Search in my-sensasi !! upgraded

RECENT POST @ Entri Terkini

Wednesday, February 25, 2009

Apakah Punca Roslin bercerai selepas 12 hari berumahtangga?

Share








PUCHONG: “Sebagai wanita baru bergelar isteri dalam tempoh beberapa hari, saya cuba belajar dan memberikan yang terbaik,” kata Faizah Mohamad, 32, yang diceraikan jaguh badminton negara, Roslin Hashim, 34, selepas 12 hari melayari bahtera sebagai suami isteri.

Faizah yang bekerja di bahagian pentadbiran sebuah syarikat di Puchong, berkata bekas suaminya itu sebenarnya terburu-buru mengambil keputusan sedangkan kemelut melanda rumah tangga mereka boleh diselesaikan melalui perbincangan.

Dia yang ditemui wartawan Harian Metro, semalam, berkata keputusan drastik Roslin itu bukan hanya menghancurkan perasaannya, malah turut membuat ibunya tidak kering air mata sejak peristiwa itu.

Ibunya menangis saban hari, apatah lagi pendedahan mengenai perceraian itu di akhbar dan televisyen sejak Jumaat lalu.






“Keluarga saya seolah-olah dihukum bersalah sedangkan tiada sebarang kenyataan daripada kami hingga kini.


“Peristiwa sedih itu juga menyebabkan ramai pihak salah anggap berikutan berita yang dilaporkan menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat,” katanya yang menyifatkan keputusan Roslin menceraikannya selepas 12 hari bernikah sebagai aneh.

Menurut Faizah, dia tidak pernah memaksa Roslin memilihnya sebagai isteri selain mengharapkan masalah mereka diselesaikan secara baik tanpa dihakimi melalui media.

Dalam tempoh singkat bergelar suami isteri, katanya, dia dan Roslin tidak pernah bergaduh, malah mendakwa dia tidak diajak berbincang mengenai masalah dihadapi bekas suaminya itu.

Dia berkata, dakwaan Roslin bahawa dia tidak dilayan sempurna sebagai suami selain tidak dihormati isteri adalah tidak benar.

Faizah berkata, selepas bernikah dia banyak menghabiskan masa bersama Roslin walaupun kadangkala, bekas suaminya itu terpaksa keluar kerana urusan tugas.

“Jika timbul masalah sekalipun, ia boleh dibawa berbincang secara bersemuka dan bukan dipendam dalam hati.

“Sebagai suami dan ketua keluarga, dia seharusnya membimbing atau menegur saya jika ada perkara tidak disenangi.

“Tindakan terburu-buru melafazkan talak benar-benar membuat saya tergamam sedangkan saya masih menyayanginya,” katanya.

Faizah juga menyatakan tidak pernah terlintas di hatinya akan bergelar janda selepas 12 hari bergelar isteri.

Menceritakan detik bekas suaminya melafazkan cerai pada 11 Februari lalu, kata Faizah, Roslin bersama beberapa rakan termasuk Datuk Misbun Sidek, Jailani Sidek, Rahman Sidek dan Rashid Sidek datang ke rumahnya sekitar jam 9 malam dengan alasan ingin berbincang.

Dalam pertemuan itu, ayah Faizah, Mohamad Hussin, 61, ibu, Zabidah Raamat, 56, dan abang, Zulkifli Mohamad, 35, cuba mencari jalan penyelesaian terbaik.

“Keluarga saya cuba memujuk Roslin supaya beristighfar dan berfikir panjang, namun dia tetap dengan keputusannya untuk menceraikan saya malam itu juga,” katanya.

Faizah berkata, hatinya ketika itu bergetar diikuti linangan air mata sebaik perkataan cerai talak satu itu dilafazkan.

“Saya tidak menyatakan siapa bersalah dalam soal itu, namun adalah baik jika ia dirujuk kepada pakar atau ahli agama sebelum keputusan diambil.

“Saya masih mentah dalam soal melayari rumah tangga dan berharap suami dapat memberikan bimbingan jika ada kekurangan dalam diri saya,” katanya.

Dia dan Roslin sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 25 Disember lalu tetapi jaguh badminton negara itu meminta tarikh terbabit ditunda pada 1 Februari walaupun ketika itu sebanyak 300 kad jemputan sudah diedarkan kepada saudara-mara dan kenalan.

“Terus terang saya katakan, pihak perempuan tidak pernah menetap atau meletakkan harga (hantaran perkahwinan), sebaliknya Roslin menawarkan hantaran RM15,000 untuk majlis itu,” katanya.

Dia kesal kerana kenyataan yang menyebut Roslin bercadang membawa isteri berbulan madu di Perth, Australia dan membeli rumah di bandar Kinrara, Puchong, tidak pernah diberitahu kepadanya.

Sejurus melafazkan cerai, katanya, Roslin tidak pernah menghubungi atau menghantar SMS kepadanya sehingga kini.

“Mujur jiran, saudara-mara dan rakan memahami masalah kami dan sentiasa memberikan sokongan. Walaupun masih bersedih, saya cuba bertenang dan menggunakan sisa kekuatan yang ada untuk meneruskan kehidupan,” katanya yang sudah memfailkan perceraian itu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada 20 Februari lalu.

Kes berkenaan akan didengar 23 Mac depan.

Bagaimanapun, dia hairan Roslin memfailkan perkara sama di Pejabat Pendaftar Mahkamah Syariah Kuala Lumpur kelmarin.

Sensasi:Pening aku la,...apehal mamat nie buat mcm nie..isk isk
Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-