Search in my-sensasi !! upgraded

RECENT POST @ Entri Terkini

Tuesday, May 27, 2008

Lagi Saksi Kejadian Tren Terbabas di sentul

Share










Klik sini ..

Eja dan Suaminya...

Share









Aku dah check no plate yg kau cakap tu. EJA 4 takde pemilik.
No plate EJA 78 - pemiliknya MOHD SILAHUDDIN BIN JAMALUDDIN.

Nama dia MOHD SILAHUDDIN lah? Short name tu lah SILA JAMALUDDIN? Kalau
betul lah dia, MOHD SILAHUDDIN ni MD kat Tajo Group Berhad.

Name: Mohd Silahuddin Bin Jamaluddin
Age: 44
Nationality: Malaysian
Qualifications: Bachelor of Business administration in Information
System, Georgia State University, USA

Working experience and Occupation:
Self employed, Insurance Agency in USA,
1986 to 1994. Sales Manager, Platt Music Corp. in USA
1984 to 1986. He sits on the board of several private limited companies
in Malaysia, including several subsidiaries of Tajo Berhad and Mangium
Industries Bhd. (Formerly Known As Serisar Industries Bhd.)

Betul lah macam kita gossip sebelum ni. Laki dia tu duda. Dulu laki dia
tu kawin dengan orang putih. Dah divorced baru kawin dengan Eja.



erm.....aku nak bg tahu kat korang ni............tapi aku takut aku
tersalah buat andaian pasal eja ni.....tapi benda ni aku nampak and
dengar dengan mata and telinga aku..........

HARI TU...AKU PEGI TEMANKAN TUNANG AKU CARI RUMAH SEWA KAT
SEPANG....DEKAT TAMAN DAHLIA (SALAK TINGGI). MASA TU DIA LETAK SATU
PAPAN TANDA (RUMAH UNTUK DI SEWA, SILA HUBUNGI SELLY 01.........) SO
MEMANG LANGSUNG TAK TAHU PUN SELLY TU SAPA....

KITORANG BUAT APPOINTMENT NAK JUMPA NGAN SI SELLY TU....TEPAT MASA YG
KITORANG JANJIKAN ADA SATU KERETA BMW DATANG...

KUARLAH SORANG POMPUAN PAKAI SPEC HITAM...AND SORANG LELAKI YG DALAM
GAMBAR TU..KUAR

POMPUAN TU PUN SALAM NGAN AKU...DIA PERKENALKAN NAMA DIA SHAHRIZA ATAU
LEBIH DIKENALI ngan EJA. DIA KATA LAKI TU HUBBY DIA...

MASA DIA KATA TU AKU RASA CAM TAK CAYA JE YG DIA TU DH KAWEN....AKU BUAT
MUKA BLUR...MUNGKIN DIA PERASAN KOT MASA TU MUKA AKU CAM SIAMANG..DIA
PUN HABAK KAT AKU KALI KEDUA YG ITU HUBBY DIA..

DIA PANGGIL LAKI TU PUN "BY". SO AKU NGAN TUNANG AKU PUN CONFIRMLAH YG
MEMANG DIORG NNI DH KAWEN...

RUMAH YG TUNANG AKU SEWA TU PUN DIA BELI MASA DIA JADI PRAMUGARI...RUMAH
TU OK SGT..PERABUT BANYAK YG DIA TINGGAL KAN...SIAP LANGSIR LAGI DIA
BG..

SEKARANG NI TUNANG AKU SEWA KAT SITU...RUMAH 2 TINGKAT ...BESAR...SO
BERBALOILAH SEWA KAT SITU..HARGA PUN OK..

tapi aku tak tahulah kalau dia just nak tipu aku waktu tu...(yg itu
hubby
dia)

Saturday, May 24, 2008

Menteri Tol yang Baru!

Share









Dulu Samy Vellu merupakan menteri tol malaysia...
kini...

Menteri Tol Yang Baru??

Klik sini ..

Ganyang Malaysia??

Share

















Thursday, May 22, 2008

Surat Utk Boss

Share








Kepada Boss,,,



Saya mohon maaf kerana hari ini saya terlambat lagi datang ke pejabat.

saya tau, termasuk hari ni, saya dah 10 kali lewat ke pejabat.



Sorry Boss!



Saya tau sepatutnya saya masuk pejabat pukul 8:30 pagi. Tapi oleh kerana

lewat, saya terpaksa sampai di pejabat pukul 9:00 atau pukul 10:00

pagi.Tapi percaya lah boss, saya bukan sengaja. Keadaan yang buat saya

begini. Saya bangun awal Boss. Pukul 6:00 saya dah siap mandi dan pakai

baju. Saya turun dari rumah saya pun awal jugak. Boss pun tau saya just

duduk Ampang, dekat jer.



Tapi Boss, bila sampai di pertengahan jalan saya jadi pening Boss. Saya

percaya kalau Boss sendiri berada di tempat saya, Boss pun mesti sampai

lewat jugak ke pejabat. Percaya lah Boss. Saya tak bohong. Kalau Boss nak

tau kenapa saya selalu datang lewat ke pejabat, meh sini biar saya

tunjukkan..........................



Yang benar,



Pekerjamu yang disayangi

Spiderman Save the world once again..hehe

Share







39 sebab kenapa Tun Mahathir keluar UMNO

Share







1. Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, Presiden UMNO, Pengerusi Barisan Nasional dan Perdana Menteri telah menyalahkan semua orang kecuali dirinya sebagai penyebab prestasi Barisan Nasional yang buruk pada Pilihanraya Umum ke-12.

2. Dia menyalahkan pengundi kerana kononnya tidak mahukan dia menang dua-pertiga majoriti; ahli Barisan Nasional kerana sabotaj, ahli UMNO di Kedah dan Perak juga kerana sabotaj, Tengku Razaleigh Hamzah kerana kekalahan Barisan Nasional di Kelantan dan saya sendiri kerana lantang mengkritik dirinya dan Kerajaan pimpinannya.


3. Apa yang dikatakan olehnya bukanlah semuanya salah. Ada banyak kebenaran di dalam apa yang dikatakan. Saya tahu ramai ahli UMNO yang mengundi pembangkang. Saya akui apa yang saya katakan mungkin pengaruhi sesetengah daripada mereka untuk lakukan apa yang tidak pernah terfikir oleh mereka.

4. Tetapi soalnya, kenapakah mereka berbuat demikian? Ahli UMNO selalunya amat setia terhadap parti mereka. Mereka tidak akan mengundi pembangkang, terutamanya PAS dan DAP. Tetapi di dalam Pilihanraya Umum 2008, mereka buat demikian. Bagaimana pembangkang boleh menang jika mereka tidak mendapat undi penyokong Barisan Nasional? Kekurangan jumlah undi pada calon Barisan Nasional hampir sama jumlahnya dengan peningkatan undi untuk parti pembangkang.

5. Selama 50 tahun dan 11 Pilihanraya Umum, ahli UMNO dan rakyat Malaysia secara purata tidak pernah gagal menyokong UMNO mahupun Perikatan/Barisan Nasional. Kecuali pada tahun 1969 apabila orang Cina tidak memberi sokongan mereka, Perikatan dan Barisan Nasional menang dua-pertiga majoriti tiap kali.

6. Tunku Abdul Rahman (kecuali Pilihanraya Umum tahun 1969), Tun Razak, Tun Hussein Onn, dan saya sendiri tidak pernah gagal menang lebih dua-pertiga majoriti. Sudah tentu kami tidak pernah menyalahkan ahli parti kerana sabotaj. Tetapi Dato Seri Abdullah mengakui bahawa dirinya telah disabotaj oleh ahli UMNO.

7. Ahli UMNO tidak mahu parti mereka kalah. Tetapi mereka rasakan perlu untuk hantar mesej kepada Dato Seri Abdullah dan konco-konconya yang hanya berminat untuk mengiakan setiap apa yang dia katakan. Mereka (ahli UMNO) tidak boleh meluahkan perasaan mereka kerana semua jalan telahpun tertutup. Perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO dipilih kerana mereka tidak akan mengkritik Presiden. Anak saya Mukhriz apabila menyatakan tidak ada benda baru yang disampaikan presiden parti dalam ucapan 2006 telah dipanggil oleh Jawatankuasa Pemuda, dimarahi dan diarah untuk memilih antara bapanya dan Presiden.


8. Majlis Tertinggi UMNO dan Kabinet dipenuhi "Yes-Men" yang tidak pernah menyuarakan ketidakpuasan hati ahli UMNO di peringkat akar umbi. Ahli UMNO diugut tindakan disiplin jika mendengar ucapan sesiapa yang tidak mendapat restu atau kelulusan Presiden. Ini termasuk saya. Polis dan UMNO Negeri akan memanggil pihak yang menjemput saya dan diarah menarik balik jemputan mereka.

9. Apabila ahli UMNO tidak dapat menyuarakan pendapat sebenar mereka berkenaan Kerajaan, hanya terdapat satu cara sahaja bagi mereka untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka, iaitu dengan undi mereka dalam Pilihanraya Umum. Undi secara dasarnya adalah rahsia. Begitu takutnya pengundi UMNO ini akan orang lain mengetahui tentang niat mereka, maka mereka tidak mendedah kepada sesiapapun niat mereka untuk mengundi pembangkang. Begitulah sehinggakan tiada siapa dapat meramal dengan tepat peralihan sokongan yang besar yang berpihak kepada pembangkang.

10. Sesetengah ahli UMNO masih tidak sanggup mengundi pembangkang. Oleh itu mereka sengaja rosakkan undi mereka. Terdapat 300,000 undi rosak, satu angka yang mungkin terbesar dalam sejarah pilihanraya. Tak mungkin setelah 50 tahun dan 11 Pilihanraya Umum pengundi masih lagi tidak tahu bagaimana nak mengundi.

11. Mungkin kerana saya pengundi UMNO berbuat demikian. Saya telah menyeru ahli UMNO untuk mengundi calon yang terbaik dan bukan hanya parti. UMNO boleh meletakkan calon yang benar-benar baik tetapi walaupun Presiden memberi jaminan yang semua calon bersih dan berkelayakan, mereka kalah. Ini kerana calon tidak baik dan ini mengganti calon yang berjaya atau "giant killers" yang telah berjaya pada pilihanraya lalu. Kebanyakan calon payung terjun muda dan ahli UMNO marah kerana mereka syak calon muda ini dipilih oleh orang tertentu. Buatlah satu kajian untuk tentukan berapa ramai calon baru ini yang kalah.

12. Kepimpinan parti percaya yang ahli UMNO akan undi siapa sahaja yang dipilih oleh kepimpinan parti. Kepimpinan salah apabila memiliki pendapat ini.

13. Pengundi UMNO begitu sekali marah hinggakan mereka sanggup undi calon pembangkang yang bukan sahaja tidak layak dari segi akademik, tetapi tidakpun berpengalaman.

14, Kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional, terutamanya Dato Seri Abdullah patut terima kenyataan. Pengundi tidak menolak atau sabotaj Barisan Nasional tanpa sebab. Pada tahun 2004 pengundi belum lagi dapat menilai kepimpinan Dato Seri Abdullah. Jadi tidak ada sabotaj. Tetapi pada 2008 mereka telah dapat melihat siapa sebenarnya Dato Seri Abdullah. Dan mereka tidak suka apa yang mereka lihat.

15. Perkara pertama yang dilakukan selepas menjadi Perdana Menteri ialah untuk membawa masuk ahli keluarganya secara tidak rasmi ke dalam pentadbiran Kerajaan. Beliau boleh menafikannya tetapi orang ramai tahu akan kegiatan Khairy Jamaluddin dan Kamaluddin Abdullah serta konco-konconya termasuk budak-budak Tingkat Empat. Mereka sering turut serta dalam mesyuarat rasmi Kerajaan dan apabila Perdana Menteri mengadakan perjumpaan.

16. Kemenangan Khairy Jamaluddin sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO menaikkan kebencian ramai. Jika veteran parti dengan rekod perkhidmatan yang lama yang menang tanpa bertanding tidak ada sesiapa yang akan membantah. Tetapi Khairy berada dalam UMNO kurang dari lima tahun dan tidak pun mempunyai rekod perkhidmatan cemerlang di dalam UMNO. Bagaimana dia boleh menang tanpa bertanding?

17. Pengambilalihan Scomi oleh Kamaluddin timbulkan tandatanya. Seorang pemegang saham terbesar Scomi ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Dia masih lagi ditahan. Pada waktu yang sama Scomi menang banyak kontrak yang melibatkan kelulusan Petronas.18. Scomi juga telah mengambil-alih M-Trans baru-baru ini kerana sistem monorel telah dicadangkan untuk Pulau Pinang. Keputusan juga dijangka dibuat untuk meneruskan projek monorel Putrajaya.

19. Setelah berjanji ketelusan dan pengagihan kontrak melalui tender terbuka, Kerajaan terus memberi kontrak yang besar kepada Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), dan selalunya sebelum Unit Perancang Ekonomi dapat membuat penilaian dan perancangan. Tidak ada tender. GLC ini tidak punyai kemampuan untuk menjalankan projek-projek ini. Ianya kemudian akan di sub-kontrak kepada kontraktor-kontraktor yang tiada sesiapa pun tahu. Dipercayai bahawa harga kontrak ditingkatkan melebihi harga jangkaan asal.

20. Kalimullah Masheerul Hassan dan ECM-Libra tiba-tiba menjadi begitu terkenal. Kalimullah mempunyai pengaruh yang kuat ke atas Kerajaan. Sebuah syarikat Kerajaan yang besar, Avenue Assets digabungkan dengan ECM-Libra yang rendah nilai sahamnya. Tetapi nilai saham Avenue Assets sengaja diturunkan supaya ECM-Libra dapat menguasai syarikat gabungan ini.

21. Kalimullah juga berpengaruh kerana dianya adalah timbalan pengerusi eksekutif New Straits Times Press dan mempunyai suara yang besar di dalam bilik berita New Straits Times. Oleh itu Dato Seri Abdullah sentiasa dipaparkan dalam keadaan yang amat baik. Cerita yang menonjolkan Abdullah akan mendapat kelulusan untuk disebar meluas.

22. Malang bagi Abdullah, dia mula mempercayai cerita-cerita ini dan menyangka yang dia benar-benar popular. Oleh sebab itu dia telah mengadakan pilihanaya awal menyangkakan yang dia akan sapu bersih. Dia tidak menjangkakan yang pengundi menolak kepimpinannya. Tetapi dia masih lagi bertegas bahawa dia menang.


23. Di awal pemerintahannya dia memutuskan untuk tidak meneruskan apa yang dikatakan "mega projeck" yang saya sendiri telah mulakan. Itu haknya. Yang tidak betul dan apa yang membuatkan orang berfikir yang dia sebenarnya berdendam adalah cadangan yang mengatakan saya membuang duit ke atas banyak "pet" projek saya sehinggakan Kerajaan sudah tidak mempunyai wang untuk meneruskannya. Sebenarnya orang tahu bahawa projek-projek berkenaan amat diperlukan. Bayangkan Malaysia tanpa KLIA, Stesen Sentral, Jambatan Pulau Pinang, Lebuhraya Utara-Selatan, projek rel-keretapi berkembar dan elektrik, LRT, monorel Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya, lebuhraya bertol, Pelabuhan Barat, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Litar lumba Formula 1, Menara KL dan lain-lain

24. Saya tidak akan sebutkan berkenaan perkara-perkara yang dilakukannya yang menyentuh diri saya dan umumnya tidak diketahui orang ramai. Ini kerana pengundi tidak mungkin dipengaruhi perkara ini.25. Tetapi apa yang diketahui ialah reaksinya terhadap kritikan saya berkenaan APs (Approved Permits) dan keputusan untuk tidak membina jambatan bengkok di Johor. Dia dan menteri-menterinya menghina saya di khalayak ramai dan di satu ketika hendak melucutkan saya daripada keahlian parti. Datuk Seri Nazri Aziz terutamanya, amat biadap.

26. Rakyat juga tahu bahawa dia dan rakan-rakan Kabinetnya, yang kebanyakannya adalah lantikan saya amat tidak mengenang budi. Rakyat juga tahu bahawa jika bukan kerana saya Abdullah tidak akan jadi Perdana Menteri hari ini. Begitu juga kebanyakan yang lain yang dilantik Menteri oleh saya. Mereka dahulunya merupakan penyokong kuat saya, cium tangan saya dan menangis apabila saya meletakkan jawatan. Sekarang mereka menentang saya dan menghina saya dengan cara yang amat tidak sopan. Saya tidak tersinggung kerana ini tetapi saya fikir orang ramai anggap perangai sebegini amat buruk.

27. Ketakutan yang Abdullah semaikan dalam diri Menteri-Menterinya, ahli Majlis Tertinggi UMNO dan kepimpinan UMNO yang lain begitu hebat sekali sehinggakan tiada yang sanggup berdiri mempertahankan saya ataupun untuk mempertikaikan apa yang Abdullah dan rakan-rakannya kata.

28. Jika Singapura tidak bersetuju untuk membina jambatan lurus melainkan pasir dijual kepadanya, kita sepatutnya boleh teruskan pembinaan jambatan bengkok kerana ianya tidak ada kena-mengena dengan Singapura. Tetapi kerana marahkan penolakan rakyat Johor terhadap usaha menjual pasir dan kebenaran bagi jet pejuang Singapura melintasi ruang udara Johor, Abdullah telah batalkan pembinaan jambatan bengkok. Kenapa?

29. Saya percaya ianya kerana 1 billion meter persegi pasir yang dia mahu jual kepada Singapura tetapi dibantah Johor. Ada orang yang akan mendapat untung hingaa satu bilion Ringgit dalam masa 20 tahun dari penjualan pasir. Singapura bersedia membeli pasir pada harga yang lebih tinggi daripada pasaran kerana tanah yang ditambak akan dijual pada harga antara 3,000-5,000 dolar Singapura satu kaki persegi.

30. Bantahan Johor adalah kerana perlombongan pasir dasar laut akan menyebabkan hakisan pantai, kemusnahan kawasan pembiakan ikan dan akan menyebabkan nelayan Johor kehilangan kawasan menangkap ikan. Royalti yang akan dikutip Johor juga tidak terbanding dengan keuntungan yang diraih Singapura dengan mejual tanah tambak.

31. Terdapat beberapa perkara lain yang dilakukan Abdullah yang orang tidak suka. Ini termasuk isu pengeluaran AP, penjualan MV Agusta, masalah bangunan CIQ Johor Baru, pembatalan projek landasan berkembar dari Johor Baru ke Padang Besar, masjid kristal di Terengganu, Monsoon Cup, koridor-koridor serta pengubahsuaian Seri Perdana.

32. Banyak juga perkara yang tidak popular yang dilakukan Dato Seri Abdullah yang telah menyisihkan ahli serta pengundi UMNO dan Barisan Nasional secara umumnya. Jika ada sesiapa yang patut dipersalahkan kerana prestasi buruk UMNO dan Barisan Nasional, dianya adalah Dato Seri Abdullah sendiri. Ini adalah pendapat majoriti kebanyakan rakyat Malaysia. Jika mereka diberi kebebasan bercakap, inilah yang akan mereka katakan.

33. Walau bagaimana pun beliau menolak yang beliau adalah punca segala-galanya. Walau betapa ramai orang yang beliau salahkan, beliau tidak boleh menerangkan kenapa malapetaka yang melanda UMNO, MCA, MIC dan Gerakan dan Barisan Nasional ini tidak pernah berlaku dibawah empat Perdana Menteri yang terdahulu, tetapi hanya berlaku dibawah pentadbirannya. Dia tidak boleh menerangkan kenapa berlaku sabotaj oleh ahli UMNO dan parti komponen pada tahun 2008 sedangkan sebelum ini mereka amat setia dan tidak pernah gagal memberi Perikatan dan Barisan Nasional kemenangan dua-pertiga majoriti di Parlimen dan kemenangan di hampir semua negeri-negeri.

34. Jika Dato Seri Abdullah berdegil tidak mahu mengundur diri dan jika dia cuba untuk mengenepikan usaha peralihan kuasa sebelum Pilihanraya Umum akan datang, pengundi serta ahli parti yang meluat dengannya akan tentukan Barisan Nasional dikalahkan di peringkat Pusat dan Negeri sebagai satu cara untuk menyingkir beliau dan mengakhiri tempohnya sebagai Perdana Menteri.

35. DAP dan PAS akan tentukan Dato Seri Abdullah terus jadi Perdana Menteri hingga Pilihanraya Umum seterusnya kerana serupa seperti 2008, pengundi Barisan Nasional yang menyampah dengan BN akan meyokong pembangkang. Kemarahan Karpal Singh terhadap serangan saya ke atas Dato Seri Abdullah ialah kerana saya mungkin menyebabkan Dato Seri Abdullah undur diri. Dengan ini DAP dan parti pembangkang yang lain akan kehilangan satu orang yang tentunya akan menolong mereka menang. Ini akan menjadi realiti sekiranya PAS dan DAP berjaya mediri Kerajaan yang baik bagi Negeri-negeri di bawah pentadbiran mereka.36. Apabila ini terjadi maka tidak akan ada apa-apa lagi harapan bagi UMNO untuk kembali berkuasa.

37. Seperti yang saya katakan, saya mengaku bertanggungjawab terhadap kemerosotan prestasi UMNO dan Barisan Nasional. Sebabnya ialah jika Dato Seri Abdullah menang besar beliau akan terus mengabaikan objektifnya untuk UMNO dan untuk kesejahteraan Malaysia.

38. Saya akan anggap diri saya sebagai pengkhianat bangsa jika saya biarkan ini berlaku. Dan mereka yang terus menerus mengampu Dato Seri Abdullah akan menjadi pengkhianat negara, bangsa dan orang Melayu serta agama mereka juga.

39. Akhirnya, analisa menunjukkan yang bertanggungjawab bagi kekalahan yang dialami Barisan Nasional ialah Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri. Jika dia mahu menebus dirinya dan bantu pulihkan UMNO dan BN dia harus meletak jawatan dan biarkan kerja-kerja pemulihan dijalankan oleh pihak lain. Selagi dia terus kekal Presiden UMNO, Pengerusi BN dan Perdana Menteri Malaysia, pemulihan adalah mustahil

Tuesday, May 20, 2008

Share







www.my-sensasi.blogspot.com

Anak Pontianak (zarina-ann-julie)

Share









Haih,tak habis dengan kontroversi lama anak pontianak nie buat kecoh lagi...
Minah nie kali nie dengan suit mandi yang amat menjolok mata...

Klik sini utk tengok lagi gambar anak pontianak ini

Faizal Tahir Lemas

Share









Faizal tahir hampir lemas semasa penggambaran video klip “Sampai Syurga” .
Khabarnya Faizal yang memang mempunyai Fobia dengan kolam renang dan air dalam, telah menyahut cabaran membuat video klip itu untuk melawan fobianya itu.Namun ketakutannya telah mengatasi dan menyebabkan faizal yg disimbolkan sebagai Superman Malaysia itu lemas.Faizal dilihat terkapai2 dan panik telah diselamatkan oleh lifeguard swimmingpool tersebut.

P/s:Lepas nie komprem faizal tak masuk kolam dah..hehehe

Aku yang seorang..

Share







Aku yang sorang... .
Makan Sorang2..
Minum pun, sorang2...
Nak makan dua orang...
Tapi takut tak kenyang... .

Aku yang sorang...
Bangun pagi sorang...
Tido pun sorang...
Hajat dihati nak tido dua orang..
Tapi buat sempit bilik pulak karang... .

Berjalan sorang2...
berlari pun sorang2...
Bejoging pun sorang2
Ingat nak ramai orang..
Tapi tu, marathon lah korang..

Lepak sorang2.. mimpi pun sorang2...
berangan sorang2.. jiwang pun sorang2...
Pegi bandar sorang2.. balik bandar pun sorang2...
Dah sebulan aku tak kebandar sebab ramai sangat orang...

Semalam aku sorang...
Kini aku masih sorang...
Esok lusa sorang lagi kot...
Tapi, dekat stadium semalam, ramai pulak orang..

Tapi...
Aku bukannya orang-orang. ..
Aku bukannya orang utan..
Aku juga bukannya orang minyak...
Dan aku juga bukannya orang gila...
Dan aku juga bukanlah orang jahat...
Bukan gak orang kena sawan..
Tapi aku juga orang... macam orang lain jugak
Macam ko jugak lah masa engko sorang dulu !!

Aku tahu...
Aku bukanlah orang berada...
Aku juga bukanlah orang glamer...
Dan aku bukanlah orang ternama...
Walaupun aku hanya orang biasa...
Aku tetap orang...
Aku ingin menjadi gaban
Tapi nak jadi gaban kena gagah..
Tapi gaban tu bukannye hensem pun..
Lagi hensem ultramen..

Dah lah tu, korang pegilah siapkan kerja tu sesorang..
Jangan ingat aku nak tolong korang... heheheheheheh

Salam-salam. ......... ...

Saturday, May 17, 2008

Teka lagu..Belit Lidah

Share







Lagu 1
bow wrong car card two are
hang up they gent they law
none next saw dare two are
g-g near think all do are


Lagu 2

bow i large u large u
some pie pork cock sir near
upper dull arm barge u
sir cone tomb boo near chin near

saw wrong par pan tar right par pan
boo arghh crank-g dull arm pear raw hoo
sorrow mark cant deer mark cant
sorrow me 'nga' ghee deer talc tar woo



Klik sini utk tengok lagu apa nie??..

Friday, May 16, 2008

Adlin A.Ramli dah murtad??betul ke?

Share












Betul ke adlin dah murtad.anda nilaikan sendiri.Hanya tuhan yg lebih mengetahuinya.

3 cara manusia boleh murtad-melalui hati (dlm hati dah tak percaya islam)
-melalui lisan (percakapan atau nyanyian yg telah memurtadkan samada sedar atau tak) lagu2 barat byk menyimpang lirik2 nya dari agama.jadi sama2lah kita beristifar dan mengucap byk2,semoga kita masih lagi Islam.
-melalui simbol (yang dipakai,dipaparkan) -bila beli baju periksa kalau ada tanda cross jangan sesekali beli.

P/s:bukan sekadar niat boleh memurtadkan kita wahai org islam,jadi beringatlah,jangan kita mati sebgai kafir.

Tuesday, May 13, 2008

Zila Bakarin telah berubah dan bertudung (Ekslusif)

Share









Zila Bakarin kini bertudung..apa komen anda?

Funny Comic

Share











Serina Chef Wan Kahwin?

Share









Sunday, May 11, 2008

Nasha Putus Tunang dan kini Intim dengan seseorang

Share








KL, 28 APRIL 2008: Untung betul jadi orang yang cantik. Sebab bila cantik, ada saja orang yang hendak dekati. Macam itulah yang MS rasakan terhadap model dan pelakon jelita kita, Nasha Aziz, 37.


Selepas dilaporkan putus tunang dengan jurukamera Mohd Helmi Mohd Yusof, 29, Nasha nampaknya terus-menerus menjadi buruan ramai lelaki yang sentiasa mahu memiliki serta menakluki jiwanya itu.


Terbaru yang MS dengar adalah seorang jejaka yang agak dikenali juga dalam industri hiburan tanah air. Ehh... dia bukan aktor Aqasha sebagaimana yang dikatakan segelintir pihak.


Sebaliknya, dia khabarnya seseorang yang cukup bergiat aktif dalam bidang muzik tempatan. Mesti ramai yang fikir si dia itu seorang penyanyi atau pemuzik bukan? Yalah, dulukan Nasha pernah mengagumi Armand Maulana, vokalis utama band muzik Indonesia, Gigi tu.


READ MORE...

Ashraf Cemburu Babak Cium Bunga-Andhika?

Share








KL, 7 MEI 2008: Hai, gara-gara adanya babak cium antara Bunga Citra Lestari dengan Andhika Pratama dalam filem Ada Kamu Aku Ada, dengar-dengar ada insan yang tidak senang duduk dan dilanda perasaan cemburu.


Siapa lagi kalau bukan si teman lelaki Bunga iaitu Ashraf Sinclair!


Yalah, macam manalah si Ashraff tu tak cemburu, bukankankah girlfriendnya itu seorang yang cantik dan seksi! Tentunya bila ada aktor kacak lain cuba dampingi si buah hatinya itu walaupun dalam lakonan, mestilah hati Ashraff jadi 'panas' dan diserang api cemburu! Manusia biasa katakan...


Bukan setakat itu saja, MS dimaklumkan lagi, Bunga pada awalnya langsung tidak memberitahu Ashraff bahawa adanya babak cium antara dia dan Andhika dalam filem arahan Rizal Mantovani itu. Mungkin juga Bunga tidak berasakan bahawa adegan ciuman semacam itu sebagai sesuatu perkara yang perlu diperbesarkan.



Hai, entahlah MS pun tidak tahu nak cakap apa. Tapi, apa yang penting, MS dapat tahu, hubungan mereka berdua sudah kembali jernih semula seperti sedia kala selepas diberikan penjelasan. Baguslah...

Sensasi:Khabarnya ada byk adegan cium antara bunga dengan andhika dlm filem itu..isk isk..
Share








KUALA LUMPUR, 7 MEI 2008: Keadaan pelakon Nasreen Ngasri atau Darling, 25, bersama ibunya, Habibah Jaafar, 53, yang ditimpa kemalangan 2 hari lepas, semakin pulih namun masih menerima rawatan rapi. Kedua-dua mereka dipindahkan ke wad VIP di Hospital Tawakal Kuala Lumpur tepat jam 11 pagi tadi.


Darling, ibu serta adiknya, Norsuhada, 14, terbabit dalam kemalangan di kilometer 247, Lebuhraya Utara-Selatan dekat Plaza Tol Senawang kira-kira, jam 7.50 pagi kelmarin. Kereta BMW yang mereka naiki terbabas lalu terlanggar belakang sebuah lori yang membawa pokok bunga dalam keadaan hujan.


Ketika ditemui hari ini, Darling yang masih terlantar di katil mengadu sakit kepala selepas bius pembedahan di kepalanya mulai hilang. Pelakon itu dinasihatkan agar kurang bercakap kerana boleh mengakibatkan rasa pening di kepala.


"Beginilah keadaan Darling - hanya boleh terbaring dan asyik pandang dinding saja. Semalam Darling baru saja buat pembedahan di bahagian kepala untuk mengeluarkan sisa-sisa kaca yang ada tapi Darling tidak tahu berapa besar saiz kaca itu. Apapun Darling amat bersyukur kerana terselamat dalam kemalangan tempoh hari.


"Syukur juga kaki dan tangan Darling tidak cedera. Darling cuma cedera teruk di kepala. Paling teruk, bahagian kanan leher Darling patah. Nasib baiklah tulang belakang Darling tidak cedera.


"Setakat ini, Darling diberitahu perlu memakai halo brace untuk menampung kecederaan leher Darling ini. Jadi, sekarang Darling sedang menunggu halo brace yang ditempah. Selagi Darling tidak pakai halo brace, Darling tidak boleh bangun atau bergerak bebas. Darling kena pakai halo brace itu selama 2 bulan," kata pelakon dan produser muda itu.


Apa yang pasti, adik Darling sudah pun dibenarkan pulang walaupun sewaktu tragedi itu dia tersepit di bahagian belakang kereta. Mujurlah adiknya hanya mengalami retak di bahagian rahang. Manakala ibu mereka pula masih ditahan buat sementara waktu kerana mengalami keretakan di bahagian kanan kakinya dan bengkak pada bahagian muka serta mata.

Sewaktu melawat Darling di wad ada beberapa rakan artis turut kelihatan seperti Aspalela Abdullah, Mak Jah (pelakon Sembilu Kasih) dan abang Darling sendiri iaitu Bell Ngasri.

Minggu lalu ada menyiarkan berita gosip mengenai hubungan intim Darling dengan Pengarang Hiburan Harian Metro, Adam Salleh. Mereka pernah dilihat muncul bersama di tempat umum dan majlis keramaian.
Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-