Search in my-sensasi !! upgraded

RECENT POST @ Entri Terkini

Thursday, November 27, 2008

Sajak Kematian

Share







Waktu aku form 5, satu malam lepas study dengan Ejoy dan Norman aku lepak jap dalam dorm diorang, baring punya baring, sembang punya sembang si Zaki ajak dengar 1 kaset tajuknya soalan-soalan bocor dari kubur tak silap, aku yang tengah boring study jadi excited nak dengar.

Lampu dorm dipadam, walkman diletakkan dalam baldi kasi volume kuat sikit, kami ramai-ramai dengar sama, peh menginsafkan siot, jeritan dari kubur “tidak..tidak..aku tidak tahuuuuu” hehe nostalgia tuh.

Setidaknya kaset sebegitu menyedarkan kita tentang hakikat kematian yang pasti, seksa kubur, malaikat mungkar dan nangkir, dan semestinya mengingati dosa dosa kita yang selama ini menimbun.

Tentunya bila sudah dengar kita akan ingat dosa dan pahala, time tu la nak ingat dosa tak sembahyang, kelepet duit orang, tak puasa, makan rasuah, tu baru part kubur tu, belum citer part alam akhirat lagi

Baru-baru nih kecoh mak-bapak komplen tayangan video sajak kematian, apa yang kecoh sangat? jom sama sama menonton..




Muat Turun video ini | FLV Player

Kadang kadang aku nak tergelak pon ada, alahai tak seram pon, lakonan semula je, insaf lah jugak kalau kasi budak-budak tengok, takdelah ekstrim mana, ular tipu pon ekstrim ke? wakaka

Orang yang takut mati dan banyak dosa je takut nih, dan akhirnya pak menteri dah suruh hentikan penayangan, zaman sekarang nih kalau ko sembang je isu bab kematian-dosa orang tak solat, takde audio-visual, tak feel lah beb, kata zaman dah berubah.

p/s= drama dan filem seram yang bersepah kat luar sana korang tak bising pon nak hentikan yek, lagi seram dan ganas, Eh mana sajak nya, pelik aku.
Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-