Search in my-sensasi !! upgraded

RECENT POST @ Entri Terkini

Sunday, May 11, 2008

Ashraf Cemburu Babak Cium Bunga-Andhika?

Share








KL, 7 MEI 2008: Hai, gara-gara adanya babak cium antara Bunga Citra Lestari dengan Andhika Pratama dalam filem Ada Kamu Aku Ada, dengar-dengar ada insan yang tidak senang duduk dan dilanda perasaan cemburu.


Siapa lagi kalau bukan si teman lelaki Bunga iaitu Ashraf Sinclair!


Yalah, macam manalah si Ashraff tu tak cemburu, bukankankah girlfriendnya itu seorang yang cantik dan seksi! Tentunya bila ada aktor kacak lain cuba dampingi si buah hatinya itu walaupun dalam lakonan, mestilah hati Ashraff jadi 'panas' dan diserang api cemburu! Manusia biasa katakan...


Bukan setakat itu saja, MS dimaklumkan lagi, Bunga pada awalnya langsung tidak memberitahu Ashraff bahawa adanya babak cium antara dia dan Andhika dalam filem arahan Rizal Mantovani itu. Mungkin juga Bunga tidak berasakan bahawa adegan ciuman semacam itu sebagai sesuatu perkara yang perlu diperbesarkan.



Hai, entahlah MS pun tidak tahu nak cakap apa. Tapi, apa yang penting, MS dapat tahu, hubungan mereka berdua sudah kembali jernih semula seperti sedia kala selepas diberikan penjelasan. Baguslah...

Sensasi:Khabarnya ada byk adegan cium antara bunga dengan andhika dlm filem itu..isk isk..
Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-