Search in my-sensasi !! upgraded

RECENT POST @ Entri Terkini

Monday, January 12, 2009

Dato’ Siti Nurhaliza Failkan Cerai Terhadap Datuk K?

Share







Cerita ini sudah lama sebenarnya & sehingga hari ini masih belum ada bukti sahih tentang apa yang berlaku.
Hari ini, akhbar berbahasa Inggeris New Straits Times menerbitkan satu artikel pendek bertajuk ‘Word has it…: Is Siti’s marriage on the rocks?‘.
Penulis artikel itu mendakwa menerima e-mail yang menyatakan Siti Nurhaliza ada berjumpa bomoh di Terengganu untuk melicinkan proses penceraian beliau dengan Datuk K.
Datuk K yang tahu akan kunjungan Siti Nurhaliza itu datang ke bomoh yang sama & meminta untuk di’hentikan apa sahaja yang di’hajati Siti.
Antara puncanya adalah Siti Nurhaliza kecewa apabila Datuk K membelikan sebuah BMW untuk seorang aktress terkenal, yang juga bekas pramugari.
Ada juga sumber menyatakan yang Siti Nurhaliza tertekan kerana aliran wang’nya banyak keluar untuk membantu perniagaan Datuk K.
Entah secara kebetulan atau tidak, wartawan Murai turut memberi hint tentang seorang artis terkenal yang dahulu kahwin dengan gah sudah memfailkan cerai terhadap suami.
Sejauh mana kebenaran cerita ini, hanya Siti Nurhaliza & Datuk K sahaja yang tahu. Kita doakan yang perkahwinan mereka baik-baik sahaja. Sayang jika berakhir kerana mereka nampak mesra di’depan kamera
Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-