Search in my-sensasi !! upgraded

RECENT POST @ Entri Terkini

Saturday, April 5, 2008

Farid kamil...pembohong besar!

Share









Pelakon dan penulis skrip filem 'Rempit', Farid Kamil merasakan dirinya cukup hebat apabila berlakon filem aksi terbaru, ‘Evolusi KL Drift’. Menurut apa yang kita dengar sewaktu sidang akhbar selepas habisnya majlis pra tonton filem berkenaan, dia mengatakan, jika ‘Evolusi KL Drift’ mendapat respon yang lebih hebat dari ‘Impak Maksima’, dia akan terus berlakon di dalam filem keluaran Skop Production.

Hai! Kenapa kena keluarkan statement begitu? Bagi uols 'statement' yang dikeluarkan oleh Farid boleh menguris hati beberapa pihak. Adakah filem ‘Impak Maksima’ tidak sehebat ‘Evolusi KL Drift’? Pada pendapat uolss, setiap filem yang dihasilkan mempunyai kehebatan masing-masing.

Sebelum ini Farid mengaku yang dia telah ditawarkan untuk membintangi drama terbaru terbitan Metrowealth. Rupa-rupanya, itu hanyalah sekadar 'propa'. Ini kerana menurut sumber produksi drama ‘Jangan Pandang Belakang’, watak yang Farid ‘claim’ untuk dirinya itu sebenarnya telah ditawarkan kepada Adi Putra dengan bayaran yang jauh lebih murah.

Aikks! Kenapa Farid sanggup 'propa' sampai begitu sekali? Mungkin sebab dia sudah tidak ada ‘job’. Menurut sumber lain pula, dengan status ‘kacang lupakan kulit’, ramai pengarah dan syarikat produksi takut untuk mengambil Farid kerana tidak sanggup menanggung risiko seperti mana yang pernah terjadi kepada syarikat produksi ketika menghasilkan filem ‘Rempit’ dulu.

Satu lagi gosip panas yang sampai ke telinga GUA ialah berkenaan dengan skrip filem ‘Rempit’. Menurut satu sumber, skrip itu sebenarnya bukan dihasilkan 100 peratus oleh Farid. Walaupun Farid mengatakan yang dia telah mengambil masa selama tiga tahun untuk menyiapkan skrip ini, tetapi sebenarnya skrip itu dihasilkan oleh penulis dari Indonesia. Farid hanya menambah perencah, garam dan gula kepada skrip tersebut. Alamak! Betul ke ni? Kepada Farid Kamil, uols rasa baiklah awak buat penjelasan tentang isu ini. Kalau ia tidak benar sama sekali, perkara ini boleh menjejaskan kredibiliti anda.
Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-