masa yang dapat menentukannya.

Bila sudah dilabel 'artis kontroversi', biasalah kalau selang beberapa minggu, timbul cerita baru yang kurang enak mengenai mereka.

Terbaru yang Cik Andalusia dengar, Abby Abadi yang baru tamat tempoh edahnya, dikatakan telah menarik diri dari drama 'Dimensi Cinta'. Semuanya kerana pihak produksi telah menawarkan Memey satu watak dalam drama tersebut.

Tapi mengikut penjelasan pengarah Eddie Pak, Abby tidak pernah menandatangani kontrak dengan pihak produksi, dan bila diajak menghadiri sesi casting, dia tidak muncul.

Kes Fasha pula, apalagi kalau bukan perkahwinannya. Walaupun kuat khabar angin bertiup mengatakan dia sedang membuat persiapan perkahwinannya, Fasha tegas menafikannya. Macam mana nak kahwin bila calon pun belum ada lagi. Jadi sekarang ini dia dalam proses pemilihan.

Namun, menurut rakan Cik Andalusia yang hadir di majlis pengumuman lima finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 semalam, dia mengakui ada rombongan yang telah datang merisiknya. Tapi enggan didedahkan identiti orang itu kerana katanya terlalu peribadi. Yang hanya mampu diceritakan lelaki ini seorang kawan dan mereka sudah lama mengenali.
Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-