Search in my-sensasi !! upgraded

RECENT POST @ Entri Terkini

Thursday, September 25, 2008

Datuk S tak Dendam Fasha

Share








KUALA LUMPUR, 23 SEPT 2008: Hubungan cinta selama 3 bulan yang pernah terjalin di antara Datuk Syafiq Saaban atau Datuk S dengan pelakon yang khabarnya digam segelintir pihak media cetak, Fasha Sandha, sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi yang hebat dalam industri hiburan kita.


Kesannya, ia membuatkan usahawan muda dalam bidang Teknologi Maklumat (IT) yang juga duda anak dua ini serik untuk menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana wanita lain termasuklah mencari seseorang yang boleh menggantikan tempat Fasha.


"Saya tidak fikir saya akan bercinta lagi pada waktu yang terdekat ini. Cukuplah apa yang telah saya alami dan lalui sebelum ini. Ia agak pahit untuk diceritakan.



"Saya juga tidak mahu lagi ambil tahu pasal dia (Fasha) - dengan siapa dia hendak keluar atau bercinta. Terpulanglah kepada dia. Biarlah saya hanya tumpukan pada bisnes saya yang berkaitan dengan IT saja," katanya sewaktu ditemui kami.pada majlis berbuka puasa di kediamannya di Mutiara Damansara, kelmarin.


Datuk Syafiq juga baru saja mengambil alih bisnes portal hiburan Melayu tempatan yang berkonsepkan majalah, jomstar. Sungguhpun begitu, Syafiq menangkis dakwaan bahawa dia mengambil alih portal itu kerana mahu membalas dendam terhadap Fasha atau pun berada di dalam kerlipan glamor dunia hiburan tempatan.


"Semua itu tidak benar. Saya mengambil-alih portal ini kerana percaya bahawa bisnes ini boleh mendatangkan keuntungan yang cukup besar seandainya kita tahu bagaimana cara untuk mengendalikannya dengan cara yang betul.


"Pasal saya gila glamour pula, perkara itu tidak masuk akal kerana saya sudah menceburi bidang ini pada usia belasan tahun lagi. Waktu itu saya adalah vokalis kumpulan rock Rajawali tapi, saya terpaksa tinggalkan bidang muzik yang saya minati itu kerana bapa saya tidak merestuinya," kata Datuk S.


Mengenai bidang tugas terbarunya, beliau berkata ia sejajar dengan perkembangan industri media baru (new media) di Malaysia yang menunjukkan peningkatan menggalakkan.


Antara artis yang hadir pada majlis itu ialah Adiputra, Fouziah Gous, Avaa Vanja, Harun Salim Bachik dan Noniswara.


P/S:isk isk..Dato S nie bukannye hensem pown..asik peluh2 saja..mana fasha nak..skrg nie kan fsha ngan tengku ismail..huhu...well well...aku rasa fasha cume nak kikis duit ko tu dulu....atau saja nak test power dia..ahaaa~~fasha...ko memang playgirl..salute
Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-