Search in my-sensasi !! upgraded

RECENT POST @ Entri Terkini

Thursday, June 12, 2008

Britney Ingi memeluk Islam?

Share







LOS ANGELES, 16 JAN 2008: Salah satu azam Britney untuk 2008 adalah cuba berbaik-baik dangan golongan paparazzi. Lebih dari itu, berita yang sensasi dengar, Britney yang menjadi perhatian setiap paparazzi sepanjang tahun 2007 kerana sikapnya yang liar dan tidak terkawal itu, sudah membuat keputusan untuk berkawan dengan seorang paparazzi bernama Adnan Ghalib kelahiran Maghribi.


Apakah motif sebenar Britney?


Cerita yang sensasi dengar, baru-baru ini, kerana terlalu taksubkan jejaka berkenaan, Britney yang baru kembali dari bercuti di Mexico dengan lelaki itu, didapati memakai baju kahwin yang pernah dipakainya pada 2004 ketika pernikahannya bersama bekas suaminya, Kevin Federline (K.Fed).


Adakah itu bermakna, Britney sudah menjadi isteri kepada Adnan? Kalau tidak, manakan boleh dia berpakaian sedemikian di hadapan khalayak?


Bukan itu saja, malah kecoh di laman web, blog dan media antarabangsa yang mengatakan keinginannya untuk memeluk agama Islam, selain berusaha untuk mendapatkan seorang lagi anak. Adakah benar atau hanya permainan gimik?


Lebih awal daripada itu, sehari sebelum penyanyi yang popular dengan lagu Gimme More itu dikejar ke hospital pada 4 Januari lalu, beliau telah meninggalkan satu nota yang telah dijumpai oleh pengawal peribadinya.


Antara kandungan nota tersebut adalah seperti pelbagai alasan mengapa dia sudah tidak layak untuk hidup lagi, termasuklah juga beberapa puisi berkaitan kematian. Britney turut mengatakan bahawa, kehidupannya sudah tidak bermakna lagi.


Selain itu juga, Britney turut mangadu bahawa hidupnya kini sering dibelenggu kesunyian dan penuh dengan ketidakadilan. Tulisnya dalam nota berkenaan, satu-satunya jalan penyelesaian terbaik untuk dirinya adalah dengan meninggalkan dunia ini.
Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-