Search in my-sensasi !! upgraded

RECENT POST @ Entri Terkini

Saturday, April 5, 2008

Ebi dan mila...salah siapa?

Share









Baru-baru ini uols ada terbaca kisah pergaduhan antara Ebi dengan Mila, kedua-duanya bintang AF5, dalam sebuah website. Sebelum ini masing-masing menafikan percintaan mereka. Pandai betul kedua-duanya 'coverina', sehingga para wartawan tidak dapat menghidu kisah mereka.

Sebenarnya uols sudah lama mendengar kisah mereka, tetapi tidak dapat dipastikan kerana ketika itu ramai kawan uols, reporter yang khabarnya comolot dengan Ebi dan Mila, menafikan pertanyaan mengenai kisah cinta mereka. Sengaja uols tidak mahu bertanya terus kepada pasangan ini kerana jawapannya akan sama – "Kami hanya berkawan".

Kali ini seseorang yang rapat dengan pasangan ini meminta uols menulis gosip ini. Membersihkan nama baik Ebi, katanya. uols percaya kepada sumber ini kerana dia tahu banyak perkara, jarang dapat dihidu reporter. Sumber ini juga terkenal di kalangan selebriti walaupun dia bukanlah artis.

Kisahnya begini, menurut sumber ini, memang benar Ebi dan Mila bercinta. Tetapi percintaan mereka di ambang kehancuran apabila Mila dikatakan sering marah-marah dan naik angin terhadap Ebi. Khabarnya keluarga Mila juga menelefon dan memarahi Ebi kerana cuba memberi nasihat kepada anak mereka. Perbualan telefon ini didengari sendiri oleh sumber uols.

Sebagai lelaki, kesabaran Ebi tergugat apabila dia seringkali diperkotak-katik Mila. Jika sebelum ini ada pihak mengatakan semuanya berpunca daripada Ebi, menurut sumber ini, Mila sebenarnya pandai 'berlakon', sebab itu orang tak nampak kesalahannya.

Dengar khabar, Ebi nekad memutuskan hubungan cintanya. Mila pula menagih kembali cinta daripada Ebi.

huh – macam-macam hal. Kalau bercinta tu ngaku je lah, tak perlu 'coverina'
Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-