Search in my-sensasi !! upgraded

RECENT POST @ Entri Terkini

Tuesday, June 3, 2008

Kisah Cinta Nurul Syuhada dengan DR Faiz..angkasawan negara

Share








KL, 25 MEI, 2008: Gosip yang tersebar kini tidak dapat dibendung lagi. Walaupun cuba nak bersorok dan menafikan dia belum ada kekasih, dalam senyap-senyap, sesuatu yang menarik khabarnya sedang berlaku antara pengacara cantik, Nurul Syuhada Nurul Ain dengan calon kedua Angkasawan Negara, Mejar Dr Mohd Faiz Khaleed!


Sumber memberitahu sensasi, semalam, mereka berdua sudah intim sejak 3 bulan lalu. Pertemuan mesra yang sedang membawa ke bibit mengenali hati budi masing-masing itu berlaku selepas Nurul diberi tugasan untuk menemubual Dr Faiz tentang pencapaiannya dalam kerjaya, tidak lama dulu. Cewaah... kira-kiranya ada follow-up lah lepas tu ye!


Sebelum ini dalam satu laporan akhbar, Nurul sendiri mengakui bahawa hatinya dah dimiliki. Kata Nurul, lelaki itu seorang doktor gigi yang berkhidmat di klinik tentera dan usianya 28 tahun. Haa, selepas sensasi menyiasat, rupanya orang itu tidak lain daripada Dr Faiz tetapi Nurul merasakan tidak wajar ketika ini untuk mendedahkan mengenai hubungan yang masih terlalu awal itu.

Jadi, sahlah gosip liar kononnya Nurul ada something on dengan Datuk Seri Farid Ridzuan itu tidak benar, sampaikan mereka terpaksa buat laporan polis!


Meminjam sekejap kata-kata Saida AF6, "OKlah Tuuuu..." sensasi sangat gembira dengan perkembangan ini kerana Nurul seorang gadis yang baik dan peramah. Selayaknya dia juga harus mendapat lelaki yang berhemah, bijak, berani dan berbudi macam Dr Faiz tu.


Kalau jadilah ikatan antara mereka, sensasi merasakan ia sungguh unik kerana Nurul graduan dalam bidang Sains Marin manakala Dr Faiz pula doktor gigi yang sedang mendalami ilmu angkasa lepas. Hah kata orang, memang geniuslah percintaan tu! Eloklah, seorang boleh diving ke dasar laut, seorang lagi boleh 'terbang' ke angkasa lepas!


Cuma yang perlu dinyatakan di sini, Dr Faiz masih terikat dengan program angkasa lepas dan tidak digalakkan berkahwin dalam tempoh 3 tahun akan datang sehinggalah misi kedua untuk kita ke angkasa lepas itu selesai pada 2011.


Alah, apa nak dirisaukan, 3 tahun sekarang macam 3 bulan. Kalau ada jodoh yang kuat, ia takkan ke mana, ibarat ikan di laut, asam di langit... di bumi juga bertemu mereka!
Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-