Search in my-sensasi !! upgraded

RECENT POST @ Entri Terkini

Friday, December 26, 2008

Rozita Che Wan dan Raudah Che wan berlakon sama

Share








Akui dua pelakon baru berbakat besar ini, tawaran yang diterima juga mencurah-curah. Dalam Cerekarama di TV3 pada Sabtu lalu, dua beradik ini digandingkan menerusi drama Sebelum Sejadah Terbentang. Namun, dalam cerita itu, mereka bukanlah pasangan adik-beradik mahupun bertemu dalam adegan yang sama.

Biarpun mereka melakonkan watak berbeza dalam drama itu, hakikatnya mereka saling menyokong karier seni antara satu sama lain.

Kata Rozita, drama itu kali kedua mereka bersama selepas drama Berakhirnya Satu Penantian. Selepas dua drama, terbaru mereka dipertemukan sekali lagi menerusi drama Dewi Di Sebalik Cermin arahan Mohd Azhar Mohd Khalid (Apache) yang selesai menjalani penggambaran di sekitar Lembah Klang pada hujung minggu lalu.

"Memang seronok apabila kami berlakon sekali dalam satu drama. Lagipun bukan selalu kami dapat tawaran sebegini. Walaupun kami bukan adik-beradik tetapi dalam drama ini, watak kami berhubung antara satu sama lain.

"Pada mulanya rasa seronok untuk berlakon sama tetapi apabila teliti skrip, lain pula ceritanya. Dalam drama baru ini, kami dikehendaki melakonkan adegan gaduh hingga berlaku tolak-menolak, tarik rambut dan berguling atas lantai.

"Sebelum penggambaran dijalankan, kami juga terfikir bagaimana mahu melakonkan adegan itu sebaik mungkin kerana kami tidak pernah bergaduh teruk macam itu. Memang sukar untuk melakonkan adegan itu jika tiada latihan dan persefahaman yang baik antara kami.

"Di luar lokasi, kami berlatih sama menghafal skrip dan ada ketika kami cuba berlakon berdua. Dalam drama ini, saya berhadapan dengan karakter psiko yang tertekan dengan perceraian hingga membayangkan saya adalah Ayu yang menjadi orang gaji.

"Menariknya, gambaran saya ini dijelmakan menerusi cermin dalam sebuah rumah yang baru disewa. Menghayati watak mendalam, saya perlu menjadi garang dan tegas. Namun, ia bukan mudah untuk saya melakonkannya kerana personaliti sebenar saya di luar bukanlah sebegitu," katanya.

Antara watak baik dan antagonis, Rozita menyatakan peminat gemar melihat aksinya dalam watak baik. Katanya, sebelum ini dia pernah membawakan watak antagonis dalam drama seperti Susuk dan Ai Di Beijing tetapi respons peminat yang diterima sebaliknya. Peminat seolah-olah tidak menyukai Rozita menjadi jahat tetapi mahu wataknya terus positif dalam lakonan.
Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-