Search in my-sensasi !! upgraded

RECENT POST @ Entri Terkini

Friday, July 25, 2008

Fasha nafi mencarutkan wartawan

Share









KUALA LUMPUR, 25 JULAI 2008: Kalau diperhatikan, agak luar biasa kehadiran wartawan ke sidang media Akukah Tanggang yang dihadiri pelakon Fasha Sandha di Restoran Ole-Ole, Bali, Sunway Pyramid, petang semalam.


Selain wartawan hiburan yang biasa membuat liputan, beberapa pengarang daripada media berpengaruh turut kelihatan.


Ironinya, difahamkan, mereka bukanlah hendak menulis cerita tentang pelakon itu sebaliknya hendak bersemuka dengannya berhubung beberapa isu dan gosip seperti bermulut lancang, mengada-ngada dan suka berdolak-dalik.


Antara yang kelihatan termasuklah Nizam Kring Kring (Pancaindera), Abie Abdullah (Metro Ahad), Hafidah Samad (NST), Tengku Khalidah Tengku Bidin (Kosmo!), Ramlah Zainal (Harian Metro) serta Haji Saharudin Musthapa (Utusan Malaysia).


Apa yang diperhatikan sekarang, Fasha yang dulunya dianggap Darling dalam dunia hiburan kini melalui pelbagai reputasi yang keji gara-gara pelbagai gosip yang 'diciptanya' sendiri.


Antaranya, dia dikatakan merosakkan hubungan percintaan orang lain, mengganggu rumah tangga rakan artis, suka bertukar-tukar pasangan, kuat mabuk, mengajar wartawan cara-cara menulis berita dan terbaru, memaki hamun wartawan serta editor gara-gara melenting dengan gosip cinta.


Jadi semalam, di depan wartawan, Fasha disoal bertubi-tubi tetapi dia tetap menafikan apa yang berlaku walaupun ada ketikanya dia kelihatan tergamam. Sesekali, dia masih masih tersenyum dan ketawa kecil.


Berikut antara jawapan Fasha:


A) Berhubung gosip menjadi punca perpisahan pelakon Nora Danish dan Rizal Ashram...


"No comment. Bla, bla bla..."


B) Berhubung akan digam akhbar dan majalah arus perdana gara-gara sikap mulut lancang dan berdolak-daliknya...


"No comment, tak ada official letter pun? Bla, bla, bla..."


C) Berhubung carutkan wartawan hiburan...


"Carutkan? Demi Allah saya tak pernah melakukan demikian, sebab saya seorang yang berfikiran dan ada perasaan. Tapi apabila ada orang mengaibkan keluarga saya, saya akan stand for my right. Bla, bla, bla..."


D) Berhubung pihak istana menolak hubungannya dengan 'Tunku I'...


"No comment. Bla, bla, bla..."



E) Berhubung komen ibunya dalam akhbar tabloid yang mengesahkan dan merestui hubungannya dengan 'Tunku I'...


"Ibu saya tidak pernah memberikan statement itu. Ia tidak benar (fitnah), bla, bla, bla..."
Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-