Search in my-sensasi !! upgraded

RECENT POST @ Entri Terkini

Friday, December 26, 2008

Bomoh Cabul-Lidah Setan

Share







KOTA TINGGI: Khuatir dirinya menghidap penyakit chikungunya selepas terasa sakit sendi, seorang gadis mahu mendapatkan air penawar daripada seorang bomoh yang kononnya mempunyai kepakaran mengubati penyakit misteri secara rawatan tradisional.Namun, kunjungan gadis berusia 19 tahun ditemani teman lelakinya berusia 25 tahun itu kira-kira jam 8 malam kelmarin bertukar menjadi igauan ngeri apabila dicabul bomoh terbabit, termasuk menggunakan lidah.Lebih menjijikkan, bomoh durjana berusia 50 tahun itu dipercayai melakukan perbuatan mengaibkan itu dalam sebuah bilik di hadapan isterinya.Mangsa sebelum itu ditemani teman lelaki dalam perjalanan dari Johor Bahru untuk menghantar adik di Bandar Tenggara kira-kira 43 kilometer dari sini, sebelum kedua-duanya bertolak ke Kluang.
Ini kerana lelaki itu pernah ke rumah bomoh terbabit yang mendakwa boleh mengubati penyakit misteri secara rawatan tradisional.

Selain itu, bomoh berkenaan yang pernah bekerja sebagai pemandu lori dikenali ramai kerana dikatakan mampu menjalankan kerja menilik nasib dengan bayaran RM5 satu sesi dan membuat ramalan nombor ekor.

Difahamkan, sebelum dimulakan sesi rawatan, lelaki itu diminta menunggu di luar, sementara mangsa diminta tinggal sendirian dalam bilik oleh bomoh terbabit yang ditemani isterinya.

Mangsa mendakwa pasangan suami isteri itu melakukan kekerasan fizikal terhadapnya apabila ditarik dan dibaringkan ke lantai sebelum suspek melondeh seluar dalam dan mencabulnya.

Terkejut dengan insiden itu, mangsa meronta sebelum berjaya meloloskan diri keluar dari bilik itu dan hanya memaklumkan kepada teman lelakinya setibanya di Kluang.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Osman Muhammad Sebot, mengesahkan menerima laporan daripada mangsa.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan boleh dipenjara 10 tahun, sebatan dan denda.

“Berikutan laporan itu, polis menahan seorang bomoh berusia 50 tahun dan isterinya berusia 45 untuk membantu siasatan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.

Osman berkata, mana-mana mangsa yang pernah dicabul sebelum ini diminta tampil untuk membuat laporan dan membantu siasatan polis.
Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-