Search in my-sensasi !! upgraded

RECENT POST @ Entri Terkini

Sunday, March 9, 2008

Kuasa Rakyat Kejutkan BN

Share







Walaupun BN menggunakan 100% media perdana untuk berkempen tetapi rakyat tetap bernekad mahu melakukan perubahan pada pilihanraya kali ini. BN mengekalkan kuasa Parlimen tetapi dengan majoriti yang berkurangan

5 negeri yang dikuasai pakatan pembangkang iaitu Kelantan,Kedah,Pulau Pinang, Selangor dan juga Perak.

Johor yang juga kubu kuat BN juga bocor kepada pakatan pembangkang apabila DAP memenangi 4 kerusi dan 2 kerusi calon PAS di Dun Maharani dan Sg Abong.

Hanya Sabah dan Sarawak yang melihat BN menang besar.

Menteri yang dipaksa turun oleh rakyat ialah Menteri jabatan KerjaRaya, Samy Vellu,Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin; Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin; dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, juga 10 orang timbalan Menteri yang tewas.

Presiden Parti yang tewas selain Presin MIC Samy Vellu, pemangku Gerakan, Dr Koh Tsu Koon yang kalah teruk di Batu Kawan.

Walau bagaimanapun Pak Lah, Najib menang dengan majoriti besar dan Wan Azizah juga melebarkan kemenangan dengan majoriti besar menewaskan Imam Firdaus. Tok Guru Nik Aziz dan Hj Hadi Awang berjaya memenangi kerusi DUN dan Parlimen walaupun terdapat sedikit kekecohan di Trengganu sehingga anak Hj Hadi bersama 21 orang yang lain ditahan Polis kerana merusuh dalam usaha membenteras pengundi hantu. Menantu Pak Lah,Khairy Jamaluddin menang tetapi dengan majoriti yang semakin kurang berbanding Pilihanraya yang lepas manakala Nurul Izzah berjaya memenangi hati pengundi.

Dengan fenomena bersejarah ini,pertama kali sejak pilihanraya diadakan sejak 1955, di harap kerajaan BN dapat tersedar dari tidur dan jangan mempermudahkan kehendak rakyat yang kini berani melakukan perubahan. Takziah kepada BN dan tahniah kepada pakatan pembangkang. Sama-samalah memajukan Malaysia!



Sumber Keputusan Berita Harian online.
Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-