Search in my-sensasi !! upgraded

RECENT POST @ Entri Terkini

Friday, July 4, 2008

Musim akuan Sumpah

Share







Perang peribadi antara Anwar dan Najib.

Kronologi perang:
1. Raja Petra membuat akuan bersumpah berkenaan Datin Rosma .
2. Laporan polis Anwar meliwat.
3. Presiden PKR dedah gambar Saiful bersama pegawai kanan Najib.
3. Dato' Najib menafikan ada kena mengena dengan Saiful (macai siapa ?) namun akui pernah berjumpa dengan Saiful kerana urusan biasiswa. Rupanya senang nak jumpa Timbalan PM ni ekk..nak apply biasiswa pun boleh jumpa, ala-ala jumpa Penghulu Mukim nak minta cop sokongan jer...
4. Akuan bersumpah penyiasat persendirian Razak Baginda, P Balasubramaniam hubungan Najib dan Altantuya.
5. Di Buletin Utama TV3 , Dato' Najib membuat sidang akhbar mengakui pula Saiful ada berjumpa dengannya mengadu diliwat Dato' Anwar . Kemudian dia menasihatkan budak Saiful membuat laporan Polis. Dato' Najib kata tak salah saiful sebagai rakyat nak berjumpa dengan pemimpin. Pada kenyataan pertama Dato Najib kata jumpa sekali jer pasal biasiswa (?) Lagi sekali senang rupanya nak jumpa Dato' Najib ni..memang beliau berjiwa rakyat betullah sebab tu disayangi oleh peneroka Felda (menurut majalah ICT Felda la).

Perang antara 2 'kepala' menjadi isu hangat rakyat Malaysia. Masing-masing buat andaian sendiri.

Pokoknya siapa antara pemimpin ni yang jadi Raja Penipu/Raja Fitnah..? Apa pun yang nampak cool ialah Pak Lah ( tak tahu dalam hati dia risau tak risau .Dia dah declaire bebaskan Badan Kehakiman dari pengaruh politik) dan PAS pula nampaknya "play safe". Apalagi Dato' Najib fight lah di Mahkamah, rakyat Malaysia pun nak tau. Pada akuan Raja Petra, Datin Rosma dah kata tak nak saman, malas nak layan kununnnya.

Kita sebagai rakyat senang jer..Siapa tipu tanggunglah di Akhirat besok..baik kita sibuk tingkat amalan kita dan ekonomi kita buat overtime atau part time lagi baik dari menumpang 'saham' zaman fitnah-menfitnah ni. Bak kata Mufti Perlis, kalau berani dua-dua junjung Al-Quran lah..
Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-