Search in my-sensasi !! upgraded

RECENT POST @ Entri Terkini

Saturday, November 8, 2008

Abby-Norman,pulanglah ke pangkal Jalan

Share










KUALA LUMPUR, 2 NOV 2008: Ramai peminat yang kecewa dan marah apabila mendapat tahu tentang berita Norman Hakim, 32, ditangkap khalwat bersama pelakon baru, Suhaiza Suhaimi, 20, selepas pihak berkuasa menyerbu sebuah premis perniagaan di Ukay Perdana. Ampang, pada awal pagi 30 Oktober lalu.


Rata-rata berpendapat bahawa Norman yang sebelum ini dikenali menerusi drama bersiri kepolisan, Gerak Khas sebagai seorang suami yang tidak bertimbang rasa terhadap rumah tangga dan emosi isterinya itu.


Apatah lagi di saat-saat isterinya, Abby Abadi atau Arbaieyah Abdul Manan, 30, masih lagi dalam berpantang selepas melahirkan anak ketiga mereka. Sebelum ini, Norman dilaporkan sering tidak pulang ke rumah apabila rumah tangga mereka bergolak.



Abby sewaktu dihubungi semalam berkata, dia begitu terharu dengan sokongan yang diberikan kepadanya pada saat-saat yang cukup genting ini.


"Buat semua peminat di luar sana, terima kasih atas sokongan anda. Hanya Allah SWT yang mampu membalasnya. Insya-Allah, saya akan lebih kuat menerima ujian sebegini.


"Terus terang, saya sebenarnya sudah tidak mampu untuk mempertahankan rumahatangga saya ini. Saya sudah tidak mampu hendak menipu hati saya lagi. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.


"Norman Hakim sebenarnya seorang lelaki yang baik. Dia tidak patut lalui semua ini. Tapi, kelalaian akhirnya membuatkan dia hilang pertimbangan," katanya Abby lagi.


Sungguhpun begitu, jauh di sudut hati, Abby berkata, dia dengan seikhlasnya masih lagi menyayangi Norman.


"Tapi biarlah saya korbankan perasaan ini untuk kebahagian dia di luar sana. Doakan yang terbaik untuk kita semua. Nasihat saya pada dia, berubahlah kerana Allah. Kerana apa saja kesilapan yang kita lakukan tetap ada kunci untuk kita kembali ke pangkal jalan.


"Allah sentiasa menduga untuk memberi peringatan pada hamba-hambanya. Insaflah untuk kehidupan yang lebih berkat," kata Abby yang mengakui semua kejadian ini ada hikmahnya.


Sensasi:Terasa pedih bila memikirkan luka di hati Abby di duakan suami buat kali kedua.Kali ini bersama pumpuan yg berusia 20tahun.Kenapa orman sgt tak bertimbang rasa terhadap Abby yg masih dlm pantang...Siot punyer Norman...aku harap muke ko cacat supaya tak lagi jd kasanova..ciss
Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-