Search in my-sensasi !! upgraded

RECENT POST @ Entri Terkini

Monday, March 9, 2009

nak tonton Channel RTM kene beli dekoder RM300..huhu

Share







KEPONG: Orang ramai perlu memasang dekoder dengan anggaran harga RM300 apabila sistem penyiaran digital menggantikan analog diguna pakai sepenuhnya oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, ia mungkin mahal pada peringkat permulaan kerana orang ramai perlu membeli dekoder bagi menonton televisyen tidak berbayar RTM dan tentunya membebankan golongan kurang berkemampuan.

“Namun peralihan kepada sistem digital adalah perlu, selaras dengan perkembangan dan kecanggihan teknologi penyiaran dunia masa kini,” katanya.

Beliau berkata, proses pendigitalan penyiaran televisyen perlu dimulakan sekarang kerana jika tidak, Malaysia akan ketinggalan berbanding negara lain, apatah lagi negara Asean akan menghentikan siaran analog pada 2015.






“Perubahan teknologi yang berlaku sekarang sama seperti satu masa dulu, harga televisyen hitam putih mencecah RM2,000 ketika baru diperkenalkan dan mereka yang ingin membeli terpaksa membayarnya secara ansuran.


“Begitu juga apabila TV berwarna diperkenalkan, harganya mahal dan dibeli secara ansuran. Apapun, TV berwarna kini semakin murah dan boleh dibeli dengan harga sekitar RM300 hingga RM400.

“Zaman memancarkan siaran televisyen menggunakan sistem analog akan berakhir. RTM kini dalam proses berperingkat menuju ke arah pendigitalan dan pembinaan penstrukturannya dijangka disiapkan menjelang 2012,” katanya.

Ahmad Shabery berkata, apabila RTM mempunyai kemudahan penyiaran digital menerusi penggunaan satelit, lebih banyak saluran dapat ditambah dan rakyat mendapat lebih banyak bahan dan maklumat.

“Amerika Syarikat menghentikan sistem analog bulan lalu, Eropah menjelang 2012 manakala negara Asean seperti Thailand, Singapura dan Vietnam sudah melaksanakan sistem itu. Malah, Myanmar yang dianggap negara miskin sudah melangkah ke arah pendigitalan.

“Jika kita tidak bersiap sedia menuju ke arah itu, nanti kita ketinggalan, ibarat orang sudah menggunakan televisyen warna tetapi kita masih tengok TV hitam putih. Jika peralatan (analog) kita rosak, di mana kita hendak dapatkan alat ganti sebab semua negara di dunia menggunakan teknologi baru,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri sambutan Hari Keluarga Kementerian Penerangan di Institut Perhutanan Malaysia (FRIM), di sini, semalam. Kira-kira 2,000 kakitangan jabatan itu menghadiri program berkenaan.

Menurutnya, sistem analog yang menggunakan gelombang radio akan dimanfaatkan untuk sistem keselamatan seperti polis dan bomba.

“Kepantasan teknologi perlu serentak dengan pemahaman orang ramai. Jangan lihat daripada segi alatnya saja, misalnya TV plasma, tetapi perkara yang penting ialah mutu kandungannya.

“Ada negara tertentu, misalnya Korea, menggunakan TV untuk ‘home shopping’ iaitu penduduknya melihat katalog di hadapan TV dan ia menjana pendapatan sehingga AS$4 bilion setahun,” katanya.

Ahmad Shabery berkata, sebagai percubaan, pada 2006 pihaknya memberi sebanyak 1,000 dekoder kepada penduduk di Lembah Klang bagi membolehkan mereka menonton saluran Muzik Aktif yang diperkenalkan RTM.

Saluran yang menyiarkan pelbagai program berkonsep muzik yang bersiaran 24 jam itu kini dapat ditonton menerusi Astro di saluran 180 mulai 12 Mac ini.
Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-