Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Friday, March 6, 2009

78,000 peminjam PTPTN blacklist ke luar negara - Semak status anda sini..

Share







KUALA LUMPUR - Tindakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mendedahkan hampir 78,000 peminjamnya dilarang keluar negara bukan berniat untuk menakut-nakutkan peminjam.

Sebaliknya, Ketua Eksekutif PTPTN, Yunos Abd Ghani berkata, ia lebih kepada niat menyedarkan mereka supaya menunaikan tanggungjawab membayar hutang pinjaman pendidikan masing-masing yang kini tertunggak sebanyak RM1 bilion.

Menurutnya, PTPTN mempunyai rasional terhadap sekatan keluar negara kepada golongan ingkar itu.

"Bila orang keluar negara biasanya ada dua sebab iaitu pertama atas urusan kerja dan mereka ini pula penjawat yang sudah lama bekerja atau senior.

"Kedua, keluar negara untuk bercuti. Jadi kesimpulannya, kedua-dua kumpulan ini ada wang dan tidak ada sebab mereka sukar membayar balik pinjaman,'' ujarnya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Jabatan Imigresen baru-baru ini mengenai 300,000 rakyat negara ini dilarang keluar negara termasuk peminjam PTPTN.

Kata Yunos, jika ada peminjam menghadapi masalah membayar pinjaman disebabkan berada dalam garis kemiskinan yang serius, pihaknya sedia membantu mereka.

Ketika ditanya kriteria utama yang boleh menyebabkan seseorang peminjam disenaraihitamkan untuk keluar negara, jelasnya:

"Pertama, mereka langsung tak bayar pinjaman dan kedua pula langsung tidak memberi maklum balas terhadap notis-notis yang kita keluarkan.

Tambah Yunos, PTPTN juga dalam proses mengenal pasti peminjam-peminjam lain yang mungkin akan menerima nasib untuk tidak layak keluar negara.

Untuk itu, katanya, semua peminjam diminta menyemak status masing-masing di laman web PTPTN atau Imigresen.


Semak status Anda -Peminjam PTPTN
Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-