Search in my-sensasi !! upgraded

RECENT POST @ Entri Terkini

Sunday, May 11, 2008

Share








KUALA LUMPUR, 7 MEI 2008: Keadaan pelakon Nasreen Ngasri atau Darling, 25, bersama ibunya, Habibah Jaafar, 53, yang ditimpa kemalangan 2 hari lepas, semakin pulih namun masih menerima rawatan rapi. Kedua-dua mereka dipindahkan ke wad VIP di Hospital Tawakal Kuala Lumpur tepat jam 11 pagi tadi.


Darling, ibu serta adiknya, Norsuhada, 14, terbabit dalam kemalangan di kilometer 247, Lebuhraya Utara-Selatan dekat Plaza Tol Senawang kira-kira, jam 7.50 pagi kelmarin. Kereta BMW yang mereka naiki terbabas lalu terlanggar belakang sebuah lori yang membawa pokok bunga dalam keadaan hujan.


Ketika ditemui hari ini, Darling yang masih terlantar di katil mengadu sakit kepala selepas bius pembedahan di kepalanya mulai hilang. Pelakon itu dinasihatkan agar kurang bercakap kerana boleh mengakibatkan rasa pening di kepala.


"Beginilah keadaan Darling - hanya boleh terbaring dan asyik pandang dinding saja. Semalam Darling baru saja buat pembedahan di bahagian kepala untuk mengeluarkan sisa-sisa kaca yang ada tapi Darling tidak tahu berapa besar saiz kaca itu. Apapun Darling amat bersyukur kerana terselamat dalam kemalangan tempoh hari.


"Syukur juga kaki dan tangan Darling tidak cedera. Darling cuma cedera teruk di kepala. Paling teruk, bahagian kanan leher Darling patah. Nasib baiklah tulang belakang Darling tidak cedera.


"Setakat ini, Darling diberitahu perlu memakai halo brace untuk menampung kecederaan leher Darling ini. Jadi, sekarang Darling sedang menunggu halo brace yang ditempah. Selagi Darling tidak pakai halo brace, Darling tidak boleh bangun atau bergerak bebas. Darling kena pakai halo brace itu selama 2 bulan," kata pelakon dan produser muda itu.


Apa yang pasti, adik Darling sudah pun dibenarkan pulang walaupun sewaktu tragedi itu dia tersepit di bahagian belakang kereta. Mujurlah adiknya hanya mengalami retak di bahagian rahang. Manakala ibu mereka pula masih ditahan buat sementara waktu kerana mengalami keretakan di bahagian kanan kakinya dan bengkak pada bahagian muka serta mata.

Sewaktu melawat Darling di wad ada beberapa rakan artis turut kelihatan seperti Aspalela Abdullah, Mak Jah (pelakon Sembilu Kasih) dan abang Darling sendiri iaitu Bell Ngasri.

Minggu lalu ada menyiarkan berita gosip mengenai hubungan intim Darling dengan Pengarang Hiburan Harian Metro, Adam Salleh. Mereka pernah dilihat muncul bersama di tempat umum dan majlis keramaian.
Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-