Search in my-sensasi !! upgraded

RECENT POST @ Entri Terkini

Monday, March 17, 2008

Nora dan Fasha tak ngam!

Share









Nora Danish dan Fasha Sandha turut hadir dalam majlis memperkenalkan penyampai dan penghibur yang menjayakan Anugerah Bintang Popular 2008 di Hotel Palace of The Golden Horses, Kuala Lumpur Rabu lalu (12 Mac 2008). Ada jurugambar cuba menggandingkan mereka berdua. Maklumlah pada masa itu hangat pasal kes mereka yang dikatakan ada sedikit masalah.

Nora membuat isyarat tidak mahu apabila diminta bergambar dengan Fasha. Sebab dan alasannya... hanya mereka berdua sahaja yang tahu. Walaupun menafikan ada masalah, tapi mereka kelihatan dingin pada majlis itu. Semasa bergambar beramai-ramai pun jauh-jauh pula mereka berdiri.

difahamkan segala-galanya gara-gara gosip kononnya Fasha mengganggu rumah tangga Nora. juga difahamkan fasha pernah berkawan dengan suami Nora tidak lama dulu. Tak tahulah sejauhmana hubungan itu... kawan biasa saja kut. Jadi apabila berjumpa, mereka ada bercakap-cakap kerana pernah kenal sebelum ini lagi. Mungkin ada salah fahamlah tu. Apa-apa pun diharapkan mereka bersemukalah agar segala kekusutan dapat dilerai. Dunia seni ni tak besar. Esok-esok jumpa juga.
Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-