Search in my-sensasi !! upgraded

RECENT POST @ Entri Terkini

Monday, March 9, 2009

Shiloh jolie-pitt yang lembut dan pendiam

Share








DI sebalik pengawal keselamatan dan di belakang tembok Chateau Mirawal di Selatan Perancis, Shiloh Jolie-Pitt hidup bahagia walaupun kadang kala bercelaru bersama-sama ibu bapanya, selebriti ternama, Angelina Jolie dan Brad Pitt serta lima adik beradiknya yang lain.

Pada masa sama, kanak-kanak berusia dua tahun 10 bulan itu tidak terasa janggal dengan kehidupan keluarganya yang sering berpindah-randah.


Dia dilahirkan pada Mei 2006 di Namibia, Afrika dan menjelajah dunia sebelum keluarganya akhirnya mengambil keputusan menetap di Perancis, tempat adik kembarnya, Knox dan Vivienne dilahirkan.

Shiloh yang pendiam, lembut dan mudah bergaul menghabiskan masa sehariannya bermain dengan abangnya, Maddox, tujuh, Pax, empat dan Zahara, tiga. Dia juga begitu menyayangi kedua-dua adik kembarnya.

Shiloh, yang kadang kala dipanggil Tweety oleh keluarganya, bagaimanapun amat rapat dengan Zahara yang suka memerintah.

“Dia hanya menuruti kata-kata kakaknya,” kata sumber yang rapat dengan keluarga itu.

Shiloh juga berdepan dengan kenakalan Maddox dan Pax.

“Kedua-dua abangnya memang kasar. Zahara akan melawan mereka. Tetapi Shiloh pelembut. Maddox dan Pax tidak bermaksud untuk membuli adik mereka tetapi suka bergurau tanpa memikirkan keselamatan Shiloh. Mereka akan mengangkat dan memusingkan kanak-kanak itu. Tindakan itu kadang-kadang menyebabkan Shiloh jatuh. Tak hairanlah ada kesan calar pada tubuhnya.

“Seringkali Angie dan Pitt terpaksa berkata: ‘Hentikan. Letak adik kamu,’” kata sumber itu.

Dengan kelahiran Vivienne dan Know, Shiloh bukan tidak lagi menjadi ‘anak manja ’ di rumahnya. Tetapi dia tidak kisah.

“Buat masa ini, perhatian lebih tertumpu kepada pasangan kembar itu. Apa yang perlu dilakukan oleh Shiloh untuk mendapatkan perhatian Pitt ialah dengan hanya mengangkat tangannya. Itu caranya dia berkata ‘dukung saya.’ Dia begitu menyayangi bapanya.”

Tetapi dia juga menyayangi ibunya, Angelina , khususnya ketika mereka menghabiskan masa bersendirian bersama setiap hari, kata sumber yang rapat dengan keluarga itu.

Apabila tiba masa untuk memberi anaknya makan, Angelina, 33, akan menuruti sahaja kehendak mereka — lebih-lebih lagi Shiloh.

“Angie membenarkan sahaja anaknya memilih semua makanan yang diproses. Shiloh begitu meminati roti Perancis disapu dengan cokelat dan amat benci lobak. Dia tidak akan memakannya walaupun dipaksa.”

Seperti kanak-kanak lain, Shiloh sukakan anak patung dan sebagai persediaan menyambut kelahiran Knox dan Viv, Angie dan Pitt menghadiahkannya dua anak patung kembar.

Tidak hairanlah Shiloh kelihatan menganggap kedua-dua adiknya itu dua lagi anak patung untuk koleksinya.

“Dia begitu berhati-hati melayani mereka dan berbual dengan kedua-dua adiknya itu seperti yang dilakukan kanak-kanak kecil yang lain. Dia tidak sedar Knox dan Viv akan membesar!”

Apabila tiba masa untuk tidur, biasanya jam 8 setiap malam, Shiloh akan menyimpan anak patungnya dan tidur bersama patung arnab khas.

“Dia mencungkil sebelah mata arnab itu,” kata sumber berkenaan.

Dan sebelah pagi, kanak-kanak itu suka bermain di luar rumah, menghabiskan kebanyakan masanya berlari.

“Di Perancis, keluarganya mempunyai padang yang luas dan tasik. Dia sering berkaki ayam untuk memetik bunga. Dia seperti anak hippi.”

Di dalam rumah, Shiloh menghabiskan masa menonton rancangan kegemarannya — Dona the Explorer dan Meerkat Manor.

“Dia juga belajar seni, ballet dan berenang. Dia bebas melakukan apa sahaja yang diingininya. Pitt dan Angie menggalakkannya supaya tidak takut tetapi pada masa sama berbudi bahasa. Dan setiap kali menangis, Pitt dan Angie sudah tahu cara memujuknya. Mereka akan bercakap dengannya secara lembut sehingga dia mendengar dan berhenti menangis.”

P/S:Angelina jolie dpt lg twin ...they all(anak kandung jolie + pitt = byk muka braddpit dan mulut angelina jolie..hehhe
Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-