Search in my-sensasi !! upgraded

RECENT POST @ Entri Terkini

Saturday, April 11, 2009

Anak bongsu malang?

Share







Aku anak bongsu daripada 12 orang adik-beradik. Ramai orang cakap jadi anak bongsu best tapi aku tak rasa pun. Setiap kali aku beritahu orang aku anak bongsu, diaorang mesti akan cakap, “Mesti anak manja!!!” Benci aku. Dari kecil pun asyik kena buli dengan abang, kakak. Baju kotor aku basuh, pinggan kotor aku basuh, rumah kotor aku kemas, ingat aku ni balaci diaorang ke? Mak aku pun tutup sebelah mata je, buat-buat tak nampak yang aku kena kerja lebih daripada yang lain. Nasib baik aku ni pandai sikit. Lepas darjah enam dapat masuk sekolah asrama penuh. Itu pun sesekali balik masih lagi kena buli. Dik, tolong buat ni.. dik tolong buat itu.. sedangkan dia orang berborak sakan kat meja makan. Kalau aku cakap tak nak, kena marah, leter, sindir macam aku tak ada perasaan, tak ada telinga. Kalau aku buat tapi tak berapa betul pun kena herdik macam aku ni anak tiri. Bosan!

Pasal makan, pakai tak payah cakaplah. Makan mestilah kakak-kakak aku yang dapat makanan paling best. Makanan yang kami ada tu memanglah biasa je tapi kadang-kadang dapatlah juga makan ikan atau ayam. Kalau hidangan ikan, kira aku dapat ekor je lah. Kalau baju, aku dapat apa yang diaorang nak ‘turunkan’ untuk aku. Aku fahamlah yang kitaorang bukan orang senang tapi kenapa yang lebih tua dapat beli baju cantik-cantik, aku kena pakai baju mereka yang dah lusuh, yang besar! Malu, tau tak? Masa aku Form 1, selalu kena sindir dengan senior sebab pakai baju terlalu besar. Bukan baju je, pakaian dalam pun dapat yang secondhand. Aku cup A, kena pakai cup B. Boring dan malu gila! Kalau dapat baju baru pun adalah dua pasang, itu pun masa raya. Masa tu lah aku nak bergaya sakan.

Aku mengaku memang tak suka ada adik-beradik ramai. Sekarang aku dah ada anak sendiri tapi memori aku waktu membesar kalau boleh aku nak buang. Aku nak ada dua orang adik-beradik je, kakak atas aku dengan aku. Lebih selesa dunia. Kalau nak tuduh aku seorang yang tak bersyukur, itu terpulang tapi aku cakap apa yang aku rasa. Bukannya ada kakak abang lebih ramai boleh membantu hidup adik atau tawar nasihat dan tunjuk ajar untuk hidup. Tak payahlah! Semuanya aku selesaikan sendiri, cari kehidupan aku sendiri. Bukan sebab aku tak minta tolong tapi mereka pun tak offer atau sedia nak tolong adik-adik. Semua melepaskan pucuk sendiri. So, kalau aku rasa macam ni, patut ke aku rasa bersalah? I don’t think so!

Sampai sekarang pun aku persoalkan kenapa mak aku yang dah ada 11 orang anak masih lagi nak beranakkan aku. Bukanlah macam orang yang dah ada lima anak lelaki tapi nak anak perempuan, anak dah 11, perempuan lelaki semua ada, duit takde, makanan takde, suami pun selalu takde kat rumah tapi masih lagi nak beranak seorang lagi. Aku tak sepatutnya tanya soalan tu tapi itulah yang kepala aku tanya banyak kali sepanjang aku hidup.

P/S:Sensasi nyer pendapat,well kesusahan akan membuat seseorang menjadi lebih tabah..Kalau dulu kita rasa diri malang,cuba ubah nasib sendiri,jadikan anda orang yg berjaya suatu hari nanti..buktikan kepada dunia...biarla apa org nak buat pun,kiter kene fahami diri sendiri..
Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-